Tuesday, March 30, 2010

31 tahun!

Salam to all,
Alhamdulillah..perkahwinan kami mencecah usia yang ke 31 tahun hari ini 30 Mac 2010. Syukur kehadhrat Allah swt kerana telah mengizinkan perkahwinan kami kekal dan kukuh sehingga hari ini. Dikurniakan lima anak (2 perempuan dan 3 lelaki).

31 tahun kami tempuhi pelbagai pengalaman. Ada manis, gembira, dan tidak terlepas juga dari pahit, maung. Pengorbanan yang tidak terkira dari kedua pihak. Pengorbanan fizikal, mental dan emosi untuk kesejahteraan keluarga. Masing-masing (saya dan suami), membawa peranan masing-masing dengan cara kami tersendiri, sebagai ayah, ibu, suami, isteri, sahabat, adakala sebagai 'pesaing'. Gaduh?...ini perkara biasa dalam perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bohong kalau ada yang mengatakan 'tidak pernah' bergaduh dengan pasangan. Mungkin istilah atau persepsi 'gaduh' yang berbeza. Cara selesai masalah gaduh?...pastinya cepat-cepat minta 'maaf' dan mengaku kesalahan tanpa dendam. Jika satu pihak api, satu pihak mesti menjadi air.

Sepanjang tempoh 31 tahun, pelbagai dugaan dan cubaan yang kami tempuhi yang adakalanya memang amat menguji kesabaran kami sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana kami diberi kekuatan untuk melawan apa juga rintangan dan halangan yang datang. Doa sahaja yang selalu menemani kami selain dari cuba memahami keadaan masing-masing ketika dalam kesusahan, tekanan atau kesedihan.
31 tahun satu tempoh yang menggembirakan. We do things together,share stories, ideas,secrets,problems, likes and dislikes. Walaupun adakalanya ideas bercanggah, miscommunication and friction sana sini... adatlah tu..tapi the excitement of doing things together such as solat berjemaah, memasak, gardening, jogging, makan angin 'spending income/shopping la'. etc...mengatasi other problems. Semoga Allah mengizinkan kami kekal begini hingga ke akhir hayat, insyaAllah.
Ya Allah, seandainya kami diuji, mohon diuji dengan ujian yang tidak meruntuhkan perkahwinan kami. Mohon dijauhi dari syaitan yang menggoncang keimanan kami.

Happy wedding anniversary to dear abang. Semoga jodoh kita akan berkekalan sehingga keakhir hayat.

7 comments:

SyaNa said...

semoga bertambah bahagia :)

ez said...

wah klasiknya gambar :-)

ayah dan mak sentiasa menjadi inspirasi kami dalam menempuh kehidupan berumahtangga..

semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, berbahagia disamping anak dan cucu dan kekal bersama selamanya..

maaf tak dapat nak meraikan hari yg bersejarah ni bersama2..

Mak/mak mok said...

Ezzy and Shana, thank you very much atas wish and doa.
Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan perkahwinan masing-masing. Mari kita bertoleransi dengan pasangan masing=masing untuk kekalkan keharmonian. Selalu lah berdoa pada Allah swt agar dijauhi dari godaan syaitan. InsyaAllah

Anonymous said...

tahniah atas ulangtahun perkahwinan puan dan suami puan..rasanya memang bukan senang nak kekalkan perkahwinan selama 31 tahun, mesti banyak cabarannya kan..cuma nak bertanya, masa pertama kali puan jumpa suami puan, adakah puan rasa dia adalah jodoh puan?

-na-

Zaiyus said...

Dear anonymous,
Waah,,soalan maut ni. Masa saya mula-mula jumpa abang aji ni, tak rasa apa-apa pun sebab tempoh perkenalan yang cukup singkat..3 bulan?, dan diperkenalkan oleh pihak ketiga. Ketika itu saya kononnya dah ada orang lain...hmmmh ini rahsia lama ni. Bagaimanapun inilah yang dikatakan JODOH saya dengan abg aji ni cukup kuat sehinggakan 'kawan' saya yang saya kenal bertahun-tahun, dari sekolah lagi, yang saya rasa macam itulah jodoh saya, tetapi ada saja halangannya.
Dengan suami saya ni, saya percaya cinta datang selepas berkahwin. Inilah kekuatan jodoh namanya....
So, moral of the story, jodoh pertemuan di tangan Allah. Orang yang kita ber couple lama bagai nak rak, tak jadi tapi yang baru kenal, itulah yang kita kahwin.

husna said...

hepi anniversary auntie!
moga berkekalan berbahagia hingga akhir waktu....

Na said...

satu lagi nak tambah...bercinta lepas berkahwin adalah yang sebaik2nya... :)