Wednesday, December 15, 2010

Mindset change

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah...
Saya ingin berkongsi tentang apa yang kita sering dengar iaitu 'mindset change'. Sempena dengan Maal Hijrah, saya ingin 'mengajak' diri saya sendiri dan sesiapa juga yang merasakan sudah terlalu lama 'terperangkap' di minda yang tepu (fixed mind)... bebaskan minda kita kerana sudah tiba masanya untuk kita memeriksa semula minda kita sama ada masih berada di minda tepu (fixed) atau berkembang (growth). Jika belum, fikirkan bahawa dunia dah maju...zaman dah berubah..apa tunggu lagi, mari kita muhasabah diri dan mula mencari 'laluan' ke arah perubahan dan penambahbaikan diri.

Istilah mindset change menekankan kepada keperluan untuk kita berfikir lebih jauh dari kebiasaan. Contohnya kalau kita biasa berfikir bahawa keupayaan, intelligence dan bakat seseorang itu adalah semulajadi, ubahlah berfikiran sedemikian kerana kebolehan,keupayaan,intelligence atau bakat bukan tercipta secara tidak sengaja. Orang yang berbakat bukan dilahirkan berbakat. TALENTS AND INTELLIGENCE ARE NOT BORN!. Cuba kita lihat, Beethoven pemuzik yang terkenal pernah di cop oleh guru muziknya sebagai pencipta lagu yang paling bodoh dan beliau pernah mencipta 5 buah lagu simfoni ketika beliau bermasalah pendengaran, Walt Disney pernah diejek kerana ia dikenali sebagai manusia yang paling tidak kreatif....ramai lagi yang kita tidak menjangka akan menjadi seorang yang terkenal walaupun pernah berada di tahap yang boleh dianggap sebagai 'tak masuk akal'.

Saya saja memilih topik ini kerana dalam beberapa bulan ini saya banyak bertemu dengan mereka yang putus asa dalam kerjaya dan pelajaran mereka. Mereka merasakan dengan gagal dalam peperiksaan,temuduga, naik pangkat, perniagaan, mereka tidak ada jalan lain melainkan menerima seadanya tanpa usaha untuk mencari alternatif. Memang tidak dinafikan kita kena redha akan ketentuan Allah swt tetapi pastinya Allah akan lebih menyayangi orang yang tidak putus asa. Kegagalan dalam peperiksaan,temuduga,kenaikan pangkat,perniagaan bukanlah satu titik penamat atau kekalahan malah ia akan menjadi kejayaan seandainya kita berjaya untuk bangkit semula memperbaikki kelemahan dan berusaha untuk terus maju.

Jadi, jika ada sesiapa yang telah putus asa, termasuk saya, marilah kita berhijrah dari minda yang tepu kepada minda yang lebih berkembang. Usah terlalu sibuk memikirkan kekalahan dan kegagalan. Minda kita perlu disemai dengan pemikiran yang lebih positif. Asalkan kita percaya bahawa Allah swt akan membantu orang-orang yang tidak putus asa, insyaAllah setiap kegagalan/kekalahan akan diganti dengan kejayaan yang berlipat ganda.

Jangan sekali-kali berlaku tidak adil kepada minda kita dengan membiarkan ia tidak disemai dengan pemikiran yang berkembang dan positif. Sentiasa berfikir forward, extra-mile dan di luar kotak pemikiran biasa.

Tujuh elemen mindset orang-orang yang berjaya dan tidak putus asa:
Pertama : Sentiasa ada kemahuan dan keinginan yang jelas untuk mempertingkatkan diri
Kedua : Sentiasa ada komitmen ke arah penambahbaikan
Ketiga : Sentiasa pupuk tanggungjawab untuk tentu halatuju kehidupan sendiri
Keempat : Sentiasa bekerja keras untuk mengubah hidup
Kelima : Sentiasa ada kepercayaan dan keyakinan diri yang positif bahawa kita boleh melakukannya
Keenam : Sentiasa mempunyai 'Kuasa Gigih' dalam diri
Ketujuh : Sentiasa menghargai diri setelah memperolehi kejayaan.

...dan yang pastinya sentiasalah berdoa kepada Allah swt agar usaha kita diberkati dan akan memperolehi kejayaan. InsyaAllah....
Ingat..permata ada dalam diri kita, dan hanya kita sahaja yang boleh mengeluarkannya. Jangan mengharap orang lain yang akan mengeluarkanya. Tepuk dada tanyalah minda.

3 comments:

azzey said...

Yang penting sentiasa positif dan ada fokus dlm berbuat apa juga......betul kan puan...jgn biarkan diri terus dibelenggu pemikiran yang hanya menyebabkan kita terus di takuk lama, Perubahna perlu untuk kemajuan diri asal saja tdk bercangah dgn hukum agama.....tq puan

zailan said...

you're right dear azzey, kita jangan terlalu berfikiran sempit sehingga menolak segala pembaharuan. we need to open up our mind to changes.
Sebenarnya saya bawa this topik 'mindset change' pada peserta kursus peralihan PTN17 AG di Kuching, Sepang and next week insyaAllah di Kota Kinabalu. Wanna join me?

azzey said...

Puan Zailan:he3.....tq for the invitation.....klu kat IKOM lagi akan dipertimbangkan.....jauh sgt tu.....:)