Wednesday, December 16, 2009

Skor Melebihi 60

Salam to all,

Entry ni saya bagi skor dan ulasan bagi yang memperolehi score melebihi 60 serta ulasannya. Saya akan berikan skor secara berperingkat. So,yang lain kena sabaq,ok?.

Melebihi 60 :

Orang melihat anda sebagai seorang yang mereka perlu ‘handle with care’. Anda dilihat sebagai hambar, ‘hati kering’, penting diri dan teramat dominan. Orang lain mungkin memuja anda kerana anda mempunyai strong character, dan adakalanya mereka mengharap mereka menjadi seperti anda, tetapi mereka tidak selalunya mempercayai anda dan teragak-agak untuk melibatkan diri mereka dengan anda.

Ulasan

Jika dinilai dari segi keburukan, ada yang memberi penilaian yang negatif terhadap orang-orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Ya lah, siapa yang sukakan orang-orang yang hati kering, penting diri, dominan dan seolah-olah tiada orang di sekeliling mereka. Silap-silap haribulan, nasib tidak baik, orang seperti ini akan mengumpul koleksi musuh kerana orang lain takut dan tidak selesa berdamping dengan mereka.
Namun, jika dinilai semula dengan teliti dari segi kebaikan, orang seperti ini mempunyai strong character dan amat diperlukan dalam keadaan-keadaan yang kritikal di mana keputusan penting perlu dibuat. Keputusan yang bagaimana?. Ya, keputusan yang tidak perlu mengambilkira hati dan perasaan orang lain. Walaupun adakalanya agak kejam, namun keputusan perlu dibuat. Biasanya orang sebegini memegang jawatan tinggi dan memegang kuasa di pejabat mereka. Mungkin desakan peranan dan tanggungjawab membuatkan mereka membentuk ciri-ciri sebegini. Kalau tidak bersikap kering hati, anak-anak buah akan pijak kepala, kerja tidak berjalan. Boss seperti ini perlu memilih antara dua ‘to be a good leader or to be a nice leader’. A good leader collects enemies but get works done. A nice leader collects friends, fans but at times doesn’t get works done (sebab terlalu nak jaga hati anak-anak buah, end up boss sendiri yang makan hati).
Kalau dalam keluarga pula, mereka yang memperolehi skor melebihi 60 ini sama ada kaum lelaki/suami ataupun wanita/isteri biasanya mereka yang memegang tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ yang seharusnya mempunyai ‘strong character’ untuk memimpin keluarga.
So, jika anda memperolehi skor melebihi 60, anda bukan orang yang negative atau dibenci. Bagaimanapun, jika mahu kekal strong character anda, dalam masa yang sama tidak mahu menjadi kebencian dan mangsa kutukan orang lain, cuba kurangkan sifat-sifat seperti penting diri, terlalu mendominasi orang lain, lembutkan sedikit hati agar lebih memahami perasaan orang lain. Apa-apa pun, seimbangkan weak points dengan strong points. InsyaAllah anda boleh menjadi pemimpin dan sahabat yang dihormati dan disayangi.
_____________________________________________________________
OK. Next entry saya akan berikan skor dan ulasan bagi scorer 51 hingga 60.

No comments: