Monday, October 20, 2008

OPEN HOUSE YANG TAK BERAPA NAK OPEN OR DAH MEMANG OPEN

Salam to all yang disayangi, sama ada yang baca blog ni and comment, or yang saja-saja baca tapi tak nak comment or/and yang sangat dikenali (anak-anak and anak-anak saudara) or yang tak berapa nak kenal or yang tak kenal langsung.......and termasuk yang terbaca blog ni sebab masa nak cari benda lain kat internet tapi terjumpa blog ni.......To all....SALAM SEJAHTERA...

Semalam rumah Tok Mi meriah sejak dari pukul 12 tghari lagi tetamu datang, pukul 2, pukul 3, pukul 4, bertambah-tambah....makin meriah samapi malam. Siapa tetamu Tok Mi....jiran-jiran terdekat (kiri, kanan dan depan rumah je), anak-anak angkat (kawan-kawan anak-anak Tok Mi), kawan lama sepejabat dari INTAN, pegawai -pegawai dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan juga anak-anak angkat baru terdiri dari pelajar-pelajar Politeknik Shah Alam juga. Antara menunya...(yang tak datang atau yang jauh di mata....Jaja and Ezzy...jangan terliur pulak ya)...kita ada rendang ayam, nasi impit, lontong, kuah kacang (masakan Mak Anjang) dan of course menu tetap kami laksa johor and bbq...Ya...semalam Tok Mi telah adakan MAJLIS HARI RAYA dan bukan OPEN HOUSE sebab sebagai orang biasa je dan bukan orang kenamaan, Tok Mi punya rumah sentiasa open to anyone yang ikhlas hati nak datang rumah Tok Mi. Yang tak ikhlas tu macam penyangak yang masuk ikut bumbung tu tak payah la. Itu yang open house yang tak berapa open...


So, today nak cerita tentang OPEN HOUSE....yang kadang-kadang Tok Mi rasa disalah gunakan dalam waktu raya-raya ni. So di sini let us be clear dengan konsep open house yang sebenarnya....jangan kita sesuka hati mak tiri jiran kita je nak guna sewenang-wenangnya. Sebenarnya, mana datang perkataan open house tu dari orang-orang kenamaan sahaja, istana ke, rumah menteri-menteri ke...or rumah-rumah yang pada hari biasa JANGAN HARAP kita nak masuk sesuka hati, picit loceng je boleh masuk...sorryla. Itupun orang-orang kenamaan pun buat 'open house' di hotel-hotel....tak aci kan?. Open biar betul-betul open...ni macam tak berapa open je. Kalau buat kat hotel, tak lah boleh panggil open house...sebab itu bukan rumah diaorang...istilah yang lebih tepat, jamuan hari raya....

So, semalam rumah Tok Mi memang betul-betul open sebab pada tahun-tahun lepas, food letak di luar rumah...sebab ada tetamu yang tak suka masuk dalam rumah ambil makanan....maluuu....
So again Tok Mi rasa makan kat luar pun bukan open house jugak kot, sebab tak masuk rumah....memang susahlah kalau kita nak ngada-ngada guna istilah 'open house' ni.

Pesanan Tok Mi, kalau kita ni belum menang mana-mana pilihanraya atau di beri anugerah Dato ke...apa-apa ship ....jangan lah nak ngada-ngada guna istilah open house. Reservelah perkataaan tu untuk yang betul-betul tepat, macam penggunaan perkataan 'tawaf' and 'wajib'. Ada orang guna perkataan 'tawaf' di Mesjid India or Jalan Tunku Abdul Rahman...(meronda-ronda keliling)....Tolongla ubah...reservekan tawaf untuk Kaabah sahaja. Nanti kita guna sewenang-wenangnya, orang bukan Islam pun guna tawaf kat "Hard Rock Cafe'....(apahal).

Begitu juga perkataan 'wajib'....janganlah guna untuk semua yang mesti buat tu..reserve la untuk wajib dalam hukum Islam saja, contohnya mandi wajib.......ini tak, semuanya bantai wajib....nasib baik JPA dah tukar Bersara Wajib kepada Bersara Paksa...(untuk kakitangan kerajaan yang tak mau nak bersara, asyik sambung kontrak...yang sayang nak tinggalkan kerusi baik punya kat office tu, kenalah dipaksa bersara...).

So, anak-anak(termasuk anak saudara and anak angkat)/cucu-cucu/kawan-kawan....mari kita sama-sama menggunakan istilah yang betul untuk situasi atau perkara yang betul....kalau tidak...hmmm tak tau lah, rosak lah Melayu dan Islam.

2 comments:

syana said...

sori la makmok tak dpt dtg..
tp kalo nk dtg bkn time open house yg tak berapa open pn bleh kn..
:)

Mak Mok said...

Dear Shana, rumah mak mok sentiasa 'open' kecuali pada penyangak yg masuk ikut bumbung je...hehe...

Hi Phira...where r u....x comment ke....