Assalamualaikum dan salam persahabatan,
Syukur alhamdulillah, setelah beberapa lama saya 'berehat' dari ber 'blogging' kerana banyak menumpukan masa di halaman facebook, hari ini saya kembali untuk mengisi ruangan blog Reach Out saya.
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai buku saya yang bertajuk Anai-anai Dalam Perkahwinan yang saya nukilkan khas sempena perkahwinan anak lelaki saya Zahiril Adzim dengan Shera Aiyob.
Hasilnya saya sempat menghadiahkan senaskah 'hard-cover' buku ini sebagai salah satu dari dulang hantaran untuk Shera.
Dedikasi untuk Shera
Bukan niat untuk 'menumpang' majlis budak-budak ni untuk mempromosi buku ini tetapi memang saya telah menulis panduan-panduan dalam perkahwinan ini sempena perkahwinan mereka. Secara kebetulan. Ramai sahabat yang telah mencadangkan kepada saya agar saya jadikan hantaran. Saya rasa tak salah saya buat begini kan?. Dah alang-alang saya menghadiahkan kepada mereka, baik terus letak dalam dulang,kan?. (Selamat satu dulang....hmmmmm).
Bila media nampak buku ini dalam dulang,mereka pun bertanya saya mengenai buku itu......apa yang mereka tanya saya jawablah. Depa nak sebut dalam akhbar dan majalah, itu hak mereka....tak kan saya nak tahan. Terima kasih kepada media. Sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi pembaca nukilan saya ini.
Walau apapun, sebenarnya buku ini telah mula dijual sebelum majlis perkahwinan mereka.Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang telah membeli buku ini terus dari saya. Setiap buku yang dibeli terus dari saya akan saya sertakan dengan tandatangan serta coretan doa saya agar perkahwinan saudara/saudari akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
MENGENAI BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN:
I. 142 halaman
ii. Panduan mengenalpasti dan mengatasi masalah yang tersirat dalam rumahtangga
iii. Disertakan dengan Check list apa patut dilakukan bai mengatasi/mencegah wujudnya masalah
iv. Disertakan juga kaedah menganalisis SWOT dalam perkahwinan
PETIKAN DARI KANDUNGAN BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN
Anai-anai, sejenis serangga perosak yang membinasakan mangsanya secara senyap dan tidak kelihatan dengan mata kasar dan hanya disedari oleh mangsa setelah kerosakan yang dialami menjadi sukar untuk diperbaikki lagi. Jika pun mahu diperbaikki, akan melibatkan tenaga, masa dan kos yang amat tinggi. Anai-anai juga adalah silent killer atau pembunuh senyap. Bayangkan apabila lantai rumah kita tiba-tiba reput dan kayu-kayunya berserpihan dan berhabuk. Kita tidak boleh hanya memperbaikki bahagian yang reput sahaja kerana kesan serangan anai-anai ini bukan setempat malah ia merebak keseluruhan lantai, dan tidak mustahil ia telah ’memakan’ keseluruhan rumah!. Lebih memeranjatkan ialah walaupun anai-anai ini kecil namun mempunyai kuasa untuk meruntuhkan sebuah rumah tanpa disedari oleh tuan rumah!.
Jika kita pernah melihat pakar penghapus anai-anai membuat kerja-kerja menghapus, kita dapat lihat betapa teliti dan berhati-hatinya mereka menjalankan kerja mereka. Ketelitian yang tinggi amat diperlukan bagi menghapus terus ’sarang’ dan ’punca’ hidupnya anai-anai yang pada setiap masa menunggu untuk menyerang mangsanya. Setiap sudut disembur dan diwapkan agar racun yang khas ini dapat meresap ke celah-celah lubang serta alur lantai yang berpotensi dilalui dan diserang oleh anai-anai. Bukan mudah untuk mencari punca dan sarang anai-anai jika tidak betul-betul memahami habitat anai-anai. Kesilapan teknik yang digunakan, memungkinkan untuk anai-anai terus hidup dan membiak lebih dahsyat lagi serta memakan lebih banyak kayu-kayu secara senyap-senyap.
Sebuah perkahwinan yang bermasalah tetapi zahirnya kelihatan bahagia juga boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang sedang dimamah oleh anai-anai secara perlahan. Sekiranya tidak diambil tindakan pemusnahan atau pencegahan, rumahtangga yang dibina akan hancur sebagaimana hancurnya sebuah rumah yang dipenuhi dengan anai-anai yang bersarang. Dalam konteks ini kita ibaratkan masalah yang dihadapi dalam perkahwinan itu sebagai anai-anai. Yang membezakan masalah ini dengan masalah lain ialah, masalah ini tidak dapat dikesan kewujudannya dalam sesebuah perkahwinan sehinggakan dari mata kasar perkahwinan ini cukup sempurna tanpa masalah yang ketara seperti campurtangan pihak ketiga, tekanan di tempat kerja dan juga masalah pasangan yang curang. Apakah masalah yang boleh kita anggap sebagai anai-anai ini dan mengapakah pasangan yang menghadapinya memilih untuk membiarkan sahaja ia berlalu dan memakan perkahwinan mereka tanpa mengambil tindakan pencegahan?. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Penentu Kebahagiaan Perkahwinan
Perkahwinan dipengaruhi oleh pelbagai penentu yang dijangka dan tidak dijangka. Kajian menunjukkan tiada penentu yang khusus yang bertanggungjawab ke atas tahap kepuasan pasangan dalam perkahwinan. Apa yang menjadi lebih ketara dan memberi kesan kepada tahap kepuasan adalah keupayaan pasangan untuk berunding bagi mengatasi penentu tekanan, mencari hasil yang lebih dipersetujui dan positif. Untuk mencapainya, setiap pasangan perlu menggunakan kemahiran personal dan interpersonal mereka. Penentu kebahagiaan perkahwinan yang paling signifikan ialah keupayaan pasangan untuk menggunakan kemahiran ini untuk mewujudkan keintiman dan kemesraan serta menguruskan konflik. Kedua-dua kemahiran ini dilihat sebagai faktor penentu asas yang membolehkan pasangan untuk menghadapi tekanan dan tempoh transisi sepanjang hayat perkahwinan mereka. Di samping terdapat banyak pembolehubah yang menentukan kebahagiaan perkahwinan, kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik membentuk ciri-ciri dalaman. Keseluruhannya faktor kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik ini merupakan faktor utama yang menentukan tahap kepuasan perkahwinan dan faktor-faktor ini melibatkan pengurusan kecerdasan emosi antara pasangan.
CARA UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI:
Jika saya bercerita panjang lebar lagi mengenai buku ini di blog saya ini, rasanya sahabat-sahabat saya di luar sana mungkin tidak akan dapat benar-benar menghayati apa yang saya cuba sampaikan melalui nukilan saya ini. Oleh itu, saya cadangkan sauadara/saudari memperolehi buku ini terus dari saya kerana naskah ini TIDAK ADA DIJUAL di mana-mana kedai buku. Masih lagi berada ditangan saya.
Bagi yang berminat, silalah emailkan order ke email ini dengan memberikan details seperti berikut:
i. Nama :
ii. Alamat
iii. Bilangan naskah yang diperlukan. Harga senaskah RM30 (RM25 harga buku + RM5 untuk penghantaran)
Saya akan respond pada email saudara/saudari mengenai cara pembayaran.
Email : zaiyus57@yahoo.com
ATAU
laluanminda@yahoo.com
ATAU sms ke 0192697004
Ok. Terima kasih atas sokongan.
ZAILAN BT YUSSOFF
REACH OUT
I'M REACHING OUT TO PEOPLE I LOVE...
Saturday, December 3, 2011
Wednesday, November 30, 2011
MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN ZAHIRIL DAN SHERA
Syukur alhamdulillah sempurnalah sudah Majlis Resepsi bagi perkahwinan anak saya Zahiril Adzim dan Shera Aiyob pada 27 November 2011 yang lalu. Walaupun majlis bermula agak lambat kerana masalah teknikal dalam urusan pendaftaran, namun majlis berjalan sebagaimana yang dirancang. Terlebih dahulu saya mohon maaf...jutaan ampun dan maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan kerana :
i. tidak dijemput ke majlis ini kerana tempat yang amat terhad; dan
ii.tetamu kami yang terpaksa dijemput ke bilik buffet (atas sebab kesilapan dalam pengesahan kehadiran tetamu di saat-saat akhir).
Mohon ampun dan maaf sekali lagi. Harap jangan ada yang berkecil hati. Tolong doakan pasangan ini berkekalan jodoh mereka.

Monday, August 8, 2011
ISBN: Yang tidak tahu jadi tahu
Assalamualaikum,
Hari ni nak share sesuatu yang saya rasa seronok sangat nak share. Hari ini pengalaman pertama saya mendaftar code ISBN di Perpustakaan Negara Malaysia. Sebelum ini, tahu beli dan baca buku sahaja tapi bila tengok di kulit dalam buku tu ada four letters ISBN, tak pernah ambil tahu. Dalam beberapa hari ni saya paksa diri saya untuk ambil tahu apa itu ISBN dan kenapa kena daftar utk dapatkan code ISBN tu dari PNM.
Saya ada mention yang saya nak terbitkan buku saya, Anai-anai Dalam Perkahwinan' which insyaAllah is coming out soon. Next week another book juga akan keluar. So, untuk nak terbitkan buku, before cetak perlu dapatkan code number ni dulu. This code number perlu ditulis di bahagian Hakcipta Terpelihara and belakang buku.
Apakah Itu ISBN?
International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.
ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.
ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku.
Contoh ISBN:
ISBN 983-99557-1-3 - ISBN 10 angka
atau
ISBN 978-983-99557-1-2 - ISBN 13 angka
(implementasi mulai Januari 2007)
Struktur ISBN
Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian, tiap-tiap bahagian dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sempang.
Bahagian-bahagian tersebut adalah:
• Bahagian I. Kod Industri Buku
Bahagian ini mewakili kod industri pebukuan yang digunakan pada peringkat antarabangsa.
• Bahagian II. Identiti Kumpulan
Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit.
• Bahagian III. Identiti Penerbit
Bahagian ini memberi identiti kepada satu penerbit dalam sesebuah negara atau kumpulan.
• Bahagian IV. Identiti Judul
Bahagian ini memberi identiti kepada sesuatu judul atau edisi buku tertentu yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.
• Bahagian V. Angka Kawalan
Angka Kawalan merupakan satu angka tunggal atau huruf X di hujung sepuluh angka ISBN. Angka ini mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN.
Faedah-Faedah ISBN
• Memajukan dan memudahkan pemesanan dan perolehan buku-buku terbitan Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
• Mengiklankan penerbit-penerbit Malaysia dalam "Publishers' International ISBN Directory (PIID)"
• Memajukan penjualan buku-buku terbitan Malaysia di pasaran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
• Sebagai butiran penting di dalam deskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit.
• Digunakan sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang diterbitkan dan memperketat lagi hak milik buku bagi penerbit.
ok. itulah lebih kurang kot. tapi hari rabu ni baru dapat number tu and baru boleh print out my book. Tunggu ya? Support penulis baru dalam industri penulisan.
Jadi, pokoknya ialah...(message nya) bila kita perlu ambil tahu tentang sesuatu yang baru, jangan give up. Mula-mula memang lah kita kena paksa diri untuk ambil tahu, tapi lama-lama kita akan jadi amat seronok sebab dah boleh buat sesuatu yang sebelum ini 'alien' pada kita dan kita tidak pernah mahu nak tahu. Kini dengan menjinakkan diri saya dengan bidang penulisan dan penerbitan, saya rasa amat seronok sangat kerana sedang berada dalam satu bidang yang memang saya dah lama impikan..iaitu nak jadi penulis.
Sayang semua.
Zaiyus
Friday, August 5, 2011
Petikan dari buku
Salam pagi Sabtu,
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, insyaAllah buku yang telah saya tulis bertajuk 'Anai-anai Dalam Perkahwinan' bakal diterbitkan. Setakat ini masih dalam peringkat editing dan untuk dihantar printing. Bagaimanapun sekadar berkongsi sebahagiannya saya berikan petikan sikit dari bab Langkah-langkah pembasmian 'anai-anai' perkahwinan. Saya bagi petikan untuk anai-anai Masa Kualiti Bersama'. Apa yang kita perlu lakukan bagi mencegah faktor ini menjadi pembunuh senyap dalam perkahwinan....selamat membaca
Masa kualiti bersama
Sentiasa memeriksa peratus masa bersama pasangan
Sediakan Log Masa
Amalkan penggunaan masa bersama dengan lebih berkualiti
Ambil peluang walaupun sekejap untuk memeriksa ‘hubungan’ antara pasangan (termasuk jika ada masalah untuk diselesaikan bersama dan memerluan masa untuk berbincang)
Rancang dan tetapkan jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan untuk bersama pasangan
PATUHI dan komited tanpa gagal kepada jadual yang telah disediakan tanpa gagal (seboleh-bolehnya orang lain dimaklumkan mengenainya)
Gunakan suatu masa dalam jadual untuk membuat post mortem untuk menilai kualiti hubungan pasangan dan keluarga.
Gunakan masa berkualiti ini juga untuk memberikan semangat kepada satu sama lain.
Beri penghargaan yang ikhlas atas sumbangan kepada keluarga
Pilih satu hari khas dalam sebulan dan berikan nama untuk hari berkenaan (contoh: Hari Sentimental)
Hadiahkan sesuatu (tidak perlu mahal) kepada pasangan pada hari tersebut.
.....dan ada lagi
selain itu ada juga langkah-langkah pembasmi faktor-faktor penyumbang yang lain yg kita anggap anai-anai. Bila dah siap buku saya, bolehlah beli kan? (promo promo). Ketebalan buku lebih kurang 120-140 ms. padat tapi harga belum ditetapkan lagi.
tqtq

Wednesday, August 3, 2011
Buku saya : 'Anai-anai Dalam Perkahwinan'
Assalamualaikum,
Setelah berbulan-bulan tidak masuk gelanggang, di bulan Ramadhan ni saya terpanggil semula untuk berkongsi ilmu di blog saya ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan membawa seribu keberkatan. Mohon maaf atas segala kekhilafan saya sama ada yang disedari mahupun tidak.
Sekadar berkongsi. Saya kini sedang berjinak-jinak dengan penulisan buku yang sudah lama menjadi impian saya untuk menghasilkan buku. Alhamdulillah satu dah dihantar untuk penilaian oleh penerbit. Kini saya sedang menyiapkan manuskrip yang kedua untuk dihantar kepada penerbit. Doakan segalanya berjalan lancar. Di sini saya nak share petikan dari salah satu bab dalam buku saya 'Anai-anai Dalam Perkahwinan'. InsyaAllah penulisan ini akan membincangkan masalah yang wujud dalam sesebuah perkahwinan yang adakalanya kita tidak sedar sehingga dah terlambat untuk diubati.
Anai-anai, sejenis serangga perosak yang membinasakan mangsanya secara senyap dan tidak kelihatan dengan mata kasar dan hanya disedari oleh mangsa setelah kerosakan yang dialami menjadi sukar untuk diperbaikki lagi. Jika pun mahu diperbaikki, akan melibatkan tenaga, masa dan kos yang amat tinggi. Anai-anai juga adalah ’silent killer’ atau pembunuh senyap. Bayangkan apabila lantai rumah kita tiba-tiba reput dan kayu-kayunya berserpihan dan berhabuk. Kita tidak boleh hanya memperbaikki bahagian yang reput sahaja kerana kesan serangan anai-anai ini bukan setempat malah ia merebak keseluruhan lantai, dan tidak mustahil ia telah ’memakan’ keseluruhan rumah!. Lebih memeranjatkan ialah walaupun anai-anai ini kecil namun mempunyai kuasa untuk meruntuhkan sebuah rumah tanpa disedari oleh tuan rumah!.
Sebuah perkahwinan yang bermasalah juga boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang sedang di mamah oleh anai-anai secara senyap. Sekiranya tidak diambil tindakan pemusnahan atau pencegahan, rumahtangga yang dibina akan hancur sebagaimana hancurnya sebuah rumah yang dipenuhi dengan anai-anai yang bersarang. Dalam konteks ini kita ibaratkan masalah yang dihadapi dalam perkahwinan itu sebagai anai-anai. Yang membezakan masalah ini dengan masalah lain ialah, masalah ini tidak dapat dikesan kewujudannya dalam sesebuah perkahwinan sehinggakan dari mata kasar perkahwinan ini cukup sempurna tanpa masalah yang ketara. Apakah masalah yang boleh kita anggap sebagai anai-anai ini dan mengapakah pasangan yang menghadapinya memilih untuk membiarkan sahaja ia berlalu dan memakan perkahwinan mereka tanpa mengambil tindakan pencegahan?.
Jika nak tahu apakah anai-anai tu, tunggu...buku saya diterbitkan, insyaAllah.

Wednesday, December 15, 2010
Mindset change
Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah...
Saya ingin berkongsi tentang apa yang kita sering dengar iaitu 'mindset change'. Sempena dengan Maal Hijrah, saya ingin 'mengajak' diri saya sendiri dan sesiapa juga yang merasakan sudah terlalu lama 'terperangkap' di minda yang tepu (fixed mind)... bebaskan minda kita kerana sudah tiba masanya untuk kita memeriksa semula minda kita sama ada masih berada di minda tepu (fixed) atau berkembang (growth). Jika belum, fikirkan bahawa dunia dah maju...zaman dah berubah..apa tunggu lagi, mari kita muhasabah diri dan mula mencari 'laluan' ke arah perubahan dan penambahbaikan diri.
Istilah mindset change menekankan kepada keperluan untuk kita berfikir lebih jauh dari kebiasaan. Contohnya kalau kita biasa berfikir bahawa keupayaan, intelligence dan bakat seseorang itu adalah semulajadi, ubahlah berfikiran sedemikian kerana kebolehan,keupayaan,intelligence atau bakat bukan tercipta secara tidak sengaja. Orang yang berbakat bukan dilahirkan berbakat. TALENTS AND INTELLIGENCE ARE NOT BORN!. Cuba kita lihat, Beethoven pemuzik yang terkenal pernah di cop oleh guru muziknya sebagai pencipta lagu yang paling bodoh dan beliau pernah mencipta 5 buah lagu simfoni ketika beliau bermasalah pendengaran, Walt Disney pernah diejek kerana ia dikenali sebagai manusia yang paling tidak kreatif....ramai lagi yang kita tidak menjangka akan menjadi seorang yang terkenal walaupun pernah berada di tahap yang boleh dianggap sebagai 'tak masuk akal'.
Saya saja memilih topik ini kerana dalam beberapa bulan ini saya banyak bertemu dengan mereka yang putus asa dalam kerjaya dan pelajaran mereka. Mereka merasakan dengan gagal dalam peperiksaan,temuduga, naik pangkat, perniagaan, mereka tidak ada jalan lain melainkan menerima seadanya tanpa usaha untuk mencari alternatif. Memang tidak dinafikan kita kena redha akan ketentuan Allah swt tetapi pastinya Allah akan lebih menyayangi orang yang tidak putus asa. Kegagalan dalam peperiksaan,temuduga,kenaikan pangkat,perniagaan bukanlah satu titik penamat atau kekalahan malah ia akan menjadi kejayaan seandainya kita berjaya untuk bangkit semula memperbaikki kelemahan dan berusaha untuk terus maju.
Jadi, jika ada sesiapa yang telah putus asa, termasuk saya, marilah kita berhijrah dari minda yang tepu kepada minda yang lebih berkembang. Usah terlalu sibuk memikirkan kekalahan dan kegagalan. Minda kita perlu disemai dengan pemikiran yang lebih positif. Asalkan kita percaya bahawa Allah swt akan membantu orang-orang yang tidak putus asa, insyaAllah setiap kegagalan/kekalahan akan diganti dengan kejayaan yang berlipat ganda.
Jangan sekali-kali berlaku tidak adil kepada minda kita dengan membiarkan ia tidak disemai dengan pemikiran yang berkembang dan positif. Sentiasa berfikir forward, extra-mile dan di luar kotak pemikiran biasa.
Tujuh elemen mindset orang-orang yang berjaya dan tidak putus asa:
Pertama : Sentiasa ada kemahuan dan keinginan yang jelas untuk mempertingkatkan diri
Kedua : Sentiasa ada komitmen ke arah penambahbaikan
Ketiga : Sentiasa pupuk tanggungjawab untuk tentu halatuju kehidupan sendiri
Keempat : Sentiasa bekerja keras untuk mengubah hidup
Kelima : Sentiasa ada kepercayaan dan keyakinan diri yang positif bahawa kita boleh melakukannya
Keenam : Sentiasa mempunyai 'Kuasa Gigih' dalam diri
Ketujuh : Sentiasa menghargai diri setelah memperolehi kejayaan.
...dan yang pastinya sentiasalah berdoa kepada Allah swt agar usaha kita diberkati dan akan memperolehi kejayaan. InsyaAllah....
Ingat..permata ada dalam diri kita, dan hanya kita sahaja yang boleh mengeluarkannya. Jangan mengharap orang lain yang akan mengeluarkanya. Tepuk dada tanyalah minda.

Tuesday, November 30, 2010
Air Dicincang Tidak Akan Putus
Memang pepatah Melayu 'Air Dicincang Tidak Akan Putus' ini kerap membawa saya kepada kenangan ketika saya masih di bangku sekolah rendah, tidak silap saya di darjah dua. Ketika itu guru bahasa Melayu pernah menyebut perumpamaan ini. Beliau pernah meminta kami cuba 'memotong' air bila balik ke rumah. Sejak itu, setiap kali mandi, saya akan cuba 'potong air' yang mengalir dari paip. Berkali-kali saya potong air tu, tapi pastinya air itu tidak akan putus (sehingga ke hari ini, bila saya melihat air mengalir, saya pasti tersenyum sendiri). Pepatah ini membuatkan saya kagum dengan kreativiti orang-orang Melayu terdahulu yang bijak menggunakan elemen persekitaran bagi menggambarkan keadaan manusia. Walaupun ada yang merasakan perumpamaan ini agak merendahkan pemikiran orang Melayu masakini yang telah didedahkan kepada pemikiran yang berasaskan pemikiran logik, namun pada pandangan saya perumpamaan 'Air Dicincang Tidak Akan Putus' ini seharusnya terus digunakan bagi menggambarkan pertalian saudara kandung yang tidak akan putus walau apa juga rintangan yang datang.
Saya suka jika saya dapat menggambarkan pertalian saya dengan adik beradik seibu sebapa saya dan mengaplikasikan perumpamaan 'air dicincang tidak akan putus' kepada keadaan yang menggambarkan pertalian kami. Secara ringkas, saya mempunyai enam adik beradik seibu dan sebapa, iaitu empat perempuan dan dua lelaki. Kami dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana yang dibina bersama oleh seorang bapa yang kami kagumi, Encik Yusoff bin Ahmad Shah @ Yusoff Bashah, yang kami panggil daddy, dengan seorang wanita cantik yang amat kami sayangi, Puan Hasnah binti Jaafar @Nina@Lina yang kami panggil mummy. Mummy pergi lebih awal dari daddy. Mummy pergi meninggalkan kami ketika berusia 45 tahun dan saya baru tamat tingkatan lima (1975). daddy pula pergi meninggalkan kami dalam tahun 1989 diusia 71 tahun. Alfatihah untuk daddy dan mummy..
Sejak pemergian mereka,kami berenam beradik membawa haluan kehidupan masing-masing. Yang perempuan berkahwin mengikut suami masing-masing dan yang lelaki pula, salah seorang yang 'kurang upaya'kami bergilir-gilir menjaganya. Walau perit dan susah sekalipun untuk menjaganya, itulah 'amanah' yang ditinggalkan oleh daddy dan mummy untuk kami. Adik lelaki yang nombor lima juga berkahwin dan tinggal di rumah pusaka peninggalan ibu bapa kami sehingga hari ini.
Mungkin disebabkan kami hilang tempat bergantung di usia yang terlalu muda, banyak perkara dalam kehidupan kami adik beradik yang terpaksa dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kami bekerja diusia muda dan berumahtangga juga diusia muda. Alhamdulillah kami bahagia dengan pasangan masing-masing sehingga ke hari ini.
Hubungan kami adik beradik, ada pasang surutnya. Akibat dari tekanan hidup, adakalanya kami bertelagah, bergaduh, bermasam muka sehinggakan sampai satu peringkat kami seolah-olah 'berpatah arang berkerat rotan' dan mahu putus saudara. Maklumlah tiada ibu bapa untuk menasihat dan menegur. Keadaan kami menjadi lebih keruh dengan adanya hasutan dan percubaan untuk melaga-lagakan kami adik beradik. Ada saja yang tidak kena dalam hubungan kami adik beradik. Rasa sentiasa panas sahaja. Kadangkala kami sendiri tidak tahu apa sebabnya.
Bagaimanapun, memang tepat sekali dengan perumpamaan 'air dicincang tidak akan putus'. Walau sepahit hempedu sekalipun perhubungan kami, pada setiap syawal kami akan sentiasa pastikan, dan menjadi satu kemestian kami enam beradik akan 'convoy' untuk berhari raya ke rumah ibu-ibu saudara kami. Setiap syawal kami akan melupakan kepahitan yang kami lalui. Kami akan lupakan persengketaan antara kami. Kami akan lupakan rajuk dihati masing-masing. Syawal memang selalu mempertemukan kami. Kami juga akan pastikan kami hadir pada setiap majlis yang diadakan di rumah sesiapa sahaja di antara kami. Selain dari itu, kami akan bantu semampu yang boleh, jika di antara kami dalam kesusahan kewangan ataupun sakit.
Kini perhubungan kami adik beradik menjadi bertambah erat. Saya pasti daddy dan mummy tenang melihat kami begini sekarang. Baru-baru ini pada 28 November 2010, kami berempat beradik (perempuan sahaja), Zainab, Zuraidah, Zurainy dan Zailan, dengan izin suami masing-masing kami telah mengaturkan perjumpaan yang tidak dapat kami lupakan, di Wangsa Walk dan kemudian bersambung di KLCC. Kesempatan itu juga kami ambil untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kakak sulung kami, Zainab bt Yusoff. Cukup seronok walaupun dalam masa yang singkat kerana masing-masing ada komitmen masing-masing. Walaupun dua adik lelaki kami tidak turut serta namun nama mereka disebut dalam perbincangan kami tanda ingatan kami pada mereka.
Kepada kakak-kakak tersayang...Nab, Didah dan Nani, adik-adik yang dicintai, Pak Ngah dan An@Pak Uda... walau badai melanda,tsunami mengamuk,gunung berapi Merapi meledak, kalian semua akan tetap dihatiku sehingga ke akhir hayat. Kalian sentiasa dalam doaku. Jangan biarkan kita dipisahkan oleh pihak-pihak yang hasad dan dengki terhadap kekuatan hubungan kita. Semoga dengan izin Allah swt..air dicincang tidak akan putus.
Di antara kita berenam, kita tidak tahu siapa yang akan 'pergi' dahulu. Walau siapa yang akan pergi dahulu dan siapa yang terkemudian dijemput Allah swt, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan,buangkan persengketaan lama,pujuklah rajuk di hati,pupuklah kasih sayang yang tidak berbelah bagi antara kita kerana kita adalah warisan peninggalan daddy dan mummy. Pastinya kita mahukan anak-anak, cucu-cucu kita serta generasi seterusnya mewarisi kekuatan hubungan persaudaraan yang ibubapa kita mahukan.
Nab..terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbananmu menjaga kami ketika kami masih kecil bersama mummy. Jasamu akan sentiasa segar dan subur dihati kami dan dikenang hingga ke akhir hayat. Walau apa berlaku antara kita,akan ku anggap ia seperti air sungai yang berlalu dan tidak akan dikenang lagi.
Didah...terima kasih kerana telah menjaga dan menyelamatkanku semasa aku 'kehilangan punca'(selepas ketiadaan mummy). Segala teguran dan kemarahanmu terhadapku akan ku anggap sebagai penyelamat dari aku terus hanyut dalam kehidupan.
Nani....terima kasih atas sumbangan dan semangat yang diberikan padaku ketika aku 'buntu' dengan masaalahku di asrama. Setiap bulan pasti ada sahaja 'kiriman wang' dan surat kata-kata semangat yang ku terima darimu. Semua itu akan kuanggap pemberi 'nyawa' semasa aku ketandusan dan kelemasan dalam pergolakan hidup di asrama yang jauh dari keluarga.
Ngah...terima kasih kerana telah memberikanku 'kekuatan' yang luar biasa padaku dalam menghadapi permasalahan yang kau hadapi. Dalam mengharungi permasalahan bersamamu, banyak perkara yang telah membuatkan aku lebih matang dan tidak gentar menghadapi apa juga situasi termasuk 'tinggal berseorangan dirumah kosong!'. Segala apa yang berlaku di masa lampau akan kuanggap seperti 'guru' yang mematangkan aku. Alhamdulillah kini Ngah menjadi insan yang lebih bahagia.
An...yang kusayangi..terima kasih kerana keadaanmu telah mengajarku erti tanggungjawab, kemanusiaan dan kesabaran. Kamu adalah amanah daddy dan mummy.
Semoga anak-anak warisan daddy dan mummy ini akan sentiasa diberkati Allah swt, ditingkatkan iman,dipanjangkan usia, disempurnakan kesihatan,dimurahkan rezeki...semoga hubungan kita akan bertambah erat...bak air dicincang tidak akan putus....aminnn..

Subscribe to:
Posts (Atom)