Salam to all,
Entry ni saya tulis ketika di airport (3 days back tapi simpan draft dulu sebab nak tunggu photos)
13th December 2009
Malu 50 sen
Now saya sedang berada di KLIA sambil tunggu flight ke Labuan (6.45 pm) 13 December 2009. Ada lecture ISO esok di Perbadanan Labuan. Sementara tunggu boarding, singgah kejap di Jonker Walk,sebuah mini cafe yang sedap sangat coffeenya. Tak berapa mahal jugak..satu small cup harganya RM6...haha...sebenarnya mahallah to me, tapi sedap tak apa. Lagipun saya tengok yang menjualnya 100% budak-budak Melayu (bunyi macam oghe kelate, tapi Jonker Walk kan kat Melaka?). Kalau saya nampak yang jaganya 'orang seberang' atau bangsa lain, confirm saya tak masuk. Anyway, saya minum kopi kejap (the usual thing saya buat bila di airport sementara tunggu flight). Sambil mengadap lap-top, sambil tu perhatikan gelagat orang-orang yang lalu.
Nak cerita sikit pasal kejadian yang memalukan saya di Jonker Walk ni. Masa dah ambil order, saya pun bagi lah RM50 note, budak tu kata "ada duit kecik, kak?(terasa pulak mudanya)"..I pun 'korek' my bag. Korek punya korek, dapatlah duit kecil sedikit dari RM50, iaitu RM21. So I gave him RM20 sebab total i minum dan roti bakar RM11.45. Adik tu kata " Kak, boleh kecik lagi tak?. So saya pun cakap dengan dia, "tak apalah dik, saya bagi dulu RM11.00 ni dan sambil-sambil saya minum nanti saya akan cari 45 sen tu". Adik tu kata ok. Dia pun ambil yang RM11.00 tu. Masa kat meja, sambil minum, saya pun mula 'mengorek' my bag and purse untuk dapatkan lagi 45 cents. Jenuh mencari the miserable 45 cents!. Saya tahu adik-adik kat counter tu sedang memerhatikan saya sedang sibuk menggali beg saya.
Nak tahu apa berlaku?...hahaha...adik tu cakap (dari counter), "tak apalah kak, tak payah bayarlah 45 sen, halal je"..saya terus bangun dari meja tu, and saya dengan malunya bagi kat dia RM10 tu..tapi dia tak nak!. Saya paksa pun dia tak mahu terima. Alamak, adakah salah saya yang dia terpaksa halalkan 45 sen? tak de, kan?. Saya dah bagi dia RM20 awal-awal dia tak nak.
Ni masa saya sedang menulis entry ni, saya masih di Jonker Walk, sedang memikirkan macam mana saya nak bangun dari meja ni. Malu laaa....
Ok ni coffee Jonker Walk yang harga RM6. Berbaloi?...hhmmmp...depends on whether you are 'hantu coffee or tidak'.
ok. habis cerita pasal Jonker Walk. Saya pun boarded the flight and had a good rest through out the 2 jam 25 mts journey to Labuan. Sampai lebih kurang pukul 9.00 mlm. Di airport ada transport Perbadanan Labuan tunggu and terus ke Hotel Grand Dorset. Sebenarnya saya ni dah beberapa kali datang ke Labuan ni, tapi tidak ada peluang nak bercerita dalam blog.
Lovely room
Masuk bilik...alamak..besarnya bilik and nak kena tidur sorang pulak. Ada cuak sikit, tapi tak apalah. Apa-apa pun tidur dulu and besok ada tugas berat, nak bagi lecture on ISO 9001:2008.
Esok pagi bangun jam 5 (sebab subuh masuk awal). Pukul 6.30 pagi pun dah cerah. (gambar from hotel balcony, i took at 6.30 pagi)
lihatlah awan yang cantik and teramat shahdu dibuatnya. Inilah keindahan ciptaanNya.
Tugas saya
Tugas saya di Ujana Kewangan, betul-betul hadapan hotel yang saya stay. Saya berjalan kaki lintas jalan untuk ke tempat bertugas. Memang saya tidak mahu transport walaupun mereka ada sediakan kereta. Nak excercise...
Group yang saya guide ni very exciting group. Class berjalan lancar and they were very exciting and committed. Seronok saya guide them, lecture pun tidak letih.
These are the wonderful group.
Kejadian melucukan
Kali ini saya di Labuan ada a few incidents yang saya rasa nak tergelak pun ada. Pertama saya tersepit kat pintu lift hotel sebab lambat tutup pintu (sibuk bersembang dengan kawan baru dari SPRM). Nasib baik tak bengkak tangan. Panic juga sebab alarm dah berbunyi.
Kejadian yang kedua, saya diajak makan ketam di Anjung Ketam in one open-air restaurant. Pergi dengan pegawai-pegawai Perbadanan Labuan. Tengah sedap-sedap makan ketam, hujan turun selebat-lebatnya. Tempias pulak tu. Habis basah sebelah badan saya. Butter crab pun bertambah kuahnya, steamed fish jadi soup ikan, nasi jadi ala-alah nasi kukus....apa-apa pun alhamdulillah masakannya sedapp. Basah-basah pun, makan lalu juga. Terima kasih Puan Norsiah dan Cik Edzrina. Kami makan bersebelahan dengan sekumpulan pegawai SPRM yang ada program lain tapi tinggal di hotel yang sama(gang tersepit lift).
My new friends from Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) and Dina from Perbadanan Labuan.
OK. Ini saja cerita from Labuan yang saya nak share. InsyaAllah bila saya ke tempat lain, akan saya share lagi.
My next entry will be the sambungan kepada results ujian psikologi. Ada yang dah tidak sabar mengetahui results.
1 comment:
Perkongsian cerita yg menarik...
Post a Comment