Thursday, October 30, 2008

SMS

Assalamualaikum semua...

Jangan sebut 'a'kum'...sebab maknanya ....lebih kurang 'anjing'.... Menyebut tentang perkataan-perkataan pendek ni (abreviation)...hari ni nak cerita pasal perkataan or bahasa-bahasa yang digunakan dalam sms, chatting, blog. Rasa agak rimas jugak lah kalau kita membacanya...ya lah macam bahasa sms or dalam chatting ke....macam yang kat tv tu la....memang menyakitkan hati betul nak bacanya. Dalam blog pun sama....bila kita baca kuat dah bunyi macam allien pulak or bahasa orang Urdu pulak. Apa taknya, cuba baca ni kuat-kuat...

i) " wey ....ku x leh gi ner arr siot...wat pe nk gi ur ous, leks arr....:)
ii) " amde la ur sms....xphm kbnde....2kg krut gi fhm.

lebih kurang gitulah bunyinya (readers...silalah interpret maksudnya) . Sebenarnya banyak lagi tapi malas nak layan lah. Kalau setakat pendek-pendek macam 'skrang' 'macmana', prktn' tu ok juga lah masih boleh faham. Jangan lah perkataan tu terlalu singkat sampaikan terpesong dari makna asalnya....( b4....or... on9? )

Sebenarnya kita semua kena faham apa maksud SMS tu...maksud dia short MESSAGE kan? bukannya short WORDS system kan? so, kalau sms untuk pesanan-pesanan ringkas sahaja. Bukan dua muka surat punya message. Kalau nak cakap panjang-panjang...telefon ajelah...

So, anak-anak sekelian....nak mengikut teknologi moden tu, amat digalakkan tapi jangan sampai jadi agen perosak bahasa yang akhirnya memalukan siapa?,,,mereka dan keluarga mereka. (Yang baik kita ikut, yang tak baik kita buang, ok?)

Bila nak guna sms, kena fikir dulu tujuan hantar sms, supaya tidak merugikan credit kalau sms kita orang tak faham....kena telefon pulak untuk explain maksud kita...


p/s kepada orang Islam...jangan lah gunakan perkataan 'bye' untuk ucap selamat sesama Islam kerana 'bye' membawa maksud 'semoga berada di bawah lindungan padri'....(mungkin itulah lahirnya 'good bye')

ok. I love you all.

5 comments:

Anonymous said...

hehehe
ingat lg makmok & ja tak suke kalo ade sms guna ayat ni:

"nk gi ne??"

.:rainbeau:. said...

i pulak ada kwn yg takkan letak space antara pekataan kat sms dia...adui...jenuh nak fhm.
alasannye,nak jimat sms...
boleh tak?

sns said...

sumtimes ade yang acceptable shortform ni. tapi ade pulak yang jenis suke tambah extra letters contohnye:

kitew nak pegiw makan lew. awak nak ikowt kitew tak?

sangat annoying kan?

FarhanaLicious said...

betul betul. i think BM da cukup simple dan padat. no need to short form kan perkataan tu. saya suka type meset dgn ayat penuh. buat saya rasa betul betul Melayu. ;]

starry~ said...

salam. nak tanya. kalau tak boleh guna bye, apa yang harus digunakan?
kalau tak silap saya.. "jumpa lagi" kan? correct me if i'm wrong. thx.