Friday, September 4, 2009

At last!

Assalamualaikum,

Adduhh lama juga tak masuk gelanggang. Pertama sebab sibuk sangat-sangat and kedua sibuk teramat-amat dan ketiga busy sangat. Samalah tu kan? Apa-apa pun hari ini ada masa nak menulis sikit sebab hari ni tidak ke mana. Next week baru ada program.

Anyway hari ni nak share tentang cerita lama sebenarnya ni. Cerita tentang my convocation yang dah berlalu pada 11 hb Ogos lalu. Dok nak cerita nak cerita tapi tu lah ...sibuk memanjang.

Pada 11 Ogos lalu, saya rasa amat 'bebas' sebab selama 2 tahun setengah mengharungi liku-liku perjalanan yang ada pahit manis dan pedasnya, at lasssttt! dapat juga memegang sekeping kertas yang ditunggu-tunggu. Punya siksa nak dapat sekeping kertas?. Saya telah menerima Masters in Counseling di UM...dari YAM Raja Nazrin. Maaf...bukan niat saya untuk berlagak atau riak, tetapi untuk berkongsi kegembiraan saya dan harap dapat membakar semangat anak-anak semua.




Hari yang bersejarah dalam hidup saya, hari yang saya boleh tersenyum, hari yang meninggalkan kenangan, hari yang menyentuh hati dan hari yang membawa perasaan yang bergolak. Ada juga hati bertanya "apa aku buat ni, dah tua pun dok sibuk belajar lagi. Kenapa masa masih muda tidak mahu belajar...." banyak persolan yan bermain di fikiran tapi, ahh ku buang jauh-jauh bisikan syaitan. Janji hari ini aku dah dapat apa yang dihajati.





Banyak yang telah dipelajari sepanjang perjalanan dua tahun setengah ni untuk menghabiskan sarjana ni, selain dari dapat knowledge in counseling, saya dapat belajar....:

i) KNOW WHAT YOU WANT: (TAHU APA YANG KITA SENDIRI MAHUKAN )
ii) JANGAN BUAT SESUATU KERANA ORANG LAIN BUAT
iii) SELF TRUST: PERCAYA PADA DIRI SENDIRI (bahawa kita boleh buat)
iv) KALAU HENDAK DAPAT SESUATU, USAHALAH KE ARAHNYA. (jangan ingat ia akan datang bergolek atau orang lain nak tolong)
v) TIDAK ADA ISTILAH 'TOO LATE OR TOO OLD' DALAM KONTEKS BELAJAR.
vi) SABAR
vii) KNOW YOUR TRUE FRIENDS
viii)IKHLAS PADA DIRI DAN ORANG LAIN (DON'T EVER-EVER CHEAT UNTUK DAPAT JALAN MUDAH)
ix) JANGAN MALU UNTUK BERTANYA
x) BERKONGSI (jangan kedekut ilmu...share dengan orang lain apa yang kita tahu lebih)
xi) MOVE ON AND DON'T STOP!!
xii)...and of course...DOA




Semua yang saya perolehi ini adalah anugerah dari Allah Yang Maha Agung, dari ibu bapa yang melahirkan, suami yang tidak jemu-jemu serta teramat sabar memberikan sokongan pada saya, anak-anak yang memahami, saudara mara, kawan-kawan, pensyarah-pensyarah, dan ramai lagi...

to all..thank you so much...my lovess will always be with you. Semoga tidak jemu memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan lagi ke peringkat Phd, insyaAllah.


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMBUAT PERSIAPAN HARI RAYA.

LOVE TO ALL
TOK MI

19 comments:

AzrAIn@rAIn@azrinrasid said...

tahniah ye aunty...raya tahun ni mesti meriah lagi dengan seyuman aunty kan...

selamat berpuasa dan menyambut aidilfitri....

QiLaZ said...

Selamat berpuasa Aunty..
Selamat membuat persiapan hari raya juga.

Aunty..All the best to you. Qilaz doakan yang terbaik utk kejayaan Aunty. =)

Wish me luck ya..for mid semester examination..this Monday until Wednesday.huhu

Thank you..Love you too Aunty.

ez said...

Tahniah Tok Mi..sori x dapat bersama di hari bersejarah..
Sungguh berbangga ibu mertuaku hebat ..
Hehe

syukrina18 said...

Alfu mabruk aunty dgn adanya segulung kertas tu, membuatkan saya berkobar2 utk sampai ke tahap m.a insyaAllah..dan seterusnya biiznillah..

Tok Mi said...

Dear AzrAln, Qilaz and Syukrinaz,
Thank you so much for the wish and doa. Selamat berpuasa dan menyambut aidilfitri to you all too...

To Qilaz, all the best to you for your mid term exam. Semoga berjaya mendapat keputusan yang baik. Remember, tidak ada istilah mustahil kalau kita ada semangat untuk berjaya. Fokus pada apa yang kita mahukan dan kerjakan.

To dear menantu, Ezzy...hmmhh... betul2 ke berbangga dengan ibu mertua mu ini...hehe gurau je. alhamdulillah mak dapat keluarga (termasuk Ezzy) yang sentiasa memahami apa yang mak mahukan dalam hidup. Thanks for all your support.

iYda Juhar said...

cOngrats Tok Mi !!!!

saye memang salute lah.heheh

saye skang pon part time blaja. baru sem ke-3. dan sangat penat. kekadang stress yang melampau sebab pertembungan kerja,belaja dan dirisendiri. kekadang macam nak putus asa pon ade. tapi alhamdulillah setakat masih berusaha belaja lagi.

jauh lagi perjalanan saye. haihh.

ape pon,im so proud and memang tabik la same Tok Mi.

:)

SyaNa said...

tahniah makmok!!!
segan la ngan makmok yg belajar tinggi2
kite ni mcm da tepu otak nk belajar

husna said...

TAHNIAH aunty!!!

dan selamat berposa...

PHiRa said...

congratulation mak mok...i'm so proud of u;-)

hazera said...

tahniah aunty! lama tk jenguk tak perasan ada entry baru..;)

saya pon harapnya berjayalah habiskan belajar ni~ masih berusaha ni!

Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Hari Raya ;)

sil said...

salam..tahniah puan zailan (maaf, agak formal), hehee..
jumpa blog puan masa m'cari-cari info tentang MPK & FM. Alhamdulillah terjumpa info yang lagi membakar semangat (which refers to your latest entry). Baru semalam saya tulis entri di blog saya yang saya mahu sambung belajar. Dan entri puan lagi membakar semangat saya! Terima kasih banyak2..

Terima kasih daun keladi,
Ada info share lah lagi :)

ZaiYus said...

Dear iyda, shana, phira, husna, hazera and Sil,
Thank you all for the wish. Hope to proceed further in my studies.

Sil dear, glad to know that my entry sparked some semangat.(by the way, apa maklumat MPK FM yang dicari? ada yang saya boleh bantu?.) Di mana sil kerja sekarang?
Kalau ada nak tanya ttg MPK and FM, just call me at 0192697004.

sabrina said...

salam aunty zailan,

congrats on your masters!!x sure if aunty igt saya lg ke x, tp mama khamariah md said) kirim salam kt aunty. saya pon da x bape igt sgt muka aunty sbb lama sgt x jumpe (ye la masa aunty duduk ipoh dlu saya sebaya ngan bob) but mama still mentions your name til today.nway,congrats again! =)

Masniza said...

Kak Zai! akhirnya saya jumpa blog Kak Zai ...yay!
dan tahniah di atas kejayaan ini. Saya tumpang bangga dengan Kak Zai.

sil said...

Saya belajar tentang FM, MPK & KMK masa kursus induksi kat Sg. Petani hujung bulan 7 dulu. Jadi skrg ni tgh menelaah semula. Cari2 dalam internet. Buat masa ni, xdak soklan spesifik lagi. Kalau ada soklan, boleh saya contact puan ye:)

Skrg sy mngajar kat kolej komuniti, kat Melaka. Baru masuk gomen awal tahun ni jadi masih byk yg perlu bljr. Saya dah start to follow blog puan, & sy suka entri baru ni the most
:)

Keep on writing coz your entries penuh dgn nasihat yg boleh sy hadam.

Tak sabar tunggu entri terbaru puan.

p/s : puan duduk di bj? dulu sy praktikal di guthrie landscaping. slalu pusing2 rumah2 kat area bj buat lndscape dsign. hehee

ZaiYus said...

Hi Mas!!!suprise!!!sukanya kak zai sebab Mas dah jumpa my blogg..hmm...mcm ni boleh lah kerap-kerap menulis, ek?

Sabrina?...of course I still remember you my dear,and your wonderful mom, how can I forget. Such a small world, kan? kita berjumpa di blog auntie. Kirim salam sayang pada mama, sure to miss her a lot!.Dah lama tak pergi Ipoh.

Sil dear, you are most welcome to ask me any question on management ( yang saya boleh jawab, insyaAllah saya akan jawab). Seronok kalau young officers ada usaha nak belajar. Good luck to you. insyaAllah i'll write more.

Analia_johnna said...

terlambat sikit tp nak ucap jugak..tahniah Puan..bersemangat rasanya nk sambung ke peringkat yg lebih tinggi lepas bc your entry,insya Allah kalau diizinkan tahun depan nak apply.keep on writing puan,kalau senang saya mesti singgah baca :)

ZaiYus said...

Dear Analia_johnna,
Thank you. I'm sure you can do it. Asalkan jangan give up, your destination will not be far from you. All you have to do is, reach out to it!.
Good luck to you.

sabrina zaharudin said...

i'm so glad that u still remember us =) (kalo aunty x igt mesti saya malu, hehe) .btw, i'm in kl now.keje sini. pape just contact me k.(or bole suh bob carik kt fb) keep in touch ya.all the best to u and the rest of the family.take care aunty.