Salam to all,
Lama tidak 'mencurah' di sini. Alasan biasa, sibuk dengan kerja. Bertahun-tahun dah melalui keadaan begini, penat, lelah, seronok, geram, sedih, kecewa, gembira, kaya, miskin, dan macam-macam lagi. Semua ditempuhi dalam mencari rezeki yang halal (insyaAllah dan alhamdulillah setakat ini tiada yang melibatkan kegiatan haram atau cara yang tidak halal.) Selama berpuluh tahun sehingga kini tidak berhenti2 bekerja cari duit. Adakalanya dah rasa bosan nak kerja tapi semangat diri kata jangan. Itu sebab masih diteruskan. Selagi masih ada kudrat yang Allah berikan, 'perjuangan harus diteruskan'. Cumanya, di peringkat usia begini kena slow down sikit sebab enjin dah tidak sama macam enjin masa muda walaupun ramai juga orang yang mahu sangat-sangat mengaku muda.
Anyway, just nak cerita sikit. Baru-baru ni, dalam seminggu yang lalu saya menerima satu kejutan untuk diri sendiri. Tidak pernah sangka dan tidak pernah mahu menerima hakikat bahawa usia ni mengundang macam-macam penyakit, tapi bila dah Allah berikan signal-signal awal, saya rasa sudah tiba masanya saya slow down dari kerja teruk-teruk ni. Tiba masa nak berehat dan take things easier. Ceritanya begini, pada tanggal 8 dan 9hb, saya ke Bahagian Pinjaman Perumahan untuk beri kursus 2 hari (MPK dan Fail Meja ...orang government tahu lah kursus apa ni). Selama dua hari lecture seorang. Hari pertama ok lagi, masuk hari kedua kepala dah mula pening macam nak pitam. Minta kawan cari ubat. Dah ok, teruskan lagi sampai petang pukul 4.30. Pada hari yang sama bertolak ke Muar untuk kursus MPK dan Fail Meja bagi IKBN Pagoh (3 hari) mulai 11hb November.
Pada pagi hari pertama 11hb tu, dah rasa lain macam. Pening dan letih keterlaluan. Ditambah pulak dengan tekanan yang diberikan oleh salah seorang peserta yang benar-benar mencabar kesabaran saya. By tengahari semangat kata teruskan lagi. Jangan berhenti...sampailah ke petang pukul 4.30 ptg. Dalam kenderaan pulang dari KBN Pagoh (25 km away) ke hotel di Muar, kepala dah macam nak pecah, tengkuk sakit...dan mula terasa loya teramat. Sampai dibilik hotel, dah tak tertahan lagi. Tidak nampak apa yang ada di sekeliling. Cucu yang ikut ke Muar pun dah tidak dapat dilayan. Nasib baik husband dan dua daughters saya yang ikut telah 'memaksa' saya ke klinik.
Di sinilah berlakunya apa yang saya gambarkan sebagai 'pergelutan' dan 'pertarungan' antara kedegilan 'semangat' dengan 'enjin' saya. Doktor terperanjat dan kelihatan ala-ala panik (doktor mana boleh panik, tapi ala-ala panik boleh lah). Mana tak paniknya, tekanan darah saya 170/100! (rasanya normal is 140/80) Betul ke?. Sempat muntah dan pitam lagi di clinic tu. Addduhhh. That was my worst experience sepanjang melawan enjin dengan semangat.
Esok paginya, saya minta izin dari penganjur untuk tidak meneruskan program sampai 3rd day. Saya minta 2 hari sahaja. Lepas tu terpaksa sambung sendiri. Sebelum balik ke KL, saya sambung program saya sampai pukul 4.30 ptg(degil lagi tu..).dan lepas tu balik ke KL. Esoknya pergi beli alat untuk monitor my 'blood pressure'. Mana tahu kot-kot ada perkara-perkara yang berlaku akan membuat darah saya naik balik. Ada ubat standby.
From now on, I have to take things easy, tidak boleh fikir yang remeh temeh, makan kena jaga,tidur kena cukup, etc...etc...
and most importantly, saya kena continue makan my health supplements (which i stopped sekejap).
Sementara tengah 'berehat' ni, saya intai-intai apa bussines yang tidak perlu keluar rumah. Rasa macam dah jumpa tapi tengah try dulu. Kalau ok bussines ni, insyaAllah i will definitely share with all of you. Doakan it'll work.
Love to all.
5 comments:
makmok mmg kena rest byk ni..da tahap gitu bahaya kalo tak jaga.
ala makmok..anak2 da besar da..nak keje kuat buat ape lg..baik gi holiday hanimun ngan pakmok..heheee
tokmi ni nak dapat datuk dulu baru dia stop kut hehe..
adakah cucu sorang tu yg buat darah naik? camtu kena ambik balik la hehe..
anyway, utamakan kesihatan..
sayangi diri krn ramai yg menyayangi..
mak mok, take care ye..risau dgr benda2 camni kan...
puan banyakkan rehat ye..parah jugak BP tu sebab normal around 120/80 or 130/70 je..haa raya haji ni pun kena jaga makan jugak.maklumlah godaannya banyak.hehe.apapun saya doakan moga Allah berikan kesihatan yg panjang buat puan untuk terus berbakti.aminn..
tok mi. setelah kian lame. akhirnye update jua blog nih. hehheheh..
Post a Comment