Salam to all,
Bagaimana dengan kewangan kita hari ni?. Did we overspent or bought something yang tidak necessary?. Musim-musim CNY ni memang banyak tawaran yang gila-gila, kan?. Mari kita ambil beberapa minit setiap hari untuk memikirkan mengenai kewangan kita, bagaimana kita telah dan akan urus kewangan kita. Well, not to say we have to live only to think about MONEY, MONEY and MONEY...but at least bagi kita ruang untuk bernafas sedikit dalam dunia kewangan. Yang paling penting ialah untuk mengelak diri kita dari menjadi 'transition points for money'. Duit masuk,singgah sekejap saja dalam pegangan kita, lepas tu duit keluar macam touch and go.
Many of us menghadapi masalah kewangan tetapi tidak tahu mengapa ia berlaku. Apa yang mengakibatkan kita mess up kewangan kita?. Saya mengaku yang saya sendiri pun tidak pandai menguruskan kewangan saya sendiri. Jadi apa yang saya tulis ini bukan untuk mengajar tetapi untuk kita sama-sama share ideas mengenai urusan kewangan agar kita sama-sama dapat belajar apa yang sepatutnya.
Azizi Ali, dalam bukunya ada memberikan beberapa points yang menyebabkan kewangan kita bercelaru:
1. Tak ada sesiapa nak ajar kita bagaimana nak urus kewangan. Masa kecil ada juga parents ajar kita menabung, guru di sekolah pun ajar how to save, but saving is just sebahagian sahaja dari menguruskan kewangan. So, we have to find cara yang betul dari sumber-sumber yang tertentu. Orang yang pendapatan banyak tidak semestinya kaya, kalau tidak pandai urus kewangan, bukit yang tinggi pun boleh jadi padang pasir.
2. Menyerahkan urusan kewangan kita pada pihak lain termasuk ibu bapa, adakalanya majikan dan tidak ketinggalan juga yang lantik pegawai akaun untuk urus kewangan personal bagi mereka yang terlalu sibuk. Masalahnya mereka ini hanya boleh menguruskan kewangan yang sedia ada tetapi mereka tidak boleh menyediakan perancangan kewangan kita sebab wang itu bukan kepunyaan mereka.
3. Mendapat nasihat dari pihak yang tidak boleh diyakini (not reliable).Sekarang ni banyak syarikat kewangan yang menawarkan khidmat rundingan kewangan. Semua claim syarikat mereka terbaik untuk membimbing soal-soal urusan kewangan. Kita seharusnya selidik dahulu latarbelakang pihak yang nak membimbing kita. Adakah mereka cukup stabil kewangan mereka yang kita boleh lihat 'contoh nyata'. Cakap sahaja tidak cukup. Dalam konteks ini, saya membaca buku Azizi Ali untuk panduan. Bagaimanapun saya perlu mendapatkan nasihat pihak yang lebih pakar, walaupun Azizi Ali dah jutawan.
4. Tamak - Teringat pula buku cerita masa kecil-kecil dulu kisah anjing dengan tulang yang menyebut "orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang". Dalam soal mengurus kewangan, kita seharusnya menjauhkan diri dari sifat tamak, nak cepat kaya....mula terpengaruh dengan sekim cepat kaya, which nowadays macam-macam ada. Ramai dah tertipu dengan sekim-sekim cepat kaya. Tanah, kereta, rumah dan harta benda habis tergadai akibat janji-janji palsu.
5. Cetek pengetahuan dalam hal-hal kewangan. Ini bahaya juga. Disebabkan pengetahuan yang cetek dalam kewangan, kadang-kadang kita tend to ikut-ikut kawan-kawan yang ajak melabur/jual beli saham, berniaga, trust fund, forex macam-macam lagi. Modal yang ada tidak banyak, tapi sebab kawan-kawan bagi jaminan, habis semua gaji/simpanan diguna untuk tujuan ini mengharapkan keuntungan yang tinggi.
6. Kurang kesedaran tentang kepentingan pengurusan yang betul. 'Azizi Ali menyebut " Large income does not equal wealth'. Mereka yang berpendapatan tinggi tidak semsatinya kaya dan tidak semestinya tidak perlu fikir tentang menguruskan kewangan. We just cannot take things for granted. Financial management and planning is for everyone without exceptional.
7. Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam kewangan. - Kalau nak kehidupan yang lebih selesa especially bila bersara esok, kenalah ada matlamat kewangan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Ini termasuk menetapkan berapa peratus dari pendapatan kita masuk saving (secara tetap dan konsisten).
8. Suka ikut-ikut orang lain. - orang terjun parit kita terjun longkang, orang terjun sungai kita terjun laut. Samalah macam yang saya dah sebutkan tadi. Kita ni jangan cepat terpengaruh dengan orang lain. Kita lihat orang lain nampak bahagia, kaya, kereta sampai tak cukup parking lot di rumah, ada 3-4 biji bungalow, holidays overseas every six months. Kita pun nak ikut sama buat macam dia. Orang tu buat majlis perkahwinan di hotel, kita pun nak buat kenduri di hotel.
Kita tidak tahu sama ada memang orang itu telah menguruskan kewangannya dengan baik dari awal atau pun semua kekayaannya adalah atas berhutang. So, jangan sangka orang yang nampak mewah tidak menghadapi masalah kewangan. Biarlah kita berbelanja mengikut kemampuan kita...Ukurlah baju dibadan sendiri.
Kita jumpa lagi dengan tips yang lain.
2 comments:
Dah lama saya tak jenguk blog puan ni. Makin banyak info berguna. Saya memang agak susah nak mengurus kewangan sendiri, Selalu cacamerba. So, bila ke MPH nanti, (kawan baik saya juga!)akan grab that book for sure ;).
Oh ye, saya try buat Personality Test tu, dan saya dapat 40.
Tempat saya kerja ni pun sedang dalam proses ke arah laksanakan MS ISO 9001:2008. Harap puan dapat share apa2 info yang berguna nanti. Thank you :)
Dear sil,
Tu la, elok kalau kita jinak-jinak diri dengan MPH kan?. Boleh juga grab some reading materials to increase our knowledge. Lagipun rakyat Malaysia masih lagi di bawah 'paras' standard suka membaca.
Oh good. Dapat 40. So, ada mengena personality sedia ada?. Kalau tak ada pun tak apa. Test ni saja-saja only.
ISO?. siapa yang sedang membantu?. No problem, kalau need my help, just call saja. InsyaAllah saya bantu.
Post a Comment