Monday, November 10, 2008

Renung sejenak....

Assalamualaikum,
Lama jugak tak bercerita kat sini....so hari ni agak panjanglah sikit cerita...nak cover cuti panjang. Kalau jemu ...baca lah jugak ya?.

Hari ni nak bawak a few topics yang memang pernah and biasa menyentuh hati saya. Pagi tadi we (Syakirin, hubby and me) went to PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) for my daughter's appointment at level 2 East Wing. While waiting for her turn, i read a book entitle 'Tough Times Never Last but Tough People Do! by Robert H. Schuller. A 237 pages book which i bought at the MPH book sales in Sacc Mall Shah Alam. The book costs only RM22 but its not the price yang important but the contents. Mula-mula baca ingatkan tak interesting, tapi lama-lama rasa macam ketagih tak mau stop pulak. Apa yang menarik tentang buku ni Schuller ni banyak cerita tentang orang-orang yang dia jumpa yang pernah melalui kesusahan yang teramat susah dalam kehidupan di antaranya:

i) peladang yang rosak tanaman akibat kemarau and ribut,
ii) uneducated single mother with no income to support two children,
iii)kontraktor yang lumpuh akibat jatuh bangunan,
iv)anak perempuan Schuller sendiri yang dipotong kaki akibat accident motor

ada lagi banyak contoh-contoh dia bagi....but these people did not fail in their lives....they survived!. Mereka semua ni bangun dari kepayahan hidup because they have a strong willpower and faith in God. Kita kena yakin pada Maha Pencipta. Yakin bahawa Tuhan akan sentiasa menolong orang-orang yang sabar meminta pertolonganNya. (part ni saya benar-benar menggigil sebab saya pernah melalui beberapa peristiwa yang benar-benar meletakkan saya dalam ketakutan untuk menghadapi kesusahan. Syukur alhamdulillah...doa dan keyakinan pada Allah telah memberikan kekuatan pada saya untuk memenangi apa yang disebut oleh Schuller sebagai 'battle')

Schuller juga kata " The one battle most people lose is the battle over THE FEAR OF FAILURE...." Ketakutan pada kegagalan. Memang ini lah yang menjadikan diri seseorang itu sering rasa dalam ketakutan kerana tidak mahu menerima kegagalan sebagai satu pengajaran. Bila gagal sahaja dia mula akan rasa diri ini LOSER....and mulalah membenci diri sebab gagal. Orang-orang yang Schuller tulis dalam bukunya ni semuanya tidak mengaku kalah at all! mereka telah bangkit dari kegagalan kerana mereka amat percaya kepada 'possibility thinking' atau kemungkinan-kemungkinan bahawa ada jalan penyelesaian kepada kepayahan mereka. Pada mereka, why not aku cuba cara ini ....mana tahu ia akan membawa kejayaan?.....( ini lah yang dah saya buat masa memilih untuk meningggalkan perkhidmatan saya dulu.... yang membuatkan kawan-kawan yang konon 'rapat' masa kerja dulu dah tak berapa nak rapat sebab mungkin pada diaorang orang yang memilih bersara awal ni bodoh dan gila! )...sampai sekarang lah kawan yang dulu rapat, sekarang dah langsung tak mahu entertain orang gila ni....tapi alhamdulillah kehidupan saya yang gila sekarang ni lebih better than kehidupan saya masa belum jadi gila lagi. So, untuk keluar dari kesusahan kata Schuller, kita perlu ada faith, accept kegagalan dengan semangat dan keberanian untuk berjuang melawan kegagalan dan ....(ini saya tambah...) jadilah gila-gila....because gila-gila adalah one step to creativity.

Ok. Berbalik pada cerita kat PPUM, setelah selesai jumpa doktor and dah dapat prescription ubat...(harganya....woooo....boleh tahan lah jugak)..tapi ok-ok lah. Nak jadikan cerita, ubat yang nak di ambik ni kena di bawa dalam case yang temperaturenya rendah...so before pergi ke farmasi, kami ke beberapa kedai cari kotak ice (yang macam berkelah tu)...tapi tak ada...until sampai di satu farmasi di sea park, berlaku satu perkara yang memang menyentuh hati (sentuh hati lagi) sebenarnya yang bagi lesson to me. Mengingatkan mak pada Jaja ....sebab Jaja selalu sebut pasal 'pay forward'...Maksud pay forward ni lebih kurangnya begini...bila kita buat sesuatu yang baik pada orang lain, satu hari tanpa disedari orang lain (maybe bukan orang yang kita tolong) akan membalas budi kita dengan cara tersendiri...so di farmasi ni adalah one chinese lady...bising2 sikit mulutnya...bagi tau yang kotak yang dicari tu tak ada, tapi dia dengan bersusah payahnya pergi ke belakang kedai untuk carikan satu kotak polystrin yang siap bubuh ice untuk bagi kitorang. Masa ni memang terkedu sekejap....masa tu lah teringat 'pay forward' tu. So moral of the story.....selalu lah buat kebaikan tapi berpada-pada....dan tanpa mengharap balasaannnn.....

Ada satu story lagi yang membuatkan hati ni menyesal dan malu....masa nak ambil ubat di kaunter farmasi tu, tiba-tiba ada one chinese lady juga yang tiba-tiba potong barisan terus menjangkau tangan dia untuk bagi slip ubat kat tingkap kaunter....(depan hidung saya....)...memang nak kena lah....so kita pun sound dia " excuse me....boleh beratur tak?'....tiba-tiba dia cakap ''ohh sorry-sorry". tapi yang amat memalukan lagi bila dia offer nak bagi kotak untuk bawak ubat di pejabat dia kat tingkat 1!(rupanya dia researcher)....ya Allah masa tu dalam hati ' ya Allah apa yang aku dah buat ni.....mungkin ini ujian bagi aku ni nak tengok aku 'pay forward tak?). Menyesalllll.....insafff


ok for now...nanti sambung lagi dengan apa yang kita baca dalam buku TOUGH TIMES NEVER LAST BUT TOUGH PEOPLE DO. Schuller ada bagi tips2 untuk menghadapi kepayahan hidup...kalau nak tau ...hehe...teruskan membaca kita punya ceritala..

8 comments:

Anonymous said...

suke la topik 2day..
ttg takut gagal..
dlm dunia ni ade 2 jenis org kn..
org biasa2 & luar biasa..
mcm mana nk jd org luar biasa tu..

kena buang perasaan takut gagal tu la kot kn?

ni kire pay forward gak ni..
bg ilmu kt pembaca blog ni :)

The Fabulous Mommy to myDouble A! said...

PUAN,
SAYA SUKA BACA SEMUA TOPIK YANG POAN POST DALAM BLOG PUAN. BAYAK YANG MEMBINA, DALAM DIAM SAYA PUN ADA SIMPAN IMPIAN UTK JADI MCM PUAN. INSYAALLAH, SATU HARI NNT!

Zaiyus said...

@shana dear,untuk menjadi orang yang luar biasa kita kena lakukan beberapa perkara di antaranya termasuk: (ini sikit je dulu)

i) willing to learn from anyone (tak kira usia);
ii) learn from mistakes...jangan ever takut gagal dalam hidup sebab kegagalan adalah penggerak kepada kejayaan,(Dare to fail)
iii)reach out to people...hulurkan pertolongan, bantuan dan kasih sayang pada orang yang memerlukan,
iv)berani mencuba
v) willing to sacrifice
vi)yang paling penting ....you must have faith in Allah.
InsyaAllah Shana will be a great and luar biasa person yang amat disayangi.

Lil baybee pearl dear, terima kasih atas sokongan dan perhatian membaca post2 saya. Sebenarnya apa yang saya tulis ni untuk mengingatkan diri saya sendiri juga. Semoga kita sama-sama dapat memperbaikki diri untuk menjadi insan yang cemerlang, insyaAllah.

Anonymous said...

ermmm...sgt sgt sgt tertarik dgn teori pay foward tu:)

iYda Juhar said...

saye suke membace entri kat blog ni.secara tak langsung mengingatkan arwah nenek kesayangan yang bagaikan ibu pada saya.yer.arwah nenek saye juga selalu cakap pasal 'pay forward' tapi tidak dlm bahasa Inggeris la.heee.tapi ia membawa maksud yang same.dia selalu ingatkan saye,biar ape pon jadi 'faith in Allah s.w.t harus ada'.so,dats y sampai skang even saye ni bukan muslimah yang tahap bagus lagi tapi Kepercayan saya terhadap Allah s.w.t amatlah tinggi. ;)

tapi saye tak terlepas dari alpa.
(harus di motivate sentiase)
uhhuhuuhuhuuu..
so,Mem, dats y im so in luv wit ur blog.
tenkiu. ;)

dulu,cikgu Rushda ade bagi satu buku tapi saye tak habes bace pon lagi.dah 11tahun lepas.tajuknyer 'Dare to Fail'.
so,have to cari dat book to finish it.

Zaiyus said...

@vee dear. Thank you for liking my post sekali ni. Paying forward ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedar. Pay forward ni ada kaitan dengan naluri manusia yang berkait-kait dan saling mahu membantu.

@iyda juhar dear. Welcome to my blog and thank you for sharing your thoughts and experience with me. I love to share what i read with others so taht i won't forget what i read. Do keep on reading my entry and lets share our thaoughts.

Anonymous said...

Salam,

Sy ada nampak buku ni masa sale MPH kat SACC few weeks ago...tapi x tergerak hati nak beli sbb tertarik ngan buku lain pd masa tu...

But since after reading your review about the book, I plan to get a copy :)

Anonymous said...

@hz
Good that you decide to get the book.However, don't get dissapointed because the book may look too simple and even the contents may appear very simple, but it all depends on our interpretation and interest. So kalau buku ini tidak up to your expectation, hope you'll still spend some time to digest what message the author tries to send to us, ya? good luck.