Sunday, December 14, 2008

Apalah....harga mahal, tapi rasa tak sedap...

Assalamualaikum to all yang kita sayang,

Pagi ni nak 'singgah' sekejap kat blog ni sebab ada cerita sikit pagi ni yang boleh 'merangsang' kita untuk berfikir tentang hak kita sebagai pengguna di negara yang aman makmur ni. Sebenarnya perkara ni dah selalu sangat bermain di fikiran kita, iaitu pada setiap kali pergi makan di restaurant/gerai. So, cerita pagi ni ada kaitan dengan apa yang kita rasa selama ni.

Pagi ni kita ada tugas di Jabatan Kesihatan WP. Program start 8.30 pagi tapi as usual kita suka sampai lebih awal. So sementara nak tunggu 8.30 pagi, kita pun pergi lah satu gerai makan di depan klinik Tanglin tu. Tempat ni sebenarnya kalau tak silap memang famous namanya. Katanya ada nasi lemak kukus yang sedap (tapi ada rahsia yang membuat saya tidak memilih untuk makan nasi lemak tu...).

Anyway, kita pun ambil lah sebungkus mee hoon goreng for breakfast. Makan sesuap,...nak terkeluar balik. Apa tak nya, mee hoon keras ala-ala 'dawai', rasanya masin, minyak segelen, cili segayung, kasar-kasar boleh buat tampal gigi. Frust betul, nak makan tak lalu. Bukan lah kita ni tidak mensyukuri nikmat Allah berikan, tapi nak makan macam mana kalau mee hoon goreng tak rasa langsung mee hoon goreng nya. Sedih-sedih....lepas tu kita cuba lah beli lontong pulak dari kedai sebelah untuk gantikan meehoon sebab takut lapar nanti. ...hmmmh sama juga. Sekali lagi amat mengecewakan. Kuah lontong macam air sejuk tumpah serbuk kunyit, and sayur-sayurnya macam baru keluar dari fridge, dipotong-potong terus campak dalam kuah.

Sedih betul. Harga lontong RM3 and harga mee hoon goreng RM2. Kita 'kerugian' RM5. Again i'm not complaining pasal rezeki Allah berikan, tetapi agak terkilan dengan peniaga-peniaga di negara Malaysia kita yang indah, aman dan makmur ni. Suka ambil kesempatan dan makan duit tak berapa berkat. Mana tidak nya. Kalau nak makan duit orang, masak lah betul-betul and rasa dulu masakan sendiri sebelum jual pada pelanggan. Berdosa buat pelanggan macam ni.

Dalam hal nak jaga kualiti makanan ni kita rasa kerajaan sepatutnya perketatkan pengeluaran lesen penjaja ni sikit. Macam kita pernah terbaca somewhere tentang peniaga gerai makanan di Jepun. kalau tak silap, mereka ada tempoh percubaan 3-4 years sebelum diluluskan lesen. (betul ke Ezzy?). and ada food tasting lagi by pihak yang meluluskan lesen. Kalau sedap baru lulus lesen. Baru betul jaga hak pelanggan!.

Peniaga Malaysia pun boleh ditetapkan peraturan macam ni. Kan Malaysia serba boleh?. Kalau tak ada kawalan dalam pengeluaran lesen berniaga makanan, apa jadi?.... berlambak-lambak 'tukang masak dari seberang' yang ambil kesempatan buka gerai makan. Bakso sana bakso sini. Itu yang jadinya kuah lontong tumpah kunyit dan meehoon goreng ala-ala dawai. (My maid dulu pun cooked the same type of meehoon goreng when she first came to Malaysia, but after she got my 'penangan', barulah tahu nak masak. Itupun puas dah di ajar supaya tumis cili sampai betul2 masak baru masuk rencah, and rendam meehoon dulu sampai lembut.).

Peniaga makan di Malaysia ni naik lemak, melampau, mencekik darah, penipu dan macam lintah hisap darah! (maaf lah ya kepada yang berniaga di gerai makan or restaurant). Bukan nak mengutuk tapi kalau berniaga cara tak ikhlas, lama-lama nanti perniagaan lingkup kena sumpah dek pelanggan. Bagi peniaga yang ikhlas dan amat menjaga kualiti, kita ucapkan tahniah dan semoga rezeki mereka melimpah dan sentiasa diberkati Allah swt. Sebaliknya bagi peniaga yang macam peniaga di Tanglin tu, TOLONG INSAF. Kalau orang tak halal, berat juga nak menanggung di akhirat nanti. Dah lah mahal, tak sedap pula tu. Mungkin ada yang kata selera kita seorang saja yang kata tak sedap lontong and meehoon tu....tapi rasanya tidak kot, sebab lepas kita dah beli lontong and meehoon tu, kita ternampak beberapa pinggan lontong and meehoon yang macam tak diusik langsung ditinggalkan saja atas meja oleh pelanggan yang juga sedih macam kita. Ada yang nampak merajuk dan terus pergi dari situ.

So, kepada peniaga makanan di Malaysia, tolonglah berniaga dengan ikhlas hati. Jangan nak cari untung saja. Kalau masakan sedap, orang bayar mahal pun tak terkilan. Macam kita pernah makan di restaurant Malindo, Labuan. Masakan nya sedap sampaikan licin kami bertiga makan, dan bila membayarnya sikit pun tak terkilan walaupun harganya agak mahal. Orang macam ni lah pelanggan akan sentiasa doakan supaya kedainya tidak tutup or jatuh bankrupt!.



Our dinner yang costs about RM 90 for 3 persons but worth paying. (Malindo Restaurant Labuan)





Two contented 'warga emas' but fussy about food

Anyway, dear all, please don't get me or judge me wrong. Again i am not complaining about rezeki yang Allah berikan pada umatNya tetapi i'm just reaching out to all peniaga-peniaga... khususnya yang berniaga makanan (yang akan jadi darah dan daging)...TOLONG lah berniaga dengan jujur. Rasa lah terlebih dahulu makanan yang nak dijual kepada pelanggan. Lesen berniaga tu biarlah lesen 'yang halal' barulah rezeki diberkati selalu. InsyaAllah...

12 comments:

.:rainbeau:. said...

salam....
:)
have to agree...
satu lagi,kadang-kadang perkara cam tu ditambah lagi dengan layanan yang menyedihkan.
muka masam, service lambat, kadang-kadang siap marah-marah, tu tak termasuk salah hantar order tu..
pernah sekali,dah tanya banyak kali ada tak kangkung belacan, sebab sangat teringin, beria kata ada.skali sampai, sawi belacan!!!beriya pulak paksa bayar sebab dia dah buatkan..sigh...


vee

Zaiyus said...
This comment has been removed by the author.
Zaiyus said...

@..:rainbeau,
Itu lah kan, memanglah 'Truly Malaysian'. Sama-sama mencari rezeki pun boleh dengki mendengki. Tak ada sikap bantu membantu. Very selfish. Cuba kalau kita tersilap duduk di meja gerai dia and order dari gerai lain...confirm masam muka dan tak mahu tolong orderkan. Ini berlaku di Bangsar. Kita ni ingat dia dah orderkan, tunggu punya tunggu rupanya dia tak orderkan pun sebab dia bergaduh dengan orang gerai sebelah punca dari pelanggan tarik kerusi dari dia punya meja. heeee...shushah..shushah....
How to educate these people to be more tolerable,honest and 'professional'

Anonymous said...

ya betulll!!!
memang jepun la yg practise sistem tu..
tp smpi 3 tahun tu not sure pulak..

spesis diaorg ni bab menjaga customer mmg lain macam siket..
customer satisfaction tu mencakupi telalu byk aspek dlm daily life diaorg..
bkn setakat pekedai n pembeli or pengguna n pemberi servis..
hmm susah nk explain sbnrnya sbb takde dlm budaya kita unless berada sekali dlm community diaorg n experience sendiri..

bahana dia?..hmm tu la yg dikejekan hari2 kat jepun ni melayan kerenah customers western digital yg teramat la demanding n banyak songehnya hehe..

it's not about the customer is always right, or customer is #1..to them, the customer is god..so just imagine service yg camana nk kena bg supaya god satisfied??..hehe..

- from tokyo with love -

Zaiyus said...

@ dear Ezzy,
Kalau peniaga di Malaysia ni kena ikut peraturan dan budaya Jepun layan customers, rasanya pengsan diaorang. Kenapa lah sampai sekarang tak ada jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggungjawab ni ambil tindakan tegas. Asyik luluskan lesen 'bawah meja dengan harimau' je. sebab tu peniaga-peniaga makanan ni macam hampeh je.(oopps sorry)

p/s...ada orang tu tengah happy sebab wife dia nak join dia di jepun....(wife dia pun tengah excited beli 'barang-barang dapur' sampai kicap and belacan pun dia nak bawak.)

SyaNa said...

makmok mmg sedihkn kalo makanan yg kite byr tu tak sedap..bkn tak kena selera..sbb kalo tak kena selera kite means selera org len ok..
tp ni tak sedap yg tak boleh ditelan..
tp tak dpt lupe lontong kt sec14 tu..
tu mmg sedapppp

Zaiyus said...

@Shana, tu lah, memang frust sangat bila tgh lapar, dapat food yang tak best punya. Especially yang dimasak oleh mereka-mereka dari 'seberang tu'. eee...pantang betul laa.. Biasanya kalau kita dapat tau yang masak tu orang seberang, kita confirm cuba elak kecuali yang kat rumah ni. Masakan dia dah ok sikit.

Orrait, jom kita pgi makan lontong sekyen 14 tu. Shana belanja,ek?

SyaNa said...

boleh jek makmok..
nnt ade jodoh jom la kite gi sana..

iYda Juhar said...

tu la puan.
saye pon setuju gak.
saye memang dak suke kalu gi kedai yang salah anta order,bile kite mintak tkar,dia palk nak marah kite.dah la kite bayar dan bukan makan free.patut nyer kena la setimpal. kan???

(;

notatangan:cantek blog. tuker rupe yer?

Zaiyus said...

@iyda Juhar,
saya pun pernah kena marah dengan tuan kedai makan sebab salah order...kita pulak yang kena. Masalahnya tidak ada satu enforcement atas mereka ni kalau layan pelanggan macam ni kan?. so, nampaknya makan kat rumah je lah. tak sedap pun, tak apa sebab kita masak sendiri.

Hehe ya lah, sekali sekala nak kena juga tukar blog sebab kan macam orang Jepun, sentiasa ada perubahan. tidaklah menjemukan.

SyaNa said...

nape lama tak update?? bz ye??

Zaiyus said...

Dear Shana
ya la...agak bz sikit. Org dah pencen pun kena cari makan....
nantilah kita update blog ni bila ada 'loose2' sikit.