Showing posts with label My Diary. Show all posts
Showing posts with label My Diary. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

31 tahun!

Salam to all,
Alhamdulillah..perkahwinan kami mencecah usia yang ke 31 tahun hari ini 30 Mac 2010. Syukur kehadhrat Allah swt kerana telah mengizinkan perkahwinan kami kekal dan kukuh sehingga hari ini. Dikurniakan lima anak (2 perempuan dan 3 lelaki).

31 tahun kami tempuhi pelbagai pengalaman. Ada manis, gembira, dan tidak terlepas juga dari pahit, maung. Pengorbanan yang tidak terkira dari kedua pihak. Pengorbanan fizikal, mental dan emosi untuk kesejahteraan keluarga. Masing-masing (saya dan suami), membawa peranan masing-masing dengan cara kami tersendiri, sebagai ayah, ibu, suami, isteri, sahabat, adakala sebagai 'pesaing'. Gaduh?...ini perkara biasa dalam perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bohong kalau ada yang mengatakan 'tidak pernah' bergaduh dengan pasangan. Mungkin istilah atau persepsi 'gaduh' yang berbeza. Cara selesai masalah gaduh?...pastinya cepat-cepat minta 'maaf' dan mengaku kesalahan tanpa dendam. Jika satu pihak api, satu pihak mesti menjadi air.

Sepanjang tempoh 31 tahun, pelbagai dugaan dan cubaan yang kami tempuhi yang adakalanya memang amat menguji kesabaran kami sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana kami diberi kekuatan untuk melawan apa juga rintangan dan halangan yang datang. Doa sahaja yang selalu menemani kami selain dari cuba memahami keadaan masing-masing ketika dalam kesusahan, tekanan atau kesedihan.
31 tahun satu tempoh yang menggembirakan. We do things together,share stories, ideas,secrets,problems, likes and dislikes. Walaupun adakalanya ideas bercanggah, miscommunication and friction sana sini... adatlah tu..tapi the excitement of doing things together such as solat berjemaah, memasak, gardening, jogging, makan angin 'spending income/shopping la'. etc...mengatasi other problems. Semoga Allah mengizinkan kami kekal begini hingga ke akhir hayat, insyaAllah.
Ya Allah, seandainya kami diuji, mohon diuji dengan ujian yang tidak meruntuhkan perkahwinan kami. Mohon dijauhi dari syaitan yang menggoncang keimanan kami.

Happy wedding anniversary to dear abang. Semoga jodoh kita akan berkekalan sehingga keakhir hayat.

Friday, March 19, 2010

HAPPY BIRTHDAY, MY HUSBAND

Salam to all,
Hari ni saya tak ada topic yang berat, cuma nak share tentang apa yang saya rasa today.

Today is my husband's 60th birthday.


Kami spent time di The Curve, cari present for him. Cari punya cari...jumpalah apa yang nak saya beli tapi setelah kena 'marah' dengan birthday man, terpaksa lah saya beli apa yg bukan pilihan saya . Nak beli a watch yang mahal sikit for him (Solvil Titus) tapi dia tak mahu langsung masuk kedai watch tu. Dia kata " Mahal sangat. Dah, jangan membazir...jam lama ada lagi, boleh repair kenapa nak beli baru." Ini lah my husband kalau nak tahu..(are all men like this?). Wife nak beli present yang ada brand sikit tak mahu?. Saya bukan nak berlagak belikan jam mahal untuk dia tapi this occasion only comes once a year. Nak lah bagi dia something yang berharga....tapi dia tak bagi. So,terpaksalah beli yg murah.(tapi saya tak puas hati, i plan to buy something else for him..rahsia...dah beli baru nak cakap dengan dia).

Sebenarnya isteri-isteri belikan hadiah for husbands (tidak kira mahal ataupun murah) bukan sebab nak menunjuk pada orang lain atau membazir tapi just to show them kita appreciate them, for being our life partner and a good one too.. walaupun harta benda wang ringgit tidak dapat ditukar ganti dengan apa yang mereka sumbangkan, tapi ini di antara cara isteri-isteri nak ucap 'terima kasih'.

To my dearest husband,
Dari hati yang tulus ikhlas, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada abang kerana telah:

i) menjadi pasangan yang paaaaaaaling setia dalam hidup saya;

ii) menjadi pengubat dan penawar segala duka dan sakit (abang cukup sabar menghadapi waktu-waktu ketika saya sakit, mood swing, stress, etc);

iii) menjadi pendengar dan 'punching bag' ketika saya tension kerja or geram pada boss;

iv) menjadi tempat bersandar ketika saya hampir tersungkur dengan masalah yang tidak dapat saya lawan/atasi seorang diri;

v) menjadi teman ketika saya takutkan kegelapan;

vi) menjadi pembakar semangat ketika saya hampir putus asa dalam kerjaya saya;

vii) menjadi pelindung ketika saya di'serang' oleh pihak yang suka lihat saya jatuh;

yang penting....

viii) abang adalah the dearest 'ayah' kepada our 5 wonderful children, Jaja, Ayen, Bob, Syith, Syakirin and a loveable father in law to Ezzy, our menantu


and a darling Tok Ayah kepada our grandson, Eizwan Zarith....

and Pak Cik Mokhtar yang tersayang pada anak-anak saudara...(betul,kan?).

So, to dearest abang, walaupun you may not be my first choice masa mula2 nak kahwin dulu, tapi saya amat bersyukur pada Allah swt kerana telah membuka hati saya untuk memilih abang sebagai teman hidup saya. Memang tepat pilihan saya....inilah jodoh namanya, yang pasti semua ini adalah ketentuan Allah swt. Abang adalah segala-galanya bagi saya.

HAPPY BIRTHDAY to you, abang. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, ditingkatkan iman, dimurahkan rezeki,dipelihara Allah swt, dan segala yang terbaik. I really love you hingga ke akhir hayat.
Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat, insyaAllah. (30th Mac will be our 31st wedding anniversary...dah 31 tahun!!)hhmmmmhh...abang nak hadiahhh!!!

Thursday, February 4, 2010

MOMENTS IN JAPAN - PART 2

Salam to all,
Nak sambung cerita Jepun. Jangan jemu...tapi sebelum cerita panjang, tengok dulu gambar-gambar di Disneyland.






Ini my son, Khairil. Frust sangat belum ada calon nak kahwin. Terjun perigi.



Tok ma and Tok Mi tengah kesejukan tapi gagah berjalan jugak.



My beloved cucu, Eizwan Zarith and his mummy, Jaja..I miss them so much. Balik Malaysia cari baju busuk Eizwan, cium (baju busuk Jaja, memang taklah).




Depan rumah Ezzy n Jaja. Masa nak pergi Disneyland and first day kesejukan.(malu kat orang Jepun tengok orang Malaysia berbungkus)



Ini gambar-gambar masa pergi ke famous temple(bukan pergi sembahyang laa) pergi cari souvenirs yang tak berapa sempat nak beli sebab Eizwan mengamuk kesejukan, and he just refused to put on his gloves.




Ini my youngest daughter, Syakirin. (pandai dia, kita bagi duit untuk shopping di Japan, dia simpan untuk beli Blackberry balik nanti. Masa beli souvenirs, ikut belakang kita...ada can lah kita tolong bayarkan...)



Ok. About my son-in-law's and daughter's house (of course lah they tinggal serumah), the house is situated in a town called Fuchu, not a small town afterall macam I imagined sebelum datang ke sini. Sekitar area rumah ni ada shops yang boleh menggoda kita shopping. Rasanya town ni ala-ala PJ or Subang Jaya kot. Within walking distance from the house ada ISETAN, Toyrus, Starbucks, Uniclo (brand ni tak ada di Malaysia lagi, clothings and bags yang dijual, and the price memang reasonable).





Berjalan lepas balik shopping.Eizwan asyik nak berdukung dengan Tok Ayah dia saja.
Di rumah ajak Tok Ayah dia bawa berjalan waktu tengah sejuk-sejuk. Eizwan akan cakap "shoes,shoes" tandanya dia nak keluar. Tok Ayah rajin melayan cucu dia.



ok. Dalam last entry ada cerita juga tentang a shopping area called Gotemba...dunia Branded Goods. Yang banyak duit tu, bolehlah nak beli macam-macam. Ini dia gambar-gambarnya. Ambil sikit saja.







Kami juga berkesempatan pergi ke satu town, Nippori Textile yang banyak jual kain-kain. Sempatlah beli sikit kononnya untuk buat baju kurung, tapi bila dah tengok orang Jepun ramai sangat dalam kedai ni, langsung pakai sambar mana yang rasa cantik. Balik Malaysia, kebanyakan kain tu boleh buat cadar sebab cotton yang panas (masa di sana mestilah rasa sejuk).
(My two sons, Khairil Anhar and Zahiril Adzim, dua bodyguard kami yang end up jadi tukang pikul kain-kain yang kami beli. Masa ni my son Syith, tinggal di rumah sebab kepenatan.





Masa di sana kami sempat pergi ke satu tempat di pergunungan yang sangatlah sejuknya. Apa nama tempatnya ya Ezzy?..Nagano? ok kami pergi naik 'tube'(bukan tube basikal tu). Kelajuannya dahsyat tapi tak rasa pun. Anyway, masa kami tunggu tube tu, saya observelah beberapa pekerja yang tugasnya mencuci tube-tube ni setiap kali tiba di stesyen. Every few gerabak, a group of 3-4 of them dah berbaris in a line menanti dengan setia untuk tube sampai...bila tube tu sampai..ohhh my.. to our suprise! all of them tunduk hormat pada tube tu!! Berpeluh saya sekejap sebab terkejut tengok that scene..(ada ke kat Malaysia macam ni?). Bila tube berhenti, tanpa lengah,mereka naik dan jalankan tugas dengan cepat, profesional and tak bersembang pun. Ok. Habis bab tukang cuci, masuk pulak bab yang jaga tube tu (alahai macam ala-ala station master or bus conductor). Dia berjalan dari coach to coach untuk check everything is ok...and to our suprise again, everytime dia dah pass by our coach, dia akan pusing mengadap kami, and tunduk hormat pada kami....





Our journey to the place took about 70 minutes naik tube, masuk terowong macam magic, hujung terowong sebelah sini tak ada snow, masuk terowong gelap gelita for about few minutes juga, keluar saja terowong....gosshhh...seluruh town putih covered by snow!. Amazing! You could imagine our reaction masa tu.

Ini adalah the three people responsible for making me asyik nak ke Japan...(working hard to kumpul duit tambang)and insyaAllah there'll be another additional one to make it FOUR of them yang memanggil-manggil saya ke Japan. June, Japan here I come.
(Ezzy my menantu, Jaja my daughter and my darling Eizwan Zarith.



Nak ke tempat snow, naik gondola/cable car. Walaupun tinggi dia lebih tinggi dari cable car di Genting, tapi saya tak rasa cuak sebab nampak semuanya putih. Lebih gerun naik train ride di Disneyland (ala-ala roller coaster) Macam nak pecah jantung.





Ini Khairil and my other son, Syith (Gambar Syith banyak dalam camera lain).



ok...ni semua gambar masa berseronok dalam snow.








ok. Ni gambar kami dalam tube on the way back. Seat boleh pusing face-to-face. Pak cik Tube yang tolong ajar macam mana nak pusing....dengan muka manisnya, dia pulak tunduk pada kami, padahal kami yang minta tolong dia.
Hai ..Japanese, Japanese. Saya pernah dengar kawan bagi tahu about one mubaligh Japanese yang memeluk Islam kata, "The way of life and practices of the Japanese in their culture, etc,are what required by Islam ". maknanya apa yang diamalkan oleh orang Jepun, amanah, jujur, telus, ikhlas, sopan santun, hati mulia (forget about the past masa zaman Jepun dulu),semuanya ini adalah dituntut dalam Islam cuma yang hujung-hujung part 'harakiri' tu je yang jangan sekali-kali terlintas dihati. Minta dijauhkan oleh Allah swt. Frust sikit bunuh diri.
Bukan saya nak mengada-ngada dan melebih-lebih puji the Japanese, tapi pengalaman saya dengan mereka (walaupun 10 hari), saya boleh rasakan ketelusan hati mereka apabila melayan kita. Diri rasa di'tembusi' and really rasa dihargai. Now i understand why our mantan Prime Minister, Che Ded melaungkan Dasar Pandang ke Timur. Its not only dalam the way mereka bekerja di pejabat, tetapi contohi their way of life. Contoh yang cukup menarik, the Japanese practice 'on-going quality'..every minute ada changes. Saya pernah baca buku Kaizen and Gemba. Cara hidup mereka boleh kita contohi (of course yang baik-baik sahaja, yang buruk kita hindarkan). Satu lagi contoh ialah bile mereka masuk rumah, kasut mereka akan dihadapkan ke arah luar. Saya masih tertanya-tanya mengapa. Mungkin untuk senang cabut lari kalau tuan rumah tak sedia kopi...haha...



Ok. That close my story kali ini panjang sikit.
Sayonara Japan. See you again in June...arigatoguzaimas..
To Ezzy, Jaja..tq so mmmucch for the superb hospitality. We love you.

Sunday, January 31, 2010

MEMORABLE MOMENTS IN JAPAN -part 1

Salam to all,
I guess i've rested too long dari menulis blog. Nak kumpul events and ideas. Sebenarnya ideas terlalu banyak tapi nak curahkan dalam blog mesti kena pilih-pilih dulu.
Anyway, kali ni saya ambil peluang untuk berkongsi pengalaman saya ketika 'lawatan' saya (macam VIP pulak)ke Japan pada 15th to 25th January baru-baru ni. Walaupun lawatannya singkat (10 days only), namun saya telah memperolehi pengalaman yang tidak ternilai 'harganya'. Pengalaman dan pengajaran yang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.

ok. Kalau nak cerita day by day tentang trip kami ke Japan, jenuh jugak lah, so saya cerita overall saja.



15hb Januari 2010, jam 9.50 pagi, seluruh keluarga saya, ie. saya, my husband, 2 daughters, 3 sons, one cucu, + my sister Didah and Abg Aziz, my brother in law bertolak ke Tokyo untuk join my menantu (satu rumah kecuali ikan dalam kolam). From KL to Narita, Tokyo (transit KK) ambil masa lebih kurang/plus minus 8 jam. Tiba di Narita Airport....dalam pukul 5 petang waktu Tokyo...(alahai lupa pulak the exact time).
Anyway, saya nak cerita sikit tentang my first impression of Japan and 'kekaguman' saya terhadap layanan pegawai immigration kepada foreigners macam kami. Masa nak go through the Immigration check point, kami tersilap sikit isi embarkation form. To our suprise, dalam sibuk-sibuk tu, two officers personally came to us and sama-sama tolong kami mengisi dan menyemak forms SAMPAI SELESAI...dengan senyuman and tak ada langsung nampak muka masam atau marah-marah. We really felt welcomed by them.

Pada hari kami sampai di Narita Airport, the temperature was about 6 or 7 degrees C. Aduhai, ini pun dah terlalu sejuk bagi kami, tapi tengok keliling orang-orang Jepun macam relax je, tak lah macam kami pakai berlapis-lapis...haha...
OK. habis hari pertama.



Our trip to Tokyo Disneyland on the 16th January (2nd day)was fun and unforgettable. Yang paling tak boleh lupa, again tentang the people. Saya perhatikan orang-orang Jepun ni amat pandai 'menarik' perasaan dan membuatkan kami seolah-olah berada dalam 'dunia' mereka. Saya tidak pandai nak describe perasaan ini, bagi siapa yang pernah ke Disneyland Tokyo mungkin akan faham. Bayangkan lah orang-orang yang senja macam saya ni terasa macam budak-budak lagi bila menonton perarakan disney characters. Rasa macam nak menari dan menyanyi sama-sama. That's the power yang susah nak perolehi kalau hati tidak ikhlas.








Seperkara lagi, semasa kami di Disneyland, saya perhatikan the Japanese are well disciplined dari segi membuang sampah dan merokok. Payah nak cari sampah di merata tempat, begitu juga puntung rokok. Sebabnya ialah, pemungut sampah memang betul-betul round 'tadah' tong sampah 'minta' sampah dari public. Orang bagi sampah, dia ucapkan "arigatoguzaimas..." Orang bagi sampah dia tunduk, siap ucap terima kasih lagi?. Sounds funny?...memang sangat lucu sebab kita tak akan nampak sebegini di Malaysia, kan!. Pelik tapi benar. Mari kita bayangkan pemandangan di perarakan Hari Merdeka, atau Pasar Tani di Stadium Shah Alam, perarakan di Batu Cave, solat Jumaat di Masjid-masjid...etc...sampah akan bertimbun-timbun macam gunung. Kesian pekerja perbandaran. Bukan niat nak mengutuk orang Malaysia, tapi inilah hakikatnya. Pemandangan sebegini bukan saya tengok di Disneyland saja, malah di town areas pun bersih juga. Kalau tidak ada tong sampah berdekatan, mana orang Jepun buang sampah?....percaya tak mereka akan bawa balik sampah-sampah tu untuk dibuang di rumah atau the nearest tong sampah. Tak percaya, sudah. Pokoknya...mengapa orang Jepun boleh buat, orang Malaysia tidak boleh?. haha..tepuk dada tanya lah selera. ATTITUDE.....ATTITUDE...ATTITUDE....
Orang Jepun mana ada campak sampah keluar tingkap kereta di highway? Orang Jepun mana ada tinggal tin minuman, kotak-kotak KFC/mcDonald lepas makan di stesyen LRT, playground...panggung wayang....tapi di Malaysia?...semua boleh???















Satu lagi, tentang merokok, kalau di Malaysia, orang merokok di merata tempat... (suka hati mak tiri jiran dia nak merokok di mana). Dalam restaurant orang lain tengah menjamu selera pun, orang sebelah boleh merokok suka hati dia! Di Japan, ada tempat-tempat khas disediakan untuk merokok. Kena merokok di situ sahaja. Penguatkuasa sentiasa round (dengan banners 'no smoking') and saman sesiapa yang merokok di luar kawasan merokok. Peliknya, the Japanese, termasuk budak-budak punk pun "saya yang menurut perintah" dan reti bahasa. Habuk rokok pulak tidaklah dijentik masuk pasu bunga di tepi jalan.

Kami sempat juga menghabiskan masa kami untuk 'light shopping'...shopping ringan-ringan saja sebab rasanya sayang duit nak beli barang yang ada kat Malaysia. Pening juga nak beli bila setiap kali nak beli barang, otak mengira kalau 100 yen (macam seringgitla), duit kita RM3.70...so kalau yen 1000(10 ringgit), duit kita RM37.60...adussh...berat...berat. Tapi ada juga barang yang kualitinya tak sama di Malaysia, or even harga pun cheaper. Contohnya, my husband and my brother in law bought a pair of Fila sports shoes. Harga di Malaysia around RM200-300 ++ tapi they bought for about RM130 only...(of course yang original sebab Jepun mana ada layan barang tiruan or China mari...kan Ezzy?).

Tentang makanan di Jepun ni...ha berat sikit sebab agak susah nak cari "ditanggung halal". Kalau teringin sangat nak makan kari-kari, kami makan di kedai Pakistan ala-ala kedai mamak namanya 'Sidik'(hehe Ja/Ezzy...i know wrong spelling). Cheese nan yang menjilat jari. Other than that, kami makan di sebuah kedai makan Thailand (jumpa pegawai kedutaan yang perasan muda panggil saya dan kakak saya 'mak cik')...

ok. Cerita trip to Japan akan disambung lagi in part 2...next entry. Tunggguu...