Saturday, December 3, 2011

ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN : Naskah hantaran ibu mertua untuk menantuku Shera Aiyob.

Assalamualaikum dan salam persahabatan,

Syukur alhamdulillah, setelah beberapa lama saya 'berehat' dari ber 'blogging' kerana banyak menumpukan masa di halaman facebook, hari ini saya kembali untuk mengisi ruangan blog Reach Out saya.

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai buku saya yang bertajuk Anai-anai Dalam Perkahwinan yang saya nukilkan khas sempena perkahwinan anak lelaki saya Zahiril Adzim dengan Shera Aiyob.



Hasilnya saya sempat menghadiahkan senaskah 'hard-cover' buku ini sebagai salah satu dari dulang hantaran untuk Shera.


Dedikasi untuk Shera






Bukan niat untuk 'menumpang' majlis budak-budak ni untuk mempromosi buku ini tetapi memang saya telah menulis panduan-panduan dalam perkahwinan ini sempena perkahwinan mereka. Secara kebetulan. Ramai sahabat yang telah mencadangkan kepada saya agar saya jadikan hantaran. Saya rasa tak salah saya buat begini kan?. Dah alang-alang saya menghadiahkan kepada mereka, baik terus letak dalam dulang,kan?. (Selamat satu dulang....hmmmmm).
Bila media nampak buku ini dalam dulang,mereka pun bertanya saya mengenai buku itu......apa yang mereka tanya saya jawablah. Depa nak sebut dalam akhbar dan majalah, itu hak mereka....tak kan saya nak tahan. Terima kasih kepada media. Sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi pembaca nukilan saya ini.









Walau apapun, sebenarnya buku ini telah mula dijual sebelum majlis perkahwinan mereka.Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang telah membeli buku ini terus dari saya. Setiap buku yang dibeli terus dari saya akan saya sertakan dengan tandatangan serta coretan doa saya agar perkahwinan saudara/saudari akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.



MENGENAI BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN:

I. 142 halaman
ii. Panduan mengenalpasti dan mengatasi masalah yang tersirat dalam rumahtangga
iii. Disertakan dengan Check list apa patut dilakukan bai mengatasi/mencegah wujudnya masalah
iv. Disertakan juga kaedah menganalisis SWOT dalam perkahwinan





PETIKAN DARI KANDUNGAN BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN


Anai-anai, sejenis serangga perosak yang membinasakan mangsanya secara senyap dan tidak kelihatan dengan mata kasar dan hanya disedari oleh mangsa setelah kerosakan yang dialami menjadi sukar untuk diperbaikki lagi. Jika pun mahu diperbaikki, akan melibatkan tenaga, masa dan kos yang amat tinggi. Anai-anai juga adalah silent killer atau pembunuh senyap. Bayangkan apabila lantai rumah kita tiba-tiba reput dan kayu-kayunya berserpihan dan berhabuk. Kita tidak boleh hanya memperbaikki bahagian yang reput sahaja kerana kesan serangan anai-anai ini bukan setempat malah ia merebak keseluruhan lantai, dan tidak mustahil ia telah ’memakan’ keseluruhan rumah!. Lebih memeranjatkan ialah walaupun anai-anai ini kecil namun mempunyai kuasa untuk meruntuhkan sebuah rumah tanpa disedari oleh tuan rumah!.
Jika kita pernah melihat pakar penghapus anai-anai membuat kerja-kerja menghapus, kita dapat lihat betapa teliti dan berhati-hatinya mereka menjalankan kerja mereka. Ketelitian yang tinggi amat diperlukan bagi menghapus terus ’sarang’ dan ’punca’ hidupnya anai-anai yang pada setiap masa menunggu untuk menyerang mangsanya. Setiap sudut disembur dan diwapkan agar racun yang khas ini dapat meresap ke celah-celah lubang serta alur lantai yang berpotensi dilalui dan diserang oleh anai-anai. Bukan mudah untuk mencari punca dan sarang anai-anai jika tidak betul-betul memahami habitat anai-anai. Kesilapan teknik yang digunakan, memungkinkan untuk anai-anai terus hidup dan membiak lebih dahsyat lagi serta memakan lebih banyak kayu-kayu secara senyap-senyap.
Sebuah perkahwinan yang bermasalah tetapi zahirnya kelihatan bahagia juga boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang sedang dimamah oleh anai-anai secara perlahan. Sekiranya tidak diambil tindakan pemusnahan atau pencegahan, rumahtangga yang dibina akan hancur sebagaimana hancurnya sebuah rumah yang dipenuhi dengan anai-anai yang bersarang. Dalam konteks ini kita ibaratkan masalah yang dihadapi dalam perkahwinan itu sebagai anai-anai. Yang membezakan masalah ini dengan masalah lain ialah, masalah ini tidak dapat dikesan kewujudannya dalam sesebuah perkahwinan sehinggakan dari mata kasar perkahwinan ini cukup sempurna tanpa masalah yang ketara seperti campurtangan pihak ketiga, tekanan di tempat kerja dan juga masalah pasangan yang curang. Apakah masalah yang boleh kita anggap sebagai anai-anai ini dan mengapakah pasangan yang menghadapinya memilih untuk membiarkan sahaja ia berlalu dan memakan perkahwinan mereka tanpa mengambil tindakan pencegahan?. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Penentu Kebahagiaan Perkahwinan

Perkahwinan dipengaruhi oleh pelbagai penentu yang dijangka dan tidak dijangka. Kajian menunjukkan tiada penentu yang khusus yang bertanggungjawab ke atas tahap kepuasan pasangan dalam perkahwinan. Apa yang menjadi lebih ketara dan memberi kesan kepada tahap kepuasan adalah keupayaan pasangan untuk berunding bagi mengatasi penentu tekanan, mencari hasil yang lebih dipersetujui dan positif. Untuk mencapainya, setiap pasangan perlu menggunakan kemahiran personal dan interpersonal mereka. Penentu kebahagiaan perkahwinan yang paling signifikan ialah keupayaan pasangan untuk menggunakan kemahiran ini untuk mewujudkan keintiman dan kemesraan serta menguruskan konflik. Kedua-dua kemahiran ini dilihat sebagai faktor penentu asas yang membolehkan pasangan untuk menghadapi tekanan dan tempoh transisi sepanjang hayat perkahwinan mereka. Di samping terdapat banyak pembolehubah yang menentukan kebahagiaan perkahwinan, kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik membentuk ciri-ciri dalaman. Keseluruhannya faktor kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik ini merupakan faktor utama yang menentukan tahap kepuasan perkahwinan dan faktor-faktor ini melibatkan pengurusan kecerdasan emosi antara pasangan.


CARA UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI:

Jika saya bercerita panjang lebar lagi mengenai buku ini di blog saya ini, rasanya sahabat-sahabat saya di luar sana mungkin tidak akan dapat benar-benar menghayati apa yang saya cuba sampaikan melalui nukilan saya ini. Oleh itu, saya cadangkan sauadara/saudari memperolehi buku ini terus dari saya kerana naskah ini TIDAK ADA DIJUAL di mana-mana kedai buku. Masih lagi berada ditangan saya.

Bagi yang berminat, silalah emailkan order ke email ini dengan memberikan details seperti berikut:

i. Nama :
ii. Alamat
iii. Bilangan naskah yang diperlukan. Harga senaskah RM30 (RM25 harga buku + RM5 untuk penghantaran)

Saya akan respond pada email saudara/saudari mengenai cara pembayaran.


Email : zaiyus57@yahoo.com
ATAU
laluanminda@yahoo.com

ATAU sms ke 0192697004


Ok. Terima kasih atas sokongan.

ZAILAN BT YUSSOFF

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)