Wednesday, January 6, 2010

PersonalityTest:

Salam to all,

I guess it's not too late untuk ucapkan selamat menyambut tahun 2010 dengan resolusi baru atau menyambung resolusi yang tidak kesampaian dalam tahun 2009. Apa-apa pun all the best. Bukalah tahun 2010 dengan semangat yang tinggi dan berwawasan..(bunyi macam wakil rakyat tak?).

I'm sure ramai yang dah ternanti-nanti jawapan kepada skor masing-masing untuk ujian personality Dr Phil. Bagi yang join lambat dan tidak tahu what i'm referring to, silalah scroll down dan cari Personality Test untuk jawab soalan dan dapatkan skor anda.

To those yang dah dapat score, sorry to keep you all waiting for so longggg. Memandangkan sabar menanti, kali ni saya berikan semua jawapan kepada skor (kecuali yang 60 ke atas sebab dah diberikan lebih awal).

Entry kali ni memang panjang sikit sebab dah lama tidak update (sampai Ji pun dah comment).

Ok here we go...

51 hingga 60 :
Orang lain melihat anda sebagai seorang yang menyeronokkan, ‘agak kurang stabil’, personaliti yang tangkas, pemimpin semulajadi, pantas membuat keputusan, walaupun tidak selalunya yang betul. Mereka melihat anda sebagai seorang yang bold dan adventuresome, seseorang yang akan mencuba apa2 sekurang-kurangnya sekali, yang mengambil peluang (cuba nasib) dan seronok dengan adventure. Orang lain akan merasa seronok bersama anda disebabkan keseronokan yang anda bawakan.

Ulasan
Well,jika anda mendapat skor 51 hingga 60, anda biasanya orang yang amat diperlukan oleh orang-orang yang sedang ‘down’. Kurang stabil maksudnya bukan tidak betul, tetapi a person like you just cannot sit still…dalam erti kata yang lain, tak boleh duduk diam, setiap masa ada saja benda nak dibuat. Kalau ada orang lain yang tengah boring, kalau ada anda, memang meriahlah suasana. Biasanya orang yang begini, akan dirasai kehilangannya. Bagaimanapun kadang-kadang tu ada juga ketikanya anda ‘belasah’ saja apa-apa yang difikirkan secara spontan tanpa mengira kalau orang lain akan terasa hati atau tidak. Ini agak tidak best lah dan membahayakan jugak.

Kalau anda dalam golongan ini, anda telah terkeluar dari kepompong anda kerana anda 'berani' mencuba. Rasanya Edward De Bono (Creative Thinker and a writer of creative thing books), akan menyukai orang seperti anda kerana keberanian anda untuk adventure into new things dan to think outside the box. You might be a good inventor of new things...mungkin juga a talented fashion designer yang berani mereka pakaian (macam baju Rozita Che Wan...). You can also be a good Architect with new ideas,....kalau Doctors?...eh jangan...jangan...nanti sifat adventures anda akan membawa anda menroka dalam organ manusia..kalau Lawyer pulak?....hhmmmh fikirlah sendiri macam mana Lawyers nak gunakan 'creativity' untuk defend clients mereka.



41 hingga 50:

Orang lain melihat anda sebagai seorang yang segar, cergas, menawan, amusing, praktikal, dan sentiasa menarik. Anda juga seorang yang menjadi perhatian, tetapi sentiasa seimbang dan terkawal. Orang lain juga melihat anda sebagai seorang yang baik hati, bertimbangrasa, dan memahami. Mereka melihat anda sebagai seorang yang sentiasa menggembirakan dan membantu.

Ulasan:
Scorer 41-50 ini boleh tahanlah ramai peminat. Orang sekeliling akan ‘melekat’ pada anda kerana anda ada daya penarik atau aura tertentu yang mententeramkan suasana. Biasanya orang seperti ini sesuai sangat dengan profesion Penyelia, Guru/Pendidik, Pegawai Pelanggan, Kaunselor….(Tentera or Polis rasanya taklah, jangan marrrahh…).
Kalau dalam keluarga pula, mereka yang memperolehi skor 41-50 ini sama ada kaum lelaki/suami ataupun wanita/isteri biasanya amat ‘homely’ dan penyayang. Ketenteraman sifat scorer akan diterjemahkan ke dalam perlakuan dan komunikasi antara pasangan. Kalau dua-dua suami isteri mempunyai cirri-ciri 41-50, agak tenanglah rumahtangga…dengan syarat pasangan tidak terlalu ‘melekat’ dengan orang-orang luar dari rumahtangga…(teman sepejabat ke, jiran ke, teman sesekolah ke…teman se badminton ke…teman sehobi ke…faham-fahamlah sendiri) Ya lah kadang-kadang ada pasangan yang membiarkan dirinya terlalu disukai dan dipujai oleh orang lain dan melebihkan mengambil hati orang luar sehinggakan sanggup ketepikan perasaan keluarga sendiri.
Moral of the story…berpada-padalah. Pandai-pandailah seimbangkan.


31 hingga 40 :
Orang lain melihat anda sebagai waras, berhati-hati, teliti dan praktikal. Mereka melihat anda sebagai bijak, berbakat semula jadi tetapi sederhana. Anda bukan seorang yang terlalu mudah atau cepat untuk berkawan, tetapi amat setia kepada kawan dan mengharapkan kesetiaan yang sama dari kawan-kawan. Sesiapa yang mengenali anda, akan menyedari bahawa anda bukan seorang yang mudah mempercayai kawan, tetapi dalam masa yang sama, sekali anda mempercayai kawan, anda akan mengambil masa yang lama untuk melupakannya kepercayaan anda itu dikhianati.

Ulasan
Ok. Sesiapa yang telah mendapat score 31-40 ini, haha…welcome to my group! (saya dapat 36). Kita sama sekapal dengan Oprah Winfred. Sebenarnya ada juga di antara ciri-ciri yang disebutkan oleh Dr Phil ni ‘mengena’ juga dengan saya terutama mengenai dengan kepercayaan dan kesetiaan pada kawan. Memang saya akui, saya ni di peringkat awal, payah jugak nak terus-terus percaya dan berkawan dengan orang, dalam erti kata lain, kalau orang lain kenal saya pada kali pertama mereka confirm kata saya menyombong tidak mahu terus menyapa orang lain, tapi tolong jangan salah salah sangka. Sebenarnya saya lebih suka memilih untuk tidak ‘terjah’ saja dalam persahabatan. Rileks dulu especially bila nak dapatkan keserasian dan nak build trust. Tapi bila dah saya kenal seseorang tu, haha…tak terlari orang tu saya kejar dan ‘melekat’!.
Saya juga akui kepercayaan dan kesetiaan saya pada kawan-kawan adakalanya memakan diri saya sendiri sebab pada saya bila saya dah berkawan dengan seseorang tu dan serasi dengannya, orang itu tidak perlu risau, saya akan ‘menjaga’ sahabat saya itu, termasuk mempertahankan sahabat saya itu dengan apa cara sekalipun jika ada yang cuba menjatuhkan sahabat saya. Bila saya dah setia, saya akan pastikan saya tidak akan menjatuhkan nama baik sahabat itu. Tentang bantuan, insyaAllah mana-mana yang saya mampu bantu saya akan pastikan sahabat saya ini akan dapat ‘my first hand’ bantuan.
Bagaimanapun, yang selalunya menyedihkan dan menyakitkan saya bila saya dapat sahabat-sahabat yang ‘berpaling tadah’, mengambil kesempatan dan tidak tahu menghargai saya. Bukan nak mengungkit tapi saja nak share experience agar dapat kita sama-sama jadikan iktibar. Ada di antara sahabat-sahabat saya ni yang saya dah bantu bermati-matian untuk melepaskan mereka dari kesusahan dan kesempitan, tapi bila mereka dah ok, saya pulak tidak dipedulikan, malah dijadikan musuh pulak. Setakat ini dah banyak kali kena dah tapi saya tidak pernah serik, saya redha dan berserah pada Allah swt saja. Bukan nak puji diri dan nak katakan diri saya ni baik sangat tapi pada saya helping people is satisfaction tapi kalau dah selalu kena, helping menjadi satu tension pulak (haha padan muka saya).
Yang part Dr Phil kata kita scorer 31-40 ni waras, berhati-hati, teliti dan praktikal dan orang lain melihat kita sebagai bijak, berbakat semula jadi tetapi sederhana ni…hhmmmhh….fikirlah sendiri ya?. Ada pulak nak angkat diri sendiri. Confirm buat malu je.


21 hingga 30:

Rakan-rakan anda melihat anda sebagai merimaskan dan cerewet. Mereka melihat anda sebagai terlalu berhati-hati dan amat berwaspada. Amat memeranjatkan jika anda melakukan sesuatu dengan pantas atau dalam masa yang singkat. Biasanya mereka jangkakan anda akan meneliti dari pelbagai sudut dan biasanya akan tidak bersetuju. Mereka rasakan tindakan ini adalah disebabkan sifat semulajadi anda yang terlalu berhati-hati.

Ulasan
Adusshh…merimaskan? Cerewet?..ya lah tapi tidaklah membawa pengertian yang terus-terus negatif. Ia bergantung juga pada siapa yang menilai anda yang memperoleh skor 21-30 ini.Kalau dengan sikap cerewet, berwaspada dan berhati-hati ini akan memberikan keputusan yang betul, baguslah daripada membuat keputusan secara mendadak dan akhirnya menyesal.
memanglah awal-awal tu memang merimaskan terutama sekali bila orang lain nak cepat, sudah pasti rimas nak tunggu anda belek sana belek sini, last-last keputusannya tak setuju. Memanglah nak kena.
Haha…scorer macam ni kalau nak pergi shopping, baik jangan ajak sesiapa. Baik pergi seorang sebab kalau pergi dengan orang lain,kesian jugak kalau kena menapak keliling Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mid Valley atau One Utama sampai 6 ke 7 jam, tiba-tiba balik tangan kosong. Memang memendam rasalah orang yang mengikut.
Scorer 21-30 ni kalau nak tempah baju atau hantaran, baik hantar 6 bulan sebelum tarikh kahwin atau raya. Takut end-up hantaran ke mana, baju raya kena beli ready made.

Di bawah 21 mata:
Orang lain melihat anda sebagai seorang yang pemalu, cemas, dan tidak pasti, seseorang yang memerlukan penjagaan dan perhatian, yang selalu menghendakki orang lain membuat keputusan serta tidak mahu terlibat dengan sesiapa atau apa saja! Orang lain melihat anda sebagai orang risau yang selalu melihat masalah yang tidak wujud. Ada orang merasakan anda seorang yang menjemukan. Hanya orang yang mengenali anda mengetahui anda bukan seperti itu

Ulasan
Minta maaflah ya…rasanya scorer di bawah 21 ini memang memerlukan kaunselor. Dunia anda tidak interesting kerana anda sendiri yang memilih untuk menjadikannya tidak intresting. Anda perlu lebih berfikiran positif dalam melihat persekitaran dan kehidupan anda. Anda mesti keluar dari kepompong dan pergilah mencari rakan-rakan yang lebih positif dan menyeronokkan. Banyakkan membaca artikel dan buku-buku motivational. Elak membaca buku-buku yang membuat fikiran anda negatif macam buku cerita menyeramkan, ganas dan juga pergaduhan. Tontonlah cerita-cerita yang lebih menyeronokkan dan positif.
Yang paling penting ialah anda perlu belajar untuk bersedia ‘to let go’!. Maksudnya anda kena belajar untuk mudah melepaskan apa-apa perasaan dan situasi negatif termasuk biarkan perasaan marah, dendam, irihati, benci anda berlalu tanpa singgah di mana-mana sudut hati anda. Let go of the past!. Usah dikenang apa yang dah berlalu. Kalau anda rasa payah juga untuk ‘melepaskannya’, pergilah jumpa kaunselor untuk membawa anda menamatkan ‘unfinished business’ agar luka tidak menjadi kudis dan pekong.
So, to dear scorers below 21…HAVE FUN IN YOUR LIFE, BABE. ALWAYS BE POSITIVE. InsyaAllah you’ll find your life to be more intresting.

To all…
Ini hanya ujian yang saja-saja je. Tidak perlu percaya 100%. Let's take it as something fun. Ujian ini untuk personaliti sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai ujian psikologi bagi tujuan rawatan, intervensi atau kaunseling.

7 comments:

SyaNa said...

wah..wah
kite sekapal la makmok :)
kite dpt 39

ez said...

ouuuuuhhhh..i see..
kena tepat ke yea??..
biar la isteri saya yg judge hehe..

kena resign jdk engineer la cmni.. masuk maktab jdk cikgu hehe..

zazaez said...

Tenang ke rumahtangga kita babe? Hahahaha..

husna said...

wah. akhirnya..

Tokmi said...

Syana dapat 39?.. alahai dah penghujung kapal kita la. Nak masuk ke sempadan 40...masuk kapal ezzy and jaja pulak..kategori tenang dan berdaya penarik....

haha...ezzy nak tukar profession?. Profesion sekarang memang dah tepat la tu, entertain customers Jepun yang lemah lembut...kena banyak sabar...
Ja plk, psychologist yang boleh baca mind orang lain. Belum sempat mak cakap apa-apa Ja dah cakap dulu apa yang mak fikir.
Tenang?...memang laa.. (tune mak anjang)

Husna...betul-betul at last...
Husna dapat berapa skor?
Sorry la lambat bagi scores.

Anyway, semua ni just for fun je. don't take it so serious.

ez said...

babe..
kalau tak tenang tu mngkin pengaruh teman sebadminton la tu hehe..

husna said...

saya dapat 45