Saturday, July 11, 2009

MANUSIA DAN HATI

Salam to all,
Hari ni Sabtu 11 Julai 2009. Saya baru balik dari Labuan malam tadi flight number MH 2609, pukul 5.20 ptg dari Labuan. Sepatutnya balik hari ini flight 8 pagi, tapi sebab anak tidak sihat, terpaksa shortened my program with the Perbadanan Labuan. Dapat ticket (waiting list). Alhamdulillah at 4.50 pm, my ticket was confirmed. (ada lah passenger yang terlepas flight or decide tak mahu travel hari ni.) Rezeki saya.

OK. Apa yang nak dikongsi di sini ialah tentang dua insan yang bergelar manusia yang duduk bersebelahan saya sepanjang perjalanan pergi ke Labuan dan balik. Ya, dua insan yang diciptakan Allah swt dengan cukup sifat. Sama saja mereka berdua, dua-dua nama ada 'binti'(seorang wanita dan seorang 'perempuan')Mereka ada badan, ada mata, ada telinga(walaupun tidak nampak sebab pakai tudung), ada tangan, ada jari genap jumlahnya, ada kaki, dan ada dsbnya...mereka adalah sama dan serupa.....iaitu MANUSIA dari kaum Hawa. Tapi ada sesuatu yang membezakan keduanya...iaitu seketul daging bernama HATI. Seketul daging yang dapat membezakan siapa mereka berdua.

Ok. Cerita pertama:
Hala pergi (flight 6.45 ptg 9th July 09). I sat beside a girl (very young). Nampak inai dijari...baru kahwin (was confirmed later by her). Permulaan pertemuan, tanggapan pertama saya, this girl nampak tidak friendly sangat. As usual, first impression tidak semesti betul. Saya cuba 'break the ice' dengan menyapanya dan menghulur tangan " Assmkm, saya Zailan...." . To my suprise, dia membalas dengan senyuman yang cukup manis dan menghulur tangan..."ahh saya Fairuz"...so kami pun berbual panjang selepas itu. Sambil-sambil tu saya sempat 'beri tuition' padanya bagaimana nak sediakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja, sebab katanya bahagian tempat dia kerja masih baru lagi dan perlu wujudkan dokumen ini.(orang jabatan kerajaan tahu lah apa MPK dan FM ni). Saya dan Fairuz bersembang sepanjang perjalanan kami hingga sedar tak sedar kami dah sampai ke Labuan. Kemesraannya membuatkan saya amat selesa dengan Siti Fairuz, nama yang cukup indah, seindah seketul daging dalam dirinya. Dalam masa 2 jam 20 minit tu, kami jadi macam dah kenal lama sehingga bila nak berpisah (dia akan tinggal di hotel lain) kami berpelukan dan sempat bertukar contact info. Hala balik ke KL, flight kami sama tapi dia duduk seat lain. Kami sempat berpelukan lagi di KLIA masa nak berpisah.

Cerita kedua:
Insan yang seorang lagi ni, saya temui dalam perjalanan balik ke KL dari Labuan (seat number saya 16D dan dia 16E bersebelahan kawannya 16F). Saya antara yang terakhir masuk perut kapalterbang MAS ini sebab dapat ticket waiting list. Sampai di seat 16D, saya lihat dua wanita, dua-dua bertudung, dan sense saya mengatakan mereka ini 'kakitangan kerajaan'. Sambil meletakkan beg saya di seat, saya menyapa " Assalamualaikum.......". Terkejut saya kerana tidak sangka saya akan mendapat respond yang amat dingin dari wanita bertudung hitam di set number 16E. Orangnya agak muda, berselindang hitam meghelip-ghelip, lilitan ala-ala tudung Siti Nurhaliza. Bukan saja dia jawab macam hendak tak hendak, siap jeling saya lagi. MasyaAllah. (mungkin saya yang silap pandang kot). Saya pun duduk di sebelahnya, pasang safety belt. First few minutes, saya diam membisu. Takut nak cuba 'break ice' macam saya buat pada Siti Fairuz sebab wanita ini awal-awal lagi dah pasang 'perisainya' dengan menarik muka masam. Hati saya berkata " tidak apa Zailan, dia penat tu ". Bila makanan dihidangkan saya dan dia minta pilihan yang sama iaitu nasi kerabu. Disebabkan nasi tu tidak nampak macam nasi kerabu langsung, dan kerana takut saya tersilap pilihan menu, dengan muka yang tak tahu malu, saya cuba memberanikan diri bertanya pada wanita ini, "betul ke ni nasi kerabu?,tadi stewardess sebut nasi apa?".... Sekali lagi saya rasa nak 'pengsan' bila dapat respond dari wanita ini..."entah mana saya tahu". Macam nak pitam saya dapat jawapan ni. Ya Allah ya Rabbi...saya macam nak cakap pada dia, " oi, awak ni sedang berdepan dengan orang tua dah pencen ni, boleh hormat sikit, tak?. Mentang-mentang awak ni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam jabatan kerajaan, awak jangan sombong sangat". (Sebenarnya saya ada terdengar dia cakap pada kawan di sebelah pasal kerja dia. Dah suara diaorang kuat, mestilah saya yang duduk di sebelah ni boleh dengar cerita dia...tapi saya tidak lah ingin nak menyampuk pun. Sepanjang perjalanan kami langsung tidak bercakap, saya baca buku saya, dan dia bersembang dengan kawan sebelah sambil badannya mengereng dan membelakangkan saya. Sekejap-sekejap letak tangan di telinga kawannya berbisik-bisik dengan kawan dia sambil mata pandang saya. Ahh gasak lah apa masalah budak-budak ni. Agaknya dia kata muka saya macam Uji Rashid kot(perasan). Hmmmh...apa2 aje lah. Sampai di KLIA, masa nak ambil beg masing-masing, sekali lagi dia jeling saya. Eh, kenapa pulak ni?. Kalau tak minat Uji Rashid sekalipun , jangan lah libatkan saya!...Dia tidak nampak ke saya ni orang tua yang dia layak panggil makcik ke or tok ke. Siapa yan gajar budi bahasa dia? kesian betul budak ni. Saya tidak rugi, dia yang rugi.

Wahhh! kalau macam ni sikap pegawai kerajaan (especially PTD!), lingkuplah sistem pentadbiran kerajaan. Patutlah ramai public yang menyampah pada pegawai kerajaan. Beberapa orang punya hal, habis semua kakitangan kerajaan kena tempiasnya. Ya lah kan, masa saya masih jadi pegawai kerajaan dulu, saya tidak nampak semua ini sebab saya berada di pihak 'dalam'. Sekarang baru nampak. Kalau ramai pegawai kerajaan yang macam budak 'perempuan' bertudung hitam di seat number 16E MH 2609 ni, lingkup lah kerajaan. Tidak guna ada pelbagai program peningkatan kualiti macam ISO ke, or AKPM ke or star rating ke....kalau sikap pegawai dia macam tidak ada HATI yang bersih, membuang masa dan duit saja. Jadilah macam Siti Fairuz, wanita bertudung purple di seat number 11C. Hati seindah namanya.

To all, nasihat Tok Mi....walau setinggi mana kamu berada, jangan lupa memandang ke bawah dan sekeliling kita. Pangkat tidak boleh dibawa mati. Bila kita mati, kita akan keseorangan, so masa kita hidup ini lah gunakan sebaiknya untuk menyambung silaturrahim sesama insan.. Gred 41 or 44 or 48 or 52 or 54 or JUSA will NOT bring you to your grave!. Setakat menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan belum lagi boleh membuatkan kita hebat. Kita adalah insan yang digelar manusia yang dijadikan dari segumpal tanah, yang ditiupkan roh ke dalamnya, menjadi manusia dengan diberi seketul daging dipanggil HATI. Gunalah HATI kita dengan betul, insyaAllah kita akan disayangi oleh setiap insan yang kita dampingi. Biarlah 'pemergian kita diingati, jangan pemergian kita dinanti.

Salam sayang
Tok Mi

16 comments:

QiLaZ said...

hai!Auntie Zai..
qila ni actually u'r silent reader..la ni baru tak nak jd silent lagi..huhu =)

bagi qila tak patut wanita bertudung hitam tu cakap kasar dengan kata "entah mana saya tahu"..sekalipun tak tahu..boleh minta maaf dulu, then baru cakap tak tahu..

hati manusia..memang sukar diduga..

btw, i'll always remember u'r advice..and always be u'r reader..huhu

Tok Mi said...

Dear Qilaz,
Thank you for visiting my blog and shared your opinion about the wanita bertudung hitam. Tu la, memang patut dia minta maaf dulu, baru cakap tidak tahu. Maybe dia tersilap dilatih dalam kursus etiket sosial.

Anyway, I visited your blog. Wah very sweet and the Korean songs tu, very beautiful, soothing, cukup mententeramkan. Saya cuba post comments tapi tidak boleh, so i put it here so hopefully you'll be reading this.

Good luck to you in your studies. Belajar di mana?. Hope you can get to do your practicum di Sime Darby.

Auntie Zai/Tok Mi

SyaNa said...

iskh..iskh..mmg tak berajar btol budak tu..
nasib keturunan yusoff tak gitu ye..

Tok Mi said...

Shana dear,
Kalau anak cucu keturunan Yusoff Bashah perangai macam ni, kena sumpahan lah dia. Sumpahan harimau, ikan pari dengan ikan tongkol...haha.

QiLaZ said...

qila study dekat Kolej Poly-Tech Mara, Batu Pahat..
thank you so much for visiting my blog..huhu
=)
amin..memang harap dapat buat praktikum kat sime darby tu..kompeni besar, jadi munkin banyak pengalaman boleh diperoleh kat sana..

wish me luck..n thank you!

iYda Juhar said...

wah Tok Mi berjalan sakan kat Labuan rupenyer :)

saye setuju. apalah sangat pangkat tuh. kepuasan sementara. kalu digunakan dengan betol pasti ade baik nye. tapi dah jadi lupe akan makan diri pulak. besar betol dugaan ni kan.

by the way, Tok Mi bole reach iYda kat sini http://iydajuhar.blogspot.com/

hehehe. sekali lagi thanks for ur nasehat Tok Mi. really appreciate that. tenkiu.

phira@mommysofea said...

memang pelik dgn org yg macam tu..bukannye susah pun nak ckp baik2 kan....good advice makmok

azah said...

Salam Pn Zailan~
lamanya x visit blog puan, tiba33 hati sy terdetik nak view blog puan. wahh! pada sy itu biadap, ape la..huh, x pandai bersopan sungguh. to siti fairuz, sy puji sikap dia!
betul kata pn zailan, mostly all the PTD ni mcm mancung tinggi betul. huh..once they receive the title "PTD's" tu..yg dulu baik pun x mustahil akan berubah. i have one of my friend before ni skim F (pn zailan might be tau skim ape) than she migrate to skim M. tell u what, now after a few month dia buat33 hidden jek. sedih jugak sbb dulu masa di satu kementerian she's one of my gud friend :(

Zailan said...

Dear Azah,
Begitu lah kalau manusia yang tidak pernah muhasabah diri. Baru dapat pangkat memegang jawatan tinggi, sikap pun dah berubah. Harap-harap tidak akan berlaku pada kita, insyaAllah.

analia_johnna said...

salam puan..i'm one of ur silent reader (jugak) :)..entry kali ni betul2 menyentuh hati,x patut perempuan tu buat mcm tu no matter who she is dealing with, regardless of warga emas or org yg lebih muda.malulah pada diri sendiri sepatutnya jadi contoh kpd org lain.saya harap satu hari nnt insan bertuah tu akan disuluhkan cahaya kedalam hatinya supaya sentiasa berbaik2 dengan individu sekeliling dan muhasabah dirinya sebaik mungkin.
love the way u write ur entry puan.terkesan sangat dalam hati ni *sigh*
saya baru je lapor diri dalam gov untuk skim L41 sebagai penolong kanan pendaftar mahkamah.kadang2 bila penat, x perasan kata2 yg mengguris hati org lain (mintak dijauhkan lah)...bila baca entry ni,dah ada azam untuk sentiasa beri perkhidmatan yg terbaik pd org awam supaya satu hari nnt khidmat kita dihargai,dan bukan dikeji.

ZaiYus said...

Dear Analia,
Thank you for appreciating my writings. Glad to share them with my blog's readers.
Cogratulations on your new apponitment as pegawai kerajaan. You'll find lots of things to learn in government services. Good luck to you. Semoga success be with you and always blessed with good heart.

azura said...

Salam..
if u dont mind, i took your last paragraph and post it into my blog. Just to remind myself and my friends.

is it ok with u?

psst: I'm totally agreed with u with your words about the two ladies. It's call 'langsung tak sesuai...!'.

Regards;
zura

ZaiYus said...

dear Azura,
You're most welcome to use the paragraph. Glad you want to extend it to your friends. Memang menjadi tanggungjawab kita sesama insan untuk ingat mengingati antara satu sama lain.

Anonymous said...

salam tok mi.
betul apa yg tok mi rasa.tu lah sekarang ni susah nk nmpak budi pekerti org2 muda.tertanya2 juga kdg2 bagaimana mereka di asuh atau didikan moral tidak cukup mungkin.
takpelah tok mi,hidup ni macam cermin.what goes around comes around.
since belajar di perantauan ni lagi jelas nampak perangai budak2 yg lebih muda kurang hormat pd yg tua.terlebih moden mungkin.
anyway, selamat berpuasa tok mi.moga Allah slalu lindungi tok mi sekeluarga.

luv,
Linda Nordin.
melbourne.

Tok Mi said...

Salam to you too dear Linda,
Thank you for visiting my blog.
Seronok dapat share opinions begini.
Ya,memang selalu tertanya-tanya mengapa anak-anak muda sekarang (not all of course), tidak menghormati orang-orang lebih tua. Cakap ikut sedap mulut dan hati.
EQ (emotional quotient)mereka kurang kerana terlalu mementingkan IQ. Di sekolah atau universities, they only focus on how to get 'A's and CGPA 4 flat or Distinctions, because parents and society says that if you don't get 'A's macam anak jiran sebelah, means you are not good.
So, Linda dear, Tok Mi doakan Linda tidak akan jadi begini. Balance your EQ, IQ and SQ. (Emotions, Intelligence and Spritiual). All the best of luck in your studies.

iYda Juhar said...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)