Salam to all,
I guess i've rested too long dari menulis blog. Nak kumpul events and ideas. Sebenarnya ideas terlalu banyak tapi nak curahkan dalam blog mesti kena pilih-pilih dulu.
Anyway, kali ni saya ambil peluang untuk berkongsi pengalaman saya ketika 'lawatan' saya (macam VIP pulak)ke Japan pada 15th to 25th January baru-baru ni. Walaupun lawatannya singkat (10 days only), namun saya telah memperolehi pengalaman yang tidak ternilai 'harganya'. Pengalaman dan pengajaran yang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.
ok. Kalau nak cerita day by day tentang trip kami ke Japan, jenuh jugak lah, so saya cerita overall saja.
15hb Januari 2010, jam 9.50 pagi, seluruh keluarga saya, ie. saya, my husband, 2 daughters, 3 sons, one cucu, + my sister Didah and Abg Aziz, my brother in law bertolak ke Tokyo untuk join my menantu (satu rumah kecuali ikan dalam kolam). From KL to Narita, Tokyo (transit KK) ambil masa lebih kurang/plus minus 8 jam. Tiba di Narita Airport....dalam pukul 5 petang waktu Tokyo...(alahai lupa pulak the exact time).
Anyway, saya nak cerita sikit tentang my first impression of Japan and 'kekaguman' saya terhadap layanan pegawai immigration kepada foreigners macam kami. Masa nak go through the Immigration check point, kami tersilap sikit isi embarkation form. To our suprise, dalam sibuk-sibuk tu, two officers personally came to us and sama-sama tolong kami mengisi dan menyemak forms SAMPAI SELESAI...dengan senyuman and tak ada langsung nampak muka masam atau marah-marah. We really felt welcomed by them.
Pada hari kami sampai di Narita Airport, the temperature was about 6 or 7 degrees C. Aduhai, ini pun dah terlalu sejuk bagi kami, tapi tengok keliling orang-orang Jepun macam relax je, tak lah macam kami pakai berlapis-lapis...haha...
OK. habis hari pertama.
Our trip to Tokyo Disneyland on the 16th January (2nd day)was fun and unforgettable. Yang paling tak boleh lupa, again tentang the people. Saya perhatikan orang-orang Jepun ni amat pandai 'menarik' perasaan dan membuatkan kami seolah-olah berada dalam 'dunia' mereka. Saya tidak pandai nak describe perasaan ini, bagi siapa yang pernah ke Disneyland Tokyo mungkin akan faham. Bayangkan lah orang-orang yang senja macam saya ni terasa macam budak-budak lagi bila menonton perarakan disney characters. Rasa macam nak menari dan menyanyi sama-sama. That's the power yang susah nak perolehi kalau hati tidak ikhlas.
Seperkara lagi, semasa kami di Disneyland, saya perhatikan the Japanese are well disciplined dari segi membuang sampah dan merokok. Payah nak cari sampah di merata tempat, begitu juga puntung rokok. Sebabnya ialah, pemungut sampah memang betul-betul round 'tadah' tong sampah 'minta' sampah dari public. Orang bagi sampah, dia ucapkan "arigatoguzaimas..." Orang bagi sampah dia tunduk, siap ucap terima kasih lagi?. Sounds funny?...memang sangat lucu sebab kita tak akan nampak sebegini di Malaysia, kan!. Pelik tapi benar. Mari kita bayangkan pemandangan di perarakan Hari Merdeka, atau Pasar Tani di Stadium Shah Alam, perarakan di Batu Cave, solat Jumaat di Masjid-masjid...etc...sampah akan bertimbun-timbun macam gunung. Kesian pekerja perbandaran. Bukan niat nak mengutuk orang Malaysia, tapi inilah hakikatnya. Pemandangan sebegini bukan saya tengok di Disneyland saja, malah di town areas pun bersih juga. Kalau tidak ada tong sampah berdekatan, mana orang Jepun buang sampah?....percaya tak mereka akan bawa balik sampah-sampah tu untuk dibuang di rumah atau the nearest tong sampah. Tak percaya, sudah. Pokoknya...mengapa orang Jepun boleh buat, orang Malaysia tidak boleh?. haha..tepuk dada tanya lah selera. ATTITUDE.....ATTITUDE...ATTITUDE....
Orang Jepun mana ada campak sampah keluar tingkap kereta di highway? Orang Jepun mana ada tinggal tin minuman, kotak-kotak KFC/mcDonald lepas makan di stesyen LRT, playground...panggung wayang....tapi di Malaysia?...semua boleh???
Satu lagi, tentang merokok, kalau di Malaysia, orang merokok di merata tempat... (suka hati mak tiri jiran dia nak merokok di mana). Dalam restaurant orang lain tengah menjamu selera pun, orang sebelah boleh merokok suka hati dia! Di Japan, ada tempat-tempat khas disediakan untuk merokok. Kena merokok di situ sahaja. Penguatkuasa sentiasa round (dengan banners 'no smoking') and saman sesiapa yang merokok di luar kawasan merokok. Peliknya, the Japanese, termasuk budak-budak punk pun "saya yang menurut perintah" dan reti bahasa. Habuk rokok pulak tidaklah dijentik masuk pasu bunga di tepi jalan.
Kami sempat juga menghabiskan masa kami untuk 'light shopping'...shopping ringan-ringan saja sebab rasanya sayang duit nak beli barang yang ada kat Malaysia. Pening juga nak beli bila setiap kali nak beli barang, otak mengira kalau 100 yen (macam seringgitla), duit kita RM3.70...so kalau yen 1000(10 ringgit), duit kita RM37.60...adussh...berat...berat. Tapi ada juga barang yang kualitinya tak sama di Malaysia, or even harga pun cheaper. Contohnya, my husband and my brother in law bought a pair of Fila sports shoes. Harga di Malaysia around RM200-300 ++ tapi they bought for about RM130 only...(of course yang original sebab Jepun mana ada layan barang tiruan or China mari...kan Ezzy?).
Tentang makanan di Jepun ni...ha berat sikit sebab agak susah nak cari "ditanggung halal". Kalau teringin sangat nak makan kari-kari, kami makan di kedai Pakistan ala-ala kedai mamak namanya 'Sidik'(hehe Ja/Ezzy...i know wrong spelling). Cheese nan yang menjilat jari. Other than that, kami makan di sebuah kedai makan Thailand (jumpa pegawai kedutaan yang perasan muda panggil saya dan kakak saya 'mak cik')...
ok. Cerita trip to Japan akan disambung lagi in part 2...next entry. Tunggguu...
6 comments:
bestnya!!teringin nak pergi..
satu hari nanti!gambatte qilaz..huhu
jeles la mak mok...nak ikuttt...huhuhu
exact time touch down hr tu pukul 6:48pm kut tak silap?
diharapkan berpuas hati dgn layanan yg tak seberapa..
mohon maap kalau ada sebarang kekurangan..
terutamanya terpaksa menyempit2 di rumah yg sekangkang kera je besar dia hehe..
dan terpaksa berjalan kaki hari2, jugak kena berlari mengejar train bila lambat hehe..
Jommmm Phira, Qilaz...kita ke Japan bersama.
Ezzy, your hospitality was superb!! we enjoyed the trip and tak terasa kekurangan. Kejar train lagi fun, good excercise.
Salam Kak ZAI..
wahhh tak sabar nak baca lagi pengalaman indah KAK ZAI di Jepun...
jangan lama sangat... sambung laaarrr...:D
ez tunggu syana & co plak dtg..tahun bile tak tau
hehehee
*makmok cepat la sambung tak sabar nk layan gambar
Post a Comment