So, sementara nak tunggu habis program esok, sempatlah fikir-fikir nak update blog ni....
ok. hari ni bukan nak cerita tentang PKPA ya?....tak nak cerita tentang kerja tapi nak cerita fasal makanan.....Laksa Johor yang menjadi kegemaran family saya....kalau buat laksa johor kat rumah, anak-anak and menantu makan bertambah-tambah....alhamdulillah (best tengok Ezzy makan laksa johor....betul-betul typical johor...guna tangan...). Nak cerita, raya tahun ni setakat hari ke 23 ni, dah 7 kali buat laksa johor untuk 20-40 tetamu. Semuanya memenuhi ' permintaan' tetamu (hehe...perasan kejap.) Sampaikan kakak-kakak (kak yan especially....nak datang beraya mesti syarat ada laksa johor.....so ehem, ehem atas permintaan ramai maka buatlah juga. Ingatkan tahun ni nak tukar menu raya (soto bibik), tapi tak boleh jugak.
Ada yang tanya, apa kelainan dalam my laksa johor....sebenarnya sama je resipi dia. Asal -asal pun kita ambil resipi from internet juga, cuma kita tak gunakan ikan parang or kembong... (renyah and payah nak cari...). Kita pakai ikan sardin tin (bagi sesiapa yang tak makan sardin tin tu,....nasiblah tertipu, tapi kuah kita tak berbau pun ikan sardin) ...sebenarnya asalnya boleh pakai ikan sardin waktu kita kat Glasgow, UK dulu (bukan nak berlagak, cuma nak bercerita) Masa dengan budak-budak students dulu...ada lah di antaranya yang bawak rempah laksa johor minta kita masak sebab teringin sangat. Tapi kat sana nak masak pakai ikan apa,? nak cari ikan parang?....hmmmm rasanya baik lah masak parang besi tu lagi murah, nak cari ikan kembong?....hmmmm biar kembong perut tak makan laksa pun tak apa, mana nak cari? orang putih tak makan benda-benda yang mengembongkan nih!.
So, fikir punya fikir....keluarlah idea kita cuba try test guna ikan sardin dalam tin (mackerel)... pakai hentam je.....tapi turned out to be ...hmmmm....sampai sekarang la tak pakai ikan lain...(kalau Seri Banun, Hashim, Jat, Jun, Ical, Mike and Fakruzi , University of Glasgow baca ni.....).
Dipendek cerita, ini lah benda yang membezakan my laksa johor dengan laksa johor yang asli....
Kalau nak cuba, ni resipi dia. Bila dah cuba, bagi tau apa rasanya
LAKSA JOHOR
KUAH
§ 6 tin ikan sardine yang dicuci dan dibuang tulang.
§ Rebus segenggam udang kering, ikan bilis dan udang hidup
(blend jadi paste)
Kerisik (anggaran 3 sudu besar)
§ Santan (dari 2 biji kelapa)
§ 2 paket kecil serbuk kari ikan dicampur 2 sudu besar cili boh
§ 2 sudu kecil ketumbar digoreng kering tanpa minyak (kisar /tumbuk halus)
§ 2 kuntum bunga kantan
§ Sedikit air asam jawa
§ 2 sudu besar cili boh
§ 10 biji Bawang merah (hiris)
§ 2 ulas bawang putih (hiris)
§ Halia (hiris)
§ Lengkuas (hiris)
CARA
§ Tumis bawang merah, bawang putih, halia,lengkuas dan ketumbar sampai naik bau.
§ Masukan paste rempah kari dan cili, kacau sampai pecah minyak, masuk air sedikit demi sedikit untuk elak hangit.
§ Tuangkan santan.
§ Masukan paste ikan,udang kering,ikan bilis dan udang hidup yang dah direbus/kisar
§ Biar mendidih sikit kemudian masukan kerisik.
§ Biar mendidih sambil dikacau sampai ia pekat sedikit (Kuah laksa johor memang pekat untuk makan dengan tangan)
§ Belah tengah bunga kantan dan masuk dalam kuah.
§ Sedia untuk dihidang dengan spaghetti rebus.
SPAGHETTI (mana sedap kalau guna mee....hilanglah keaslian laksa johor)
Untuk 10 orang makan 2 paket spaghetti mencukupi (rasanyalah...agak-agak)
Rebus air dan masukkan 2 sudu besar margarine atau butter.
Bila menggelegak, masuk spaghetti dan biar sampai ia masak dan kembang (jangan lama sangat nanti hancur)
Ambil lebih kurang 20 urat spaghetti, pintal menjadi angka 8 atau siput....
ULAM
§ 3 batang timun dan kupas kulit.
§ Kerat timun lebih kurang 2 cm tiap satu dan potong keliling timun hingga menjadi macam gelang. Kemudian hiris halus2.(Mayam)
§ Basuh taugeh yang telah dibuang ekor untuk dihidang mentah!
§ Hiris daun kesum
§ Lobak masin (hiris halus)
§ Bawang besar dihiris
§ Limau kasturi (kecik-kecik) potong dua.
§ Hiris beberapa kumtum bunga kantan.
Ok rasanya itu saja resepinya. Nanti kalau teringat apa yang tertinggal saya tambah kemudian. Selamat mencuba......
14 comments:
Mak! That is ur specialty. It should be secret receipe. Shhhh..
kahkahkah best ke tgk?? itu namanya hikmat tetinggi dlm teknik mengambil hati ibu mertuaku ekeke..
tak la..seriously mmg sedap pn..pakai fork n spoon tu mcm tk cukup 'kick' je..baru bole sampai menjilat jari kalau pakai tangan..hehe..
aler..tp tak bekemsempatan langsung nk rasa tahun ni..nk buat sendiri pn ikan2 kt jepun dh abis diaorg buat sushi n sashimi ekeke..
wahhh..pn zailan ni org johor ke?
@Jaja:
hehe....kalau kita kongsi rahsia resepi dengan orang lain, pahala tau bila orang masak guna resipi tu...
(resipi boleh sama,tapi cara 'campak'bahan tu lain orang,lain caranya....ada petua-petua tersendiri)
#Ezy
Ya la...kita orang Johor ni kena kekalkan kejohorannya dengan makan laksa pakai tangan....(spaghtetti pun dipunjut-punjut macam siput.....)
@lil baybee pearl
Haha...welcome to my blog..bila tengok gambar, I remember who you are...
Yes, my mom orang johor bahru...di satu tempat namanya Wadi Hana, kat jalan sekolah arab....dulu sekolah rendah kat sana sampai std 2.... pastu pindah PJ...lepas std 6, balik ke johor tapi masuk 'kandang' (asrama STF) sampai form 6....itu sebab la laksa johor ni dah sebati dengan jiwa saya....
huhu..tgh puasa ni..
dok teguk e' liuq je ni..
takde rezeki nk mkn laksa makmok..org ajak asyik jual mahal je yek..hehehe
amponnn
wah ini pasti jowo johor ni!!
@shana, nanti bila kita masak laksa lagi, kita panggil ek?
@Wak Leman
Haha..sebenarnya saya bukan jawo johor, mak saya orang johor bharu dan ayah orang kajang....tapi ramai jugak kengkawan yang jawo.
auntie...
thanx for the resipi. tp cam malas nk masak sendiri. everytime raya mesti nak gi umah jaja mkn laksa johor auntie. seb baik haritu sempat gak mkn. hehehehe... tq! tq!
Dear Effa,
Tak pe...kalau teringat nak makan laksa johor, tak raya pun boleh ...bagi tau jer.
I love laksa johor too..
my parents org johor..
tak pasti kalau ibu makan dgn sambal belacan or tak..
because we do..
hehe..nice to meet u here
@ aduh lutazizza
Yar..nice to meet u too here.
Yes thats right. Laksa johor di makan dengan sambal belacan...memang sedappp...nak-nak kalau dimakan tak guna fork and spoon....memang class....
Orang pandang kita macam alien kalau kita makan laksa johor pakai tangan, haha pelik sangat ke :O
@ezral sya...kita orang Johor makan laksa pakai tangan orang tengok kita bukan sebab kita ni macam allien...tapi syiuk tengok kita 'hingga menjilat jari..' KFC pun kalah. Well, if we are truly a Johorian kita mesti makan tak guna fork and spoon macam mat salleh....walaupun spaghetti tu mat salleh/Italian punya...haha
Sardin tu guna cap ape ye yg sedap? And gune size tin ape ye?
Post a Comment