Showing posts with label ANNOUNCEMENT. Show all posts
Showing posts with label ANNOUNCEMENT. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Announcement : Public Courses

Salam to all,

Just nak buat short announcement. Khusus pada pembaca yang bekerja kerajaan(penuh/tak penuh/separa penuh...), atau kalau ada swasta pun bagus. Pada sesiapa yang berminat untuk attend my courses, silakan lah. The details:

i. Kursus Penulisan Surat, Memo dan Email Rasmi Kerajaan : 22 and 23 Februari 2010 ini.

Kursus ni untuk diri sendiri atau staf yang tak berapa nak betul dalam letter writing, lebih-lebih lagi surat kerajaan. Tidak boleh main ikut citarasa sendiri saja dari segi format dan bahasa. Protokol kena jaga.

ii. Kursus Pembentukan Imej dan Etiket Sosial. : 24 dan 25 Februari 2010
Kursus ini untuk belajar jadi wanita sopan, berhemah, tertib, berketrampilan positif. Saya cuba jemput make-up artist untuk ajar cara nak make-up kena pada tempat dan situasi. Tidaklah pergi pejabat dengan blusher macam kena lempang. Sesi ini juga akan bincang mengenai etiket berpakaian ke pejabat, cara makan, berjalan, duduk, bercakap etc...(walaupun bunyi macam untuk wanita saja, tapi lelaki pun boleh)

Kedua-dua kursus ini akan diadakan di Shah Alam. Harga tidak mahal sebab zaman ekonomi tak berapa nak ok for the government department. Hanya RM400 per head, termasuk 3 kali makan, nota, and lucky draw.

Come and join us beramai-ramai. Bagi anggota kerajaan, inilah caranya nak cukupkan kursus 7 hari setahun. Kalau ada kawan-kawan yang nak join, sebar-sebarkanlah announcement ini.

Untuk further details, please call saya at 0192697004 atau sms untuk booking.

----------------------------------------------------------------------------

Satu lagi announcement:

Sesiapa yang berminat nak tonton theatre, sila ke ASWARA (Dulu Akademi Seni Kebangsaan). Bermula dari 2-7 Februari. 8.30 mlm. Rasanya sabtu dan Ahad ada show siang. Tajuknya TANDA.
Antara pelakonnya, Dira Abu Zahar, Beto Khushairi, Zahiril Adzim(Bob)etc. Arahan, Namron, Farid Ayam...
Tiket RM30 (sumbangan). Students RM15.
Datang beramai-ramai to support anak muda Melayu penggiat seni.