Wednesday, March 31, 2010

NAK RAJIN BACA BUKU?

Salam to all,

Ada di antara kita yang mendapati amat susah untuk memulakan sesuatu perkara terutama yang tidak disukai ataupun yang tidak pernah kita cuba. Akibatnya apa yang perlu dilakukan sering ditangguh untuk menanti bila ada mood,idea,masa,daya penggerak semangat atau motivator untuk push kita. Tunggu punya tunggu, akhirnya semua hilang. Mood hilang,idea hilang,masa terbuang, motivator lari. End up kita tidak buat langsung. Contoh yang paling ketara ialah membaca. Rakyat Malaysia masih dianggap tidak suka membaca. Kalau kita buat a quick survey di stesyen komuter, LRT,airport,stesyen bas dan tempat-tempat menunggu, kita boleh kira dengan jari tangan pun cukup...bilangannya tak sampai sepuluh yang kita lihat sedang membaca.Yang lain?, ada yang tidur,makan,bergayut ditelefon,mengumpat,dan termenung.

So, macam mana nak didik diri suka membaca?. Tips ini datang dari pengalaman saya sendiri.

Pertama: Cari minat. Cuba perhatikan di sekitar kita, dalam kehidupan seharian, mesti ada sesuatu yang menarik minat kita. Contoh, kita suka shopping kasut atau handbags. Dari situ kita latih diri kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kasut dan handbag. Ciri-ciri kasut macam mana sesuai untuk jenis kaki. Stail handbag bagaimana yang sesuai mengikut usia, bahan buatan yang tahan lasak, cara menyimpan beg. Selain itu mungkin kita juga ingin tahu tips penjagaan kaki, yang pastinya berkaitan dengan cara dan jenis kasut yang kita pakai. Apa kesannya jika kita selalu pakai kasut tinggi. Sudah pastinya kita akan dapat maklumat sebegini sama ada dalam internet ataupun dalam buku. Secara tidak langsung, kita akan didik diri untuk membaca.

Kedua: Jangan tamak. Semua nak buat. Mulakan minat dengan memfokus kepada satu-satu bidang dahulu. Kalau kita suka makan, mengapa tidak kita cuba masak?. Cari buku resipi dan cubalah pelbagai resepi. Kalau kita ni jenis suka makan di luar, kita fokus pada pengetahuan mengenai amalan pemakanan untuk kesihatan. Kalau kita suka pada pakaian cantik, carilah buku mengenai fesyen ataupun buku yang berkaitan dengan jahit menjahit. Kalau kita selalu tempah baju pada tukang jahit, bayangkan diri kita menjahit baju sendiri. Carilah buku belajar menjahit.

Ketiga: Reserve duit untuk buku. Pada setiap bulan, reserve sedikit wang untuk beli buku. Tidak perlu mulakan dengan yang mahal. Beli satu buku yang ada maklumat tentang apa yang kita mahu tahu. Yang harganya kurang dari RM10 pun buku juga. Saya percaya bahawa kualiti sesuatu buku tidak terletak pada harganya, tetapi ia terletak pada apa yang kita mahukan dari buku itu.

Keempat: Beli buku sendiri. Elak dari meminjam buku orang lain untuk kita baca. Nanti kita membaca tanpa kualiti kerana desakan masa untuk memulangkan buku. Kalau beli buku sendiri, kita akan membacanya kerana kita dah spend duit sendiri. Rugilah kalau tidak membaca.

Kelima: Masa. Buku dah dibeli. Jadi, kenalah baca. Bila nak baca?. Bila-bila masa yang kita tentukan sendiri. Jangan ada orang lain tetapkan masa untuk kita membaca. Dalam 24 jam, pasti ada 20 minit yang kita free. Bohong kalau ada yang kata tiada. Jangan pilih masa hendak tidur baru kita membaca. Ketika itu otak kita dah penat. Masa paling baik ialah ketika kita sedang menunggu. Dengan cara membaca, kta boleh atasi masalah jemu menanti, dalam masa yang sama kita dapat ilmu. Killing two birds with one stone. Sambil menyelam minum air.

Keenam: Buku depan mata. Maksudnya, kita kena letak buku di tempat yang kita selalu nampak, Kalau setiap minit kita nampak dia, tak kan tidak mahu jenguk isinya langsung.

Ketujuh: Berdikit-dikit.. Lama-lama jadi bukit. Membaca buku tidak semesti kita mengadapnya dari mula sampai habis dalam satu waktu, macam kita baca novel Enid Blyton masa sekolah dulu. Take your time untuk selami kandungan dengan minat. Catat points yang menarik.

Kelapan. Catatan tarikh baca. Catat dengan pensil, tarikh pada setiap muka surat yang kita telah baca. Tujuannya untuk mengingatkan kita, bila kali terakhir kita baca buku itu. Anggapkan ini satu catatan yang sentimental dan personal bagi anda. Anggapkan ini tarikh jumpa buah hati. Apa rasa kalau lama tidak berjumpa?.

Kesembilan: Anggap membaca macam vitamin.. Kalau tidak makan vitamin macam mana nak sihat?. Tenaga tidak ada untuk lakukan kerja. Lama kelamaan kita akan rasa lemah sangat. Begitulah otak yang tidak disemai dan dibaca dengan ilmu yang ada dalam buku.

Kesepuluh: Daftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran. . Pastinya kita kena membaca walaupun terpaksa. Dengan cara ini lama kelamaan kita akan jadi terbiasa.

Banyak lagi yang boleh dikongsi tapi nanti terlalu panjang pula nak dibaca.
Apa-apa pun, mulakan selangkah dahulu. JANGAN TUNGGU. Lakukan terus apa yang perlu dilakukan.

Selamat maju jaya. Semoga kita sama-sama berada dalam golongan orang yang minat membaca dan orang-orang yang mahukan otak sentiasa berkembang. Kurang membaca boleh menjadikan otak kita jadi TEPU. Bila otak dah tepu, mulalah kita akan memandang persekitaran kita dengan persepsi negatif sahaja akibat cetek fikiran. I'm sure we do not wish to be like that, kan? So, berjinak-jinaklah dengan amalan suka membaca.

9 comments:

Na said...

Salam puan. Saya 'anonymous' yang bagi komen dalam entri sebelum ni. Panggil saja saya Na. Saya memang suka baca buku tapi disebabkan kerja bila balik rumah dah rasa penat. Tapi itu bukan alasan untuk tidak membaca, kan? Banyak buku yang saya beli tak habis baca, rugi kan. Memang saya nak rajin semula membaca dan InsyaALLAH akhir tahun ni saya akan buat tip yang kesepuluh tu. Mudah-mudahan saya akan rajin membaca semula dan berterusan. :)

SyaNa said...

sgt suka membaca
novel, magazine katalog pun suka jugak :)

Zaiyus said...

Dear Na, tahniah kerana mengambil langkah menyambung pelajaran. InsyaAllah berjaya dalam kerjaya.
Sebenarnya membaca ni perlu disiplin juga. Untuk mulakan langkah awal memang kita kena paksa diri, tapi lama kelamaan ia akan jadi amalan hidup yang kita akan rasa kekurangan kalau tidak dilakukan. Since dah beli buku..hmm...kenalah baca, kan?.

Shana dear,...novel and magazine pun buku juga. Asalkan ada sesuatu yang kita baca setiap hari.
Nanti slowly cuba perluaskan lagi bidang pembacaan kepada aspek lain untuk 'mencabar' dan 'menjana' minda kita. Shana kan suka masak dan blogging? At this moment confirm buku ttg penjagaan ibu mengandung dan babies paling sesuai untuk shana.

azieazah said...

Terimakasih Kak ZAI.. perkongsian dan tip yang sangat berguna..

Saya memang sangat suka membaca, gila membaca. Sambil makan pun jadi. Suratkabar bungkus nasik lemak pun jadi..

Sehari tak baca, rasa pening.

Zaiyus said...

Dear azieazah,
Tahniah kerana punyai minat membaca. semoga your mind akan sentiasa sihat dan dibajai dengan ilmu. Allah suka pada umat yang berusaha ke arah kecemerlangan diri. Keep up the good practice. Untuk lebih memberkati apa yang dibaca, kongsi lah dengan orang lain. Dengan berkongsi, kita akan dapat memantapkan lagi pengetahuan kita, insyaAllah.

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah cikgu,im Habib yg baru habis belajo dgn cikgu di ipoh.ingat tak? kursus pengurusan mesyuarat tu.baru 24 jam yg lepas.im juga tmbalan tok ketua yg terlantik.hahahahaha.ur blog byk informasi.cool lah.tq for the ideas.u r really great.tq again.

zaiyus said...

Habib,
Wah... dah visit my blog?...welcome and glad that you appreciate my blog. Selamat berkongsi ideas dgn saya ya?

Kedai Buku said...

Salam, satu artikel yg menarik. mmg bagus isi kandungannya.

"Rakyat Malaysia masih dianggap tidak suka membaca. Kalau kita buat a quick survey di stesyen komuter, LRT, airport, stesyen bas dan tempat-tempat menunggu, kita boleh kira dengan jari tangan pun cukup...bilangannya tak sampai sepuluh yang kita lihat sedang membaca.Yang lain?, ada yang tidur, makan, bergayut ditelefon, mengumpat, dan termenung."

Apa yg sy perhatikan, rakyat Malaysia sgt suka membaca. sy perhatikan di mana2 saja, samada di bus stop, stesen komuter, dlm tren, di shopping kompleks dan byk lagi tempat. Hakikatnya, rakyat Malaysia sangat suka membaca SMS!! :)

saja saya singgah di laman blog ni. seronok bila melihat kewujudan blog yg juga menulis artikel dan pandangan tentang aktiviti membaca buku.
Wassalam.

Ain Atika Zailani said...

tu lah kite pon makin lama makin malas membaca.=(