Sunday, June 14, 2009

Merdeka!

Salam to all,
Alhamdulillah hari ni saya boleh menulis semula di blog ni. Selama ni bukan tak mahu tulis tapi terlalu sibuk 'berperang'. Hari ni saya dah merdeka!!! dan tak perlu berperang lagi. Boleh balik ke 'kubu' semula.

Sebagaimana yang kita ketahui, tidak lama lagi (bulan Ogos tau, bagi sesiapa yang terlupa) negara Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 52. Kalau kita amati pengertian sebenar kemedekaan ialah 'bebas dari belenggu' tak kira dari penjajah atau pemimpin zalim atau dari apa juga yang membuatkan fikiran kita bercelaru dan tertekan. Makanya negara kita merdeka kerana 'bebas' dari pemerintahan penjajah. Bila dah bebas, negara kita boleh buat apa saja tanpa dikongkong lagi. Malaysia boleh!

Kemerdekaan saya ni memang sama pengertiannya dengan merdeka negara kita, cuma dalam situasi dan penghasilan yang berbeza. Merdeka saya ialah apabila saya dah selesai siapkan dan hantar research report/tesis saya yang menandakan pengajian saya dah tamat! Merdeka! Merdeka! Merdeka! dan sambutannya (convo)juga dalam bulan Ogos cuma awal sedikit dari sambutan pada 31 Ogos (itupun kalau saya layak bergraduat). Saya nak tunjuk gambar tapi nantilah later-later saya postkan kat blog ni, sebab apa yang saya nak cerita hari ni adalah tentang the sweet and bitter momments yang saya lalui sepanjang pengajian saya.

Kalau diikutkan memang banyak yang saya nak ceritakan tapi lets just take yang hujung-hujung masa nak siapkan tesis hingga hantar. Pengalaman yang saya lalui ini boleh diibaratkan macam dari mula disahkan mengandung hingga lah saat-saat di labour room. Hanya orang yang alami sahaja yang dapat menjelaskan bagaimana rasa dan perasaannya. Seingat saya, mula-mula kesakitan masa mula-mula mengadap supervisor yang di angin-anginkan sebagai supervisor yang cerewet. Nak sokong tajuk kajian saya pun berkali-kali jumpa dia. Bila dah sokong tu, rasanya otak ringan sedikit. Setelah dapat kelulusan tajuk, sakit kedua datang bila nak mengadap supervisor lagi bincang tentang instrumen yang sesuai untuk kajian, yang ini rasa macam sakit 'contraction pertama', lama sikit tapi sakitnya....nak lepaskan dia bersetuju dengan instrumen yang saya pilih untuk kajian, separuh nyawa baru dia lepas. Masuk kesakitan kedua, bila hantar bab 1, 2 and 3 untuk semak.....dan seterusnya, memang macam masa mengandung, kejang urat lah, sakit belakanglah...

Tiba masa dah dapat soalselidik yang diedarkan pada respondents. MasyaAllah....respondents pulak ada yang macam-macam ragam. Contraction yang kedua, dah buat analisis dapatan kajian, tunjuk kat supervisor, banyak kali kena reject...repair lagi. Masa ni rasanya macam nak give-up dan masa ni juga terasa diri ni tak pandainya..(bukan bodoh). Felt so small...tak apalah, buat juga sebab tak nak give up. Gedebak gedebuk, sampailah hari yang dinanti-nantikan...final checking.
Rasa macam nak masuk labour room, nak bersalin dah ni, haha...jeng jeng jeng....biar saya berdramatik sikit.

Petang itu, 10 Jun jam 4.45 petang hujan turun (tak lebat tak renyai), aku turun dari kereta, dengan payung merah. Mengikut sms supervisor to me pagi tu " if I don't turn up by 5 pm, you can proceed binding". So saya tunggu lah depan bilik supervisor. Pukul 4.55 dia turn-up!....ha melepas peluang saya. Kena jumpa juga. Tak apa, i was ready. Dengan hati yang berdebar-debar, masuk lah bilik dia. Dia selak my tesis, page by page. Macam-macam lah comments dia, pembetula lagi. Masa tu 'contraction' kuat nya makin frequent...nak minta epidural.....dup dup dup jantungku berdetup-detup. Jam 5.28 minit saya tengok dia buka drawer untuk ambil stamp pad dia sebab nak cop nama, masa tu bilik dia yang sejuk aku rasa lebih bertambah dingin. Berapa horse power dia pakai untuk aircond dia ni?...dup-dup jantung ku lebih kencang bila tengok dia pegang pen lepas dia cop nama...dia pun.....meletakkan muncung pen atas borang kebenaran ....jeng...jeng...dia nak sign dah, dia nak sign...sikit lagi, tiba-tiba..." Zailan you dah check semua ni ya?...." (alahai dia boleh berhenti balik tu pulak dah)..macam nak putus nyawa aku tunggu. " ok, I trust you..."
At last...dia sign! aku tengok jam...tepat-tepat pukul 5.32 petang 10 Jun supervisor sign. Lepas tu apa lagi, tak tunggu lama lagi, balik rumah buat correction, and tommorow morning terus pergi bind and pukul 3 lebih (ptg hari Jumaat 12 hb), aku bersama Ji pergi hantar tesis (yang telah ditampal-tampal) ke kaunter penerimaan di pejabat pentadbiran. Yahoo!merdeka! merdeka!merdeka!. Ya Allah lega nya Allah saja yang tahu. Macam orang bersalin, baby dah keluar, tangan automatik letas atas perut, macam tu rasa leganya.

Tapi......yang tidak bestnya, dalam manis ada duka, ada pahitnya. Sepanjang pengajian saya di UM dalam bidang kaunseling ni. macam-macam jenis manusia yang saya temui. Ada yang saya sayang dan ada yang saya cuba sayang tapi yang tidak bestnya, ada yang saya sayang tapi dihujung-hujung dia membuatkan sayang saya padanya terus hilang. Biar saya ceritakan di antara jenis-jenis manusia yang saya kenali sepanjang pengajian saya yang agak merosakkan sweet memories saya di UM:


i) Manusia yang mementingkan diri sendiri, tidak kira orang lain suka atau tidak kena 'tunduk' pada kehendak dia. Kalau boleh orang semua tak payah buat tesis sendiri, kena buat dia punya saja. Sampai hantarkan tesis dia pun orang lain kena buat. Big bully.

ii) Manusia yang bersikap buruk ketika terdesak. Nak minta orang tolong tapi marah-marah orang. (Bagaikan melepaskan...)

iii) Manusia yang tak reti kenang budi orang yang dah berkorban untuk dia. Kacang lupakan kulit.

iv) Manusia hipokrit, berpura-pura baik sebab nak sesuatu dari orang lain.

Itu satu jenis manusia, ada manusia lain ni pulak...

i) Cheater...dia tidak pergi buat counseling practicum di tempat yang sepatutnya, tapi tiru laporan orang lain...and dapat better grade than orang yang ditiru?

ii) Cheater...tiru tesis orang lain and tunjuk pada supervisor, and got the guts to 'ask' from supervisor suruh bagi at least B+?

(to this cheater, think baik-baik...sepandai-pandai tupat melompat, akhirnya....dan ingat, kalau belajar kita menipu, tidak berkat hasilnya, bagi makan anak cucu. )

Tapi, apa-apa pun saya dah 'lepaskan' all the bitter moments, dan saya hanya ingin kekalkan sweet memories saya dengan adik-adik yang saya sayangi ketika kita belajar sama-sama. To dearest:

a) Roziana Ishak (ji), thank you so much for all your help and sokongan...jasa dan budi baik Ji tak kan Kak Zai lupakan hingga akhir hayat. Kekalkan kebaikanmu agar lebih ramai menyayangimu. Semoga selamat bersalin dan mendapat pekerjaan yang terbaik untuk Ji.

b) Amir Hamzah (Amir). thank you for your support..kenangan masa buat praktikum di politeknik, tak kan Kak Zai lupakan. Semoga Amir terus success dan bertemu jodoh dalam masa terdekat.

c) Zainab (Nab), good luck to you. Semoga success selalu.

d) Halim, semoga success menjadi pendidik yang cemerlang dan lebih yakin.

===============
To Jumiah...THINK and CHANGE, or you might loose more friends.


Tahniah kepada semua kerana telah berjaya mengharungi rintangan. Jumpa di convo pada 11 August, 2009.InsyaAllah.

Love
Kak Zai

11 comments:

Timmy said...

Congratulations Mak Jaja... wah Jaja pon dah nak abis... mari convo beramai2...

ez said...

tang pengalaman bersalin cuma ada experience overdos jaja dgn gas, so tak bp bole nak feel..

cuma cerita2 besalin ni selalu buat rasa sengal lutut tak tau kenapa..hehe..

anyway, congrates tok mi!
me and ez jr. proud to be part of your family..

Tok mi said...

Dear Timmy,
Thank you for the wish. Glad that everything is over. Lega.

Ezy, haha...Jaja overdosed blue gas.
Glad to know that you are proud to be part of our family. We are also glad and proud to have you as part of our family.

SyaNa said...

congrates makmok!!!
menakutkan baca kisah mcm org nak bersalin
ngeri :)

- makmok saya mmg paling terer

Tok Mi said...

Thanks Shana dear,
Mak mok terror? terrorist ada la.
Cakap lah auntie idola ke...hehe..

zazaez said...

I'm not part of the story..? Uhuk.. Nak tulis blog la.. Hehe.

Zaiyus said...

Dear Ja,
Hehe...i will never forget jasa one and only one SIFU mak. Nanti ada special entry untuk the best sifu ni.

iqa said...

dear tokmi,

enjoy reading ur blog. full with excitement. and thanks for answering my question on ur son's blog. didn't expect that i can get the answer from tokmi. glad to know u. even in a short cnversation. and best of luck in being a tokmi!

warm regards

Tok mi said...

Dear iqa,
I do follow my son's and my daughter's blogs. Bukan apa, just to share our thoughts in our own family-ways, and also to support them. Makes me feel closer to them.

PHiRa said...

congrats makmok!sure ur kids are proud with u termasuk la phira;-)

Mak mok said...

Thanks Phira.