Friday, August 5, 2011

Petikan dari buku

Salam pagi Sabtu,

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, insyaAllah buku yang telah saya tulis bertajuk 'Anai-anai Dalam Perkahwinan' bakal diterbitkan. Setakat ini masih dalam peringkat editing dan untuk dihantar printing. Bagaimanapun sekadar berkongsi sebahagiannya saya berikan petikan sikit dari bab Langkah-langkah pembasmian 'anai-anai' perkahwinan. Saya bagi petikan untuk anai-anai Masa Kualiti Bersama'. Apa yang kita perlu lakukan bagi mencegah faktor ini menjadi pembunuh senyap dalam perkahwinan....selamat membaca

Masa kualiti bersama

 Sentiasa memeriksa peratus masa bersama pasangan
 Sediakan Log Masa
 Amalkan penggunaan masa bersama dengan lebih berkualiti
 Ambil peluang walaupun sekejap untuk memeriksa ‘hubungan’ antara pasangan (termasuk jika ada masalah untuk diselesaikan bersama dan memerluan masa untuk berbincang)
 Rancang dan tetapkan jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan untuk bersama pasangan
 PATUHI dan komited tanpa gagal kepada jadual yang telah disediakan tanpa gagal (seboleh-bolehnya orang lain dimaklumkan mengenainya)
 Gunakan suatu masa dalam jadual untuk membuat post mortem untuk menilai kualiti hubungan pasangan dan keluarga.
 Gunakan masa berkualiti ini juga untuk memberikan semangat kepada satu sama lain.
 Beri penghargaan yang ikhlas atas sumbangan kepada keluarga
 Pilih satu hari khas dalam sebulan dan berikan nama untuk hari berkenaan (contoh: Hari Sentimental)
 Hadiahkan sesuatu (tidak perlu mahal) kepada pasangan pada hari tersebut.

.....dan ada lagi


selain itu ada juga langkah-langkah pembasmi faktor-faktor penyumbang yang lain yg kita anggap anai-anai. Bila dah siap buku saya, bolehlah beli kan? (promo promo). Ketebalan buku lebih kurang 120-140 ms. padat tapi harga belum ditetapkan lagi.


tqtq

No comments: