Friday, February 27, 2009

HUTANG

Hutang..hutang...dan berhutang. Satu 'jual-beli' yang menyakitkan. Dalam kehidupan sekarang mana ada orang perfect sangat sampai tak ada 'hutang'. Orang yang kata dia tak ada hutang tu adalah orang yang tak tahu apa istilah 'hutang' sebenarnya. Memang lah kalau kita kata hutang kebendaan mungkin memang tidak dinafikan ada orang yang boleh senyum lebar bila dia berkemampuan beli barang dengan cash...no credit cards...sorry. beli rumah, beli kereta tak ada payah-payah nak pinjam loan dari bank, semua bayar cash!. Kan bagus kalau boleh buat begini? Tak ada hutang bank langsung. Sebab bank ni masa mula nak pancing kita manisnya lebih dari gula grade A, gigi lembut dari lidah, dah dapat kita sign saja agreement, terus sombong dengan kita. Lambat bayar kena perli.

Zaman sekarang buat hutang kadang-kadang dipaksa. Contoh, ada company yang hanya accept credit cards untuk berurusan dengan dia, tapi kita tak ada pilihan sebab kita kena jugak berurusan dengan dia. On-line transaction, mesti ada card. Yang tak ada card tu kadang-kadang terseksa jugak...tapi kalau ada LAGI SEKSA JIWA RAGA. So yang rasa-rasa nak pakai cards tu fikir-fikirlah ya. Card ni ada toyol yang setiap masa mengejar kita untuk berbelanja..in another words dia 'curi duit kita'. Kalau nak card jugak, apply saja debit card. Dah memang duit kita pun. Tak ada duit jangan belanja, senang cerita. (Actually i'm in the process of getting rid of my credit card..dulu ada more than one sebab selalu travel, now tinggal satu. Soon hopefully my life will be free from hutang!. Menyesal jugak berhutang ni kan?.

Dalam banyak-banyak hutang kebendaan, hutang yang paling kita semua kena jauhi ialah HUTANG ALONG!!!. Walau apa jadi sekalipun, walau kita dah berada dipenghujung akal, janganlah pergi dekat dia tu. Memang hantu, bukan setakat hantu saja, jembalang tanah yang bertaring tu..menghisap darah orang-orang yang terdesak. Kita selalu tengok apa akibat berhutang dengan along ni. Boleh jadi mati pun ada. Simbah cat pada dinding rumah tu dah banyak kali dengar. I have faced a situation bila terpaksa cari jalan membantu a couple yang i kenal rapat sangat berhutang dengan along ha..ja..dah...ni. Couple ni berhutang along sampai more than ten cards...nak cover satu hutang, pinjam along lain..it went on and on..and on...total ..wow i think more than RM10k. Kalau tak silap they started with only pinjam RM300 or 400 je. Nasib baik mereka masih ada people around yang sayangggg..... mereka. Kalau tidak, hmmh jadi habuan along la. Harap-harap mereka ni dah serik.

OK back tu cerita hutang. Istilah berhutang ni bukan saja pada kebendaan, tapi setiap kali kita berjanji, itu dah jadi 'hutang' dalam bentuk amanah. Bila kita mengata orang, tu pun hutang yang perlu dibayar semasa masih hidup. (oopps, yang cerita along di atas tu bukan mengata tapi untuk ikhtibar saja). Bila kita dah menyakitkan hati orang lain, itu pun hutang. Bagi suami-suami, bila dah ambil anak orang sebagai isteri...itupun hutang tau?..so jaga baik-baik...amanah orang...kalau tak pikul baik-baik..berhutang tu. Sebenarnya bila sebut hutang, kita semua ni selalu berhutang sebab tu bila kita nak tinggalkan seseorang atau berpisah ke haluan masing-masing, kita selalu cakap 'minta maaf banyak2 dan halal makan minum' padahal bila pulak kita makan dan minum di rumah dia.

So, to all ingat-ingatlah hutang-hutang kita...jangan hanya fikir hutang material but also hutang spiritual.

p/s Dah 'bawak' office ke rumah, so far so good. Banyak kerja boleh dibuat walaupun kejap-kejap pergi cium my dearest cucu, Eizwan. I feel so peaceful and i think so far i can disciplne myself untuk tidak pergi tengok TV between 9.00 am to 6.00 pm (office time). Traffic jam?...hmmh..hanya berlaku apabila Eizwan terbalikkan his toys box. Berantakan! I'm teaching him to put back barang-barang dia into the box.

6 comments:

SyaNa said...

hutang??
ermm byk sgt hutang ni..
mcm2 hutang..tak tau sempat langsaikan ke tak..

paling penting hutang sebagai hamba Nya

Anonymous said...

yarr betull...kena qadha..kalau tidak, dikira hutang paling besaq no..

zazaez said...

Haha.. Part traffic jam tu kelakar coz memang boleh bayangkan Eizwan teraburkan toys dia.. ;)

Anonymous said...

Ja. Tu la. I'm lucky to get traffic jam yang minor2 je tapi kena bayar tol kat traffic controller. Kalau tak dia gigit dengan gigi dia yang empat batang tu.

iYda Juhar said...

yer. saye blom habes ganti puase lagi. huhuhuuh

Zaiyus said...

ya iYda...itu hutang juga..hmmm