Wednesday, August 3, 2011

Buku saya : 'Anai-anai Dalam Perkahwinan'

Assalamualaikum,

Setelah berbulan-bulan tidak masuk gelanggang, di bulan Ramadhan ni saya terpanggil semula untuk berkongsi ilmu di blog saya ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan membawa seribu keberkatan. Mohon maaf atas segala kekhilafan saya sama ada yang disedari mahupun tidak.

Sekadar berkongsi. Saya kini sedang berjinak-jinak dengan penulisan buku yang sudah lama menjadi impian saya untuk menghasilkan buku. Alhamdulillah satu dah dihantar untuk penilaian oleh penerbit. Kini saya sedang menyiapkan manuskrip yang kedua untuk dihantar kepada penerbit. Doakan segalanya berjalan lancar. Di sini saya nak share petikan dari salah satu bab dalam buku saya 'Anai-anai Dalam Perkahwinan'. InsyaAllah penulisan ini akan membincangkan masalah yang wujud dalam sesebuah perkahwinan yang adakalanya kita tidak sedar sehingga dah terlambat untuk diubati.

Anai-anai, sejenis serangga perosak yang membinasakan mangsanya secara senyap dan tidak kelihatan dengan mata kasar dan hanya disedari oleh mangsa setelah kerosakan yang dialami menjadi sukar untuk diperbaikki lagi. Jika pun mahu diperbaikki, akan melibatkan tenaga, masa dan kos yang amat tinggi. Anai-anai juga adalah ’silent killer’ atau pembunuh senyap. Bayangkan apabila lantai rumah kita tiba-tiba reput dan kayu-kayunya berserpihan dan berhabuk. Kita tidak boleh hanya memperbaikki bahagian yang reput sahaja kerana kesan serangan anai-anai ini bukan setempat malah ia merebak keseluruhan lantai, dan tidak mustahil ia telah ’memakan’ keseluruhan rumah!. Lebih memeranjatkan ialah walaupun anai-anai ini kecil namun mempunyai kuasa untuk meruntuhkan sebuah rumah tanpa disedari oleh tuan rumah!.

Sebuah perkahwinan yang bermasalah juga boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang sedang di mamah oleh anai-anai secara senyap. Sekiranya tidak diambil tindakan pemusnahan atau pencegahan, rumahtangga yang dibina akan hancur sebagaimana hancurnya sebuah rumah yang dipenuhi dengan anai-anai yang bersarang. Dalam konteks ini kita ibaratkan masalah yang dihadapi dalam perkahwinan itu sebagai anai-anai. Yang membezakan masalah ini dengan masalah lain ialah, masalah ini tidak dapat dikesan kewujudannya dalam sesebuah perkahwinan sehinggakan dari mata kasar perkahwinan ini cukup sempurna tanpa masalah yang ketara. Apakah masalah yang boleh kita anggap sebagai anai-anai ini dan mengapakah pasangan yang menghadapinya memilih untuk membiarkan sahaja ia berlalu dan memakan perkahwinan mereka tanpa mengambil tindakan pencegahan?.


Jika nak tahu apakah anai-anai tu, tunggu...buku saya diterbitkan, insyaAllah.

2 comments:

ez said...

Tahniah mak dari kami sekeluarga. .

tokmie said...

Thanks Ez n family. You all are my inspirations.