Wednesday, February 10, 2010

Menguruskan kewangan :

Salam to all,

"Adakah anda menghadapi masalah kewangan?, hutang keliling pinggang, gaji tidak sampai hujung bulan...?"..Hmmmhhh, jangan terkejut, acah je. Ini bukan advert untuk ajak buat MLM atau dapat wang segera online.Sekarang ni macam-macam ada ditawarkan, hanya antara nak dengan tak nak saja sahut seruan. Ada yg betul (mungkin), dan tidak kurang pula yang temberang. Sebelum kita bayar duit macam-macam janji manismu, " Jangan risau, you akan dapat down-line automatik, upline akan bantu, u tak pandai computer pun tak apa, u tak payah kerja teruk-teruk pun duit masuk, sambil pergi supermarket pun duit masukkk..money back gerenti."
Elok kita daftar saja, duit dah bank in,dia mula cari alasan nak jawab macam-macam lagi. " u mana boleh buat bisnes kalau u tidak advertise dalam blog u, u kenalah belajar sikit tentang computer, advertise lah dalam website. Downline u kena lah cari, tak ada downline mana boleh bisnes jalan" Semuanya temberanggg!!!bercanggah dengan apa yg dia cakap awal-awal. Rimas betul.

Selain dari bisnes online/internet ni, ada juga bisnes yang mengganggu ketenteraman kita dengan panggilan telefon. Tidak kira pagi-pagi buta ke, masa orang tengah bekerja ke, waktu maghrib ke, waktu orang balik kerja penat-penat ke, tengah malam ke....bila-bila lah dia suka.
Ini yang menalipun nak promote itu dan ini. Hari ini sahaja (hari yang saya menulis ni), saya dah terima 6 panggilan dari health centres, hotels and private hospitals. Memamg lah bagus promote package untuk kesihatan and free check ups..tapi what next? Kita dah boleh jangka. Mesti kena beli package dia!. Package holidays la, package treatment lah, macam-macam lah. Package holidays bukannya murah-murah, ada yang sampai berbelas ribu or berpuluh ribu. Apa diaorang ingat saya ni orang kaya ke?. Yang tidak bestnya, mana diorang dapat our phone numbers?. Siapa yang bersubahat bagi number phone ni?. Kalau dapatlah hantu raya tu, memang saya suruh dia bayarkan package holidays saya. Bila saya tanya dari mana you dapat my phone numbers, ada yang tergagap-gagap jawab. Ada yang terus letak telefon.

Satu lagi cara bisnes yang mengganggu ketenteraman saya ialah tawaran melalui sms. Fitness center lah, digi lah, chinese new year promotion lah, entah apa-apa lagi. Yang promote chinese new year dinner pun ada! siap dengan menu lagi. Buat apa? nak promote saya meratah kepala benda tu? issshh...damn stupid betul. Siapalah yang bagi my phone numbers niii.....i don't want any of these in my life. Really pain in the neck.
Kenapa?...haaaa....ini ada kaitan dengan apa yang saya akan tulis. Bagaimana nak menguruskan kewangan kita, supaya kita bebas dari dibelenggu hutang dan bagaimana nak tahan dari wang kita 'bocor' dari genggaman kita. Sebenarnya saya pun tak tahu. Bila saya tidak tahu, maka apa dah jadi, saya telah menjadi mangsa kepada kealpaan saya menguruskan kewangan, termasuk tergoda dengan ajakan-ajakan yang saya cerita di atas.
Dengan bisnes saya sekarang, alhamdulillah duit yang masuk setakat ni stabil lah tapi yang tidak sedapnya banyak masuk, banyak pulak keluar....bila ada duit, ada-ada saja yang nak belanja. Memang ada yang akan kata "pergilah bayar zakat pendapatan".. yang ini tidak perlu cakap, kita semua tahu, dan saya pasti ramai yang dah pun lakukan. Yang ramai dari kita tidak berapa nak tahu lakukan ialah bagaimana nak menahan diri dari berbelanja melebihi pendapatan.

Satu hari, saya menziarahi sahabat saya iaitu MPH di One Utama and i picked one book written by Azizi Ali, entitle MILLIONAIRES are from a different PLANET. " TAKE CONTROL OF YOUR FINANCES, SET YOUR MONEY TO WORK AND LIVE HAPPIER". So, saya pun grab the book and dig the contents....di antara perkara yang menarik yang saya akan pastikan diri saya lakukan ialah

i) Walau berapa banyak pendapatan kita, pastikan kita hanya berbelanja kurang dari pendapatan kita ( ni kita semua dah tahu tapi buat juga sebab ada peluang guna cradit card)

ii) Beli hanya apa yang kita betul-betul mampu iaitu tanpa memperluaskan sumber kewangan kita kepada 'hutang')

iii) Terima hakikat bahawa ada benda-benda yang tidak perlu kita beli....(banyak tu...)

Kata Azizi lagi, ada beberapa cara untuk kita elak dari berbelanja perkara yang kita tidak perlu. Sebelum kita berfikir untuk berbelanja, fikirkan perkara-perkara ini dahulu:

PERTAMA : Tumpu pada fungsi asasnya barang yang hendak dibeli dan bukan jenama atau stailnya. Maksudnya di sini ialah, dalam berbelanja, kita tidak perlu taksub nak ikut pandangan orang lain atau idola kita. Disebabkan terlalu memuja seseorang, kita mahu ikut apa yang orang tu lakukan. Artis yang kita minat, pakai handbag coach yang harga beribu-ribu, kita pun nak ikut, dia pakai talipun Blackberry, kita pun ikut, dia pakai jenama make up mahal, kita pun nak pakai and dia pakai t-shirt Ashworth, kita pun ikut. Hanya untuk 'menyamakan' diri kita dengan orang yang kita puja. Sepatutnya kita beli sahaja barang ikut fungsinya dan bukan jenama/stailnya. Pedulikan apa orang lain kata kita pakai barang yang tidak berjenama. Kalau kita pokai, ada orang lain nak tolong?. Saya akui, dulu saya memang go for jenama, tapi sekarang, saya cuba ubah.(bukan cuba, tapi memang nak berubah, insyaAllah);

KEDUA: Bersyukur dengan apa yang kita ada. " A man regrets for having NO SHOES, untill he saw a man with NO LEGS". Maknanya, kita kena bersyukur apa yang kita ada, orang lain ramai lagi yang tiada apa yang kita ada. Gunakan sepenuhnya apa yang kita dah beli. Kalau beli handbag atau kasut, gunakan selagi boleh. Kalau dah ada kereta, guna lah sebaik mungkin, jaga elok-elok kerana fungsi asasnya ialah nak kenderaan untuk bergerak. Jangan pulak bila dah ada Kancil, nak Wira, dah ada Wira nak Perdana, dah ada Perdana, nak BMW 318, dah ada BMW 318, nak BMW 5 Series pulak.

KETIGA: Renovate the house wisely. Maksudnya bila kita nak renovate rumah, kena lah fikirkan keperluannya dahulu. Kalau renovate rumah kerana orang sebelah renovate...hmmmh...end up kita yang papa. Kalau nak tambah bilik kerana keluarga bertambah, atau nak besarkan ruang dapur kerana dapur asal agak kecil, ada logiknya, tapi kalau dah ada pagar besi, ubah pagar kayu jati untuk cantik, atau dah ada tangga batu, tukar tangga kayu, dah ada lantai ala-ala marble, nak tukar real marble yang harga beribu-ibu, ini beratlah. Duit dah beribu-ribu habis pada rumah, yang lain tak boleh lakukan, sebab duit tidak cukup. Duduk dalam rumah seperti penjara, nak pergi holidays pun sayang duit. Bila rumah dah macam mahligai, nak keluar pun takut sebab dah menarik perhatian perompak. Rumah macam mahligai pun, tidur sama saja dengkurnya.
Mula-mula saya pun nak marah bila baca tulisan Azizi tentang renovate rumah ni, tapi bila fikir-fikir balik, betul pulak cakap dia. Sebab tu dia jadi jutawan.

KEEMPAT : Elak diri jadi 'penagih' modify kereta. Kereta dah cantik-cantik, ada saja nak menambah spoiler, sport rim, audio system yang bunyinya membelah bumi, cermin tinted, tebuk bumbung,lampu mata belalang macm merz, etc...ini semua penyakit ketagihan yang perlu dibendung sebelum duit gaji habis di situ. Hujung bulan gigit jari, ASB nipis, simpanan Tabung Haji pun berlobang.

KELIMA : Elak dari membeli pada kelayakan maksimum. Maksudnya ialah, bila kita apply loan, biasanya ada bank yang memberikan kita peluang untuk ambil the difference antara kelayakan loan dengan harga rumah/perabot. Orang berniaga pandailah, dia pulak yang bantu kita untuk memaksimakan kita punya loan melebihi harga barang yang hendak dibeli. Amaun perbezaan tu dia pujuk kita suruh renovate rumah dengan kawan dia, beli curtain or perabot dengan kawan dia..macam-macam offer. Bila nak bayar loan, kita bayar seolah-olah harga sebuah rumah. Untuk selamat, bayarlah deposit/down payment lebih sikit atau untuk lebih selamat, beli tunai sebab faedah bank ni kadang-kadang tidak masuk akal langsung. Harga rumah RM50,000, kena bayar loan RM100 ribu.

KEENAM: Beli barang berkualiti. Azizi kata "Kualiti tidak terletak pada jenama" Ada barang berjenama baru pakai setahun, dah rosak. Ada juga barang yang harga murah tapi dilanyak 5 tahun pun steady lagi..so, kena pandai-pandailah pilih barang yang tidak mahal tetapi berkualiti. Buang jauh-jauh persepsi "kualiti datang dengan jenama".

KETUJUH: Gunakan kad kredit dengan bijaksana. Kad kredit masa kini bukan lagi sesuatu yang mencerminkan 'prestige'. Dulu-dulu orang bangga keluarkan kad kredit di shopping kompleks bila nak bayar, tapi sekarang sorok-sorok malu sebab berhutang. Kalau ikut hati memang ramai yang tidak mahu pakai kad kredit tapi ada syarikat-syarikat tertentu yang jahat menerima hanya card credit sahaja untuk pembayaran (tempah tiket online). Menyusahkan. So, kalau ada kredit kad tu, jangan bawa masa kita pergi shopping. Tinggalkan di rumah. Bayar jangan tunggu over date due. Bayar balik lebih dari amaun minima yang diminta. Jangan guna kad kredit untuk bisnes online.

KELAPAN : Kawal nafsu dan tarikan membeli. Senaraikan apa yang hendak dibeli sebelum pergi ke kedai/pusat beli belah. Jangan pergi membeli belah ketika perut sedang lapar atau kosong kerana perut yang kosong akan megakibatkan tembok pertahan nafsu membeli akan lemah. End up kita akan beli saja apa yang kita nampak. Balik menyesal.

KESEMBILAN: Beli barangan 'toiletries" dan make up yang sederhana harganya atau jika ada yang murah tetapi kualiti bagus, apa salahnya kita beli. Contoh, set kecil asas pembersih, pelembab muka dan lotion jenama 'simple' (yang saya pakai sekarang), harga RM23.90 berbanding dengan satu jenama yang saya pernah guna dahulu, barang dalam set sama size dan bilangannya, harga RM 559. Muka dok macam tu juga.

KESEPULUH : Tidak perlu menjadi orang pertama untuk membeli satu produk terbaru dalam pasaran kerana kumpulan keluaran pertama dikeluarkan untuk 'test market". Nak tengok ada apa-apa kelemahan untuk diperbaikki bagi pengeluaran seterusnya. So, tunggulah bila harga turun.Baru beli sebulan, harga barang akan turun. Sebenarnya orang beli awal, menjadi bahan ujian sahaja.

KESEBELAS: Elak memenuhkan rumah dengan barang-barang. Dahlah akan melibatkan benyak belanja, dia juga akan melibatkan ruangan yang banyak. Bila tidak muat, kena renovate rumah pula.

KEDUA BELAS: Gunakan perkhidmatan secara on-line (contoh maybank2u/eon..) untuk transfer bayaran bil-bil. Tidak perlu buang minyak kereta, tol dan bayar duit park kereta.

KETIGA BELAS: Gunakan telefon berpada-pada. Kalau boleh guna web-cam untuk connect dengan orang jauh, silalah gunakan. Telefon hanya perlu sahaja.

KEEMPAT BELAS: Akhir sekali....dengar nasihat orang lain dengan positif. Jangan ada persepsi negatif kalau orang bagi nasihat bagaimana nak uruskan wang anda. Be open untuk berbincang, insyaAllah jiwa kita akan lebih tenang apabila kehidupan tidak dikawal oleh kewangan yang berat.

OK. Saya akan share lebih banyak lagi tentang apa yang telah saya baca dari buku Azizi Ali ni. Sesiapa yang dapat beli sendiri lagi bagus. Make this book as your personal copy. Bawa ke mana pergi untuk bahan bacaan dan rujukan. Harga buku RM39.90 sahaja...

Salam to all.

1 comment:

QiLaZ said...

Thanks Auntie utk tips2 menguruskan kewangan ni!Kadang2 kita tak perasan point2 ni yg buat duit kita senang keluar..hehe