Wednesday, February 25, 2009

TAGGED- THINGS I CAN"T STAND

Salam..
I've been tagged by Jaja. Yang kelakarnya kita tak tahu apa yang nak buat kalau kena tag?. Orang nak blogging kita nak blogging tapi tak tau apa tag. Anyway, lepas dah tanya Jaja, these are THE THINGS I CANT STAND!

1) I can't stand orang yang suka bragging(cakap tak pernah jatuh punya) Suka sangat bermegah-megah and menunjuk-nunjuk, tak kira lah apa yang dia bragkan. Kekayaan, anak-anak belajar tinggi-tinggi, rumah mahal, kereta exclusive ... selalu pergi holiday oversea? apa-apalah yang dia boleh brag..I pandai buat ni, i pandai buat tu...boleh katakan apa yang boleh dia canang, itulah yang dia kan canang. Even menunjuk-nunjuk yang dia ni alim sangat. Bila orang datang rumah, masa tu lah nak announce "tunggu kejap ya, i nak sembahyang". Selagi orang tak dengar, selagi tu dia tak bangun dari tempat duduk. sampailah orang dengar.(Kalau nak pergi solat tu, senyap-senyap pergi lah, tak payah nak heboh sekampung, kurang pahalanya) Lepas tu brag yang dia ni AJK surau lah, mesjid lah, kalau kenduri kat rumah dia, " i selalu jemput orang-orang mesjid, mesti ramai yang datang"...(itu pun nak cerita kat orang?) Tak cukup itu, tambah lagi, 'i sekarang sibuk attend class mengaji, fardhu a'in and kelas ugama..' alaa...benda-benda macam tu, tak payah cerita pun, lagi senyap lebih bagus. Allah saja yang tahu.

ii) I can't stand orang yang 'lambat menangkap', 'lembab'. Rimas betul. Nak buat sesuatu tu, nak mula pun lembab betul starter dia. Kerja banyak nak buat tapi adduhhh, macam siput. Bukan lembab je tapi macam pahat dengan tukul. Sekali berketuk, sekali bergerak. Kenapalah orang macam ni tak ada special ubat untuk dia jadi lebih pantas?. Memanglah bagus kalau kita bekerja slow and steady...tapi slow sangat pun bukan hanya tak steady!. tapi boleh buat orang lain mati keras!.

iii) I also can't stand orang yang tak berterus terang sebab terlalu nak jaga hati orang lain. End up, orang tak tahu apa yang sebenarnya dia nak. Kalau tak mahu, katakan tak mahu, kalau tak boleh buat, cakap tak boleh buat. Kenapa awal-awal kata boleh, lepas tu last minute baru kata tak boleh?. Menyusahkan betul. Dahlah tu, tak mahu cakap betul-betul...kita tak tahu apa dalam hati dia. Speak up, so that people know what u really want or who you really are!. Berpada-pada lah nak jaga hati orang, jangan sampai makan diri sendiri or orang lain macam hero/heroin cerita hindustan, orang yang menonton pulak yang hantuk kepala kat dinding.."cakaplah...cakaplah..."

Rasanya itulah saja kot. Tak boleh banyak-banyak nanti kita pulak tergolong dalamlist 'things I cant stand' orang lain.

No comments: