Thursday, November 18, 2010

Salam kepada semua....terlalu lama saya tak update blog saya ini. Selalu melayan facebook sahaja hingga blog pun dah jauh di mata. Bagaimanapun ia tetap di hati.

Post saya kali ini tentang PERSAHABATAN yang dah lama saya terjumpa ketika melayari internet. Saya amat suka dengan penulisan ini tentang sahabat. Memang agak susah untuk mencari sahabat yang benar-benar boleh menyenangkan hati kita. Ada sahabat yang hanya bersahabat dengan kita kerana kita ada sesuatu yang dia mahukan. Bila tak ada lagi yang kita boleh offer, dia akan tinggalkan kita....Teringat seorang sahabat saya dahulu ketika saya masih berkhidmat, saya lah jadi 'rujukan' nya apabila dia baru belajar..(bukan mengumpat, tapi saya saja nak mengingatkan diri saya sahaja). Bila saya dah bersara, langsung tak hubungi saya lagi dan bila saya hubunginya, dia akan mengelak diri kerana katanya dia sibuk. Kepada sahabat saya itu, jangan risau, saya bersedia mengampunkan dirinya walaupun telah beberapa kali air mata saya menitis kerana sedih hati diperbuat begini.

Apa-apa pun, mari kita fikir-fikirkan siapa sahabat yang sebenarnya...

PESANAN ALQAMAH KEPADA PUTERANYA PETUA MEMILIH SAHABAT

1.Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.
5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6.Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),ia akan menanyakan kesusahanmu.
9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10.Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
11.Jika engkau merancang sesuatu, niscaya ia akan membantumu.
12.Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Abu Sulaiman ad-Darani Rahimahullah

1.Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal-ehwal keduniaanmu.
2.Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal ehwal keakhiratanmu.


Atha’

1.Jika mereka sakit, hendaklah segera menziarahi mereka.
2.Jika mereka terlalu sibuk dengan urusan-urusan, maka berikanlah bantuan.
3.Jika mereka terlupa, maka hendaklah mengingatkan mereka.

Said Ibnul-Ash Hak Sahabat Ke Atasku

1.Jika ia datang kepadaku, niscaya aku mengalu-alukan kedatangannya.
2.Jika ia berbicara, niscaya aku berikan perhatian kepada perbicaraanya.
3.Jika ia duduk di sebelahku, niscaya aku luaskan tempat untuknya.


HAK PERSAHABATAN/PERSAUDARAAN

1.HAK DI BIDANG HARTA.
2.HAK MEMBERI BANTUAN DENGAN JIWA DAN RAGA.
3.HAK MEMELIHARA LIDAH DAN HATI.
4.HAK MEMELIHARA UCAPAN.
5.HAK PENGAMPUNAN.
6.HAK MENEPATI JANJI DAN IKHLAS.
7.HAK MENDOAKAN.
8.HAK MEMBERI KEMUDAHAN, MENINGGALKAN MENYUSAHKAN.

Wednesday, March 31, 2010

NAK RAJIN BACA BUKU?

Salam to all,

Ada di antara kita yang mendapati amat susah untuk memulakan sesuatu perkara terutama yang tidak disukai ataupun yang tidak pernah kita cuba. Akibatnya apa yang perlu dilakukan sering ditangguh untuk menanti bila ada mood,idea,masa,daya penggerak semangat atau motivator untuk push kita. Tunggu punya tunggu, akhirnya semua hilang. Mood hilang,idea hilang,masa terbuang, motivator lari. End up kita tidak buat langsung. Contoh yang paling ketara ialah membaca. Rakyat Malaysia masih dianggap tidak suka membaca. Kalau kita buat a quick survey di stesyen komuter, LRT,airport,stesyen bas dan tempat-tempat menunggu, kita boleh kira dengan jari tangan pun cukup...bilangannya tak sampai sepuluh yang kita lihat sedang membaca.Yang lain?, ada yang tidur,makan,bergayut ditelefon,mengumpat,dan termenung.

So, macam mana nak didik diri suka membaca?. Tips ini datang dari pengalaman saya sendiri.

Pertama: Cari minat. Cuba perhatikan di sekitar kita, dalam kehidupan seharian, mesti ada sesuatu yang menarik minat kita. Contoh, kita suka shopping kasut atau handbags. Dari situ kita latih diri kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kasut dan handbag. Ciri-ciri kasut macam mana sesuai untuk jenis kaki. Stail handbag bagaimana yang sesuai mengikut usia, bahan buatan yang tahan lasak, cara menyimpan beg. Selain itu mungkin kita juga ingin tahu tips penjagaan kaki, yang pastinya berkaitan dengan cara dan jenis kasut yang kita pakai. Apa kesannya jika kita selalu pakai kasut tinggi. Sudah pastinya kita akan dapat maklumat sebegini sama ada dalam internet ataupun dalam buku. Secara tidak langsung, kita akan didik diri untuk membaca.

Kedua: Jangan tamak. Semua nak buat. Mulakan minat dengan memfokus kepada satu-satu bidang dahulu. Kalau kita suka makan, mengapa tidak kita cuba masak?. Cari buku resipi dan cubalah pelbagai resepi. Kalau kita ni jenis suka makan di luar, kita fokus pada pengetahuan mengenai amalan pemakanan untuk kesihatan. Kalau kita suka pada pakaian cantik, carilah buku mengenai fesyen ataupun buku yang berkaitan dengan jahit menjahit. Kalau kita selalu tempah baju pada tukang jahit, bayangkan diri kita menjahit baju sendiri. Carilah buku belajar menjahit.

Ketiga: Reserve duit untuk buku. Pada setiap bulan, reserve sedikit wang untuk beli buku. Tidak perlu mulakan dengan yang mahal. Beli satu buku yang ada maklumat tentang apa yang kita mahu tahu. Yang harganya kurang dari RM10 pun buku juga. Saya percaya bahawa kualiti sesuatu buku tidak terletak pada harganya, tetapi ia terletak pada apa yang kita mahukan dari buku itu.

Keempat: Beli buku sendiri. Elak dari meminjam buku orang lain untuk kita baca. Nanti kita membaca tanpa kualiti kerana desakan masa untuk memulangkan buku. Kalau beli buku sendiri, kita akan membacanya kerana kita dah spend duit sendiri. Rugilah kalau tidak membaca.

Kelima: Masa. Buku dah dibeli. Jadi, kenalah baca. Bila nak baca?. Bila-bila masa yang kita tentukan sendiri. Jangan ada orang lain tetapkan masa untuk kita membaca. Dalam 24 jam, pasti ada 20 minit yang kita free. Bohong kalau ada yang kata tiada. Jangan pilih masa hendak tidur baru kita membaca. Ketika itu otak kita dah penat. Masa paling baik ialah ketika kita sedang menunggu. Dengan cara membaca, kta boleh atasi masalah jemu menanti, dalam masa yang sama kita dapat ilmu. Killing two birds with one stone. Sambil menyelam minum air.

Keenam: Buku depan mata. Maksudnya, kita kena letak buku di tempat yang kita selalu nampak, Kalau setiap minit kita nampak dia, tak kan tidak mahu jenguk isinya langsung.

Ketujuh: Berdikit-dikit.. Lama-lama jadi bukit. Membaca buku tidak semesti kita mengadapnya dari mula sampai habis dalam satu waktu, macam kita baca novel Enid Blyton masa sekolah dulu. Take your time untuk selami kandungan dengan minat. Catat points yang menarik.

Kelapan. Catatan tarikh baca. Catat dengan pensil, tarikh pada setiap muka surat yang kita telah baca. Tujuannya untuk mengingatkan kita, bila kali terakhir kita baca buku itu. Anggapkan ini satu catatan yang sentimental dan personal bagi anda. Anggapkan ini tarikh jumpa buah hati. Apa rasa kalau lama tidak berjumpa?.

Kesembilan: Anggap membaca macam vitamin.. Kalau tidak makan vitamin macam mana nak sihat?. Tenaga tidak ada untuk lakukan kerja. Lama kelamaan kita akan rasa lemah sangat. Begitulah otak yang tidak disemai dan dibaca dengan ilmu yang ada dalam buku.

Kesepuluh: Daftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran. . Pastinya kita kena membaca walaupun terpaksa. Dengan cara ini lama kelamaan kita akan jadi terbiasa.

Banyak lagi yang boleh dikongsi tapi nanti terlalu panjang pula nak dibaca.
Apa-apa pun, mulakan selangkah dahulu. JANGAN TUNGGU. Lakukan terus apa yang perlu dilakukan.

Selamat maju jaya. Semoga kita sama-sama berada dalam golongan orang yang minat membaca dan orang-orang yang mahukan otak sentiasa berkembang. Kurang membaca boleh menjadikan otak kita jadi TEPU. Bila otak dah tepu, mulalah kita akan memandang persekitaran kita dengan persepsi negatif sahaja akibat cetek fikiran. I'm sure we do not wish to be like that, kan? So, berjinak-jinaklah dengan amalan suka membaca.

Tuesday, March 30, 2010

31 tahun!

Salam to all,
Alhamdulillah..perkahwinan kami mencecah usia yang ke 31 tahun hari ini 30 Mac 2010. Syukur kehadhrat Allah swt kerana telah mengizinkan perkahwinan kami kekal dan kukuh sehingga hari ini. Dikurniakan lima anak (2 perempuan dan 3 lelaki).

31 tahun kami tempuhi pelbagai pengalaman. Ada manis, gembira, dan tidak terlepas juga dari pahit, maung. Pengorbanan yang tidak terkira dari kedua pihak. Pengorbanan fizikal, mental dan emosi untuk kesejahteraan keluarga. Masing-masing (saya dan suami), membawa peranan masing-masing dengan cara kami tersendiri, sebagai ayah, ibu, suami, isteri, sahabat, adakala sebagai 'pesaing'. Gaduh?...ini perkara biasa dalam perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bohong kalau ada yang mengatakan 'tidak pernah' bergaduh dengan pasangan. Mungkin istilah atau persepsi 'gaduh' yang berbeza. Cara selesai masalah gaduh?...pastinya cepat-cepat minta 'maaf' dan mengaku kesalahan tanpa dendam. Jika satu pihak api, satu pihak mesti menjadi air.

Sepanjang tempoh 31 tahun, pelbagai dugaan dan cubaan yang kami tempuhi yang adakalanya memang amat menguji kesabaran kami sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana kami diberi kekuatan untuk melawan apa juga rintangan dan halangan yang datang. Doa sahaja yang selalu menemani kami selain dari cuba memahami keadaan masing-masing ketika dalam kesusahan, tekanan atau kesedihan.
31 tahun satu tempoh yang menggembirakan. We do things together,share stories, ideas,secrets,problems, likes and dislikes. Walaupun adakalanya ideas bercanggah, miscommunication and friction sana sini... adatlah tu..tapi the excitement of doing things together such as solat berjemaah, memasak, gardening, jogging, makan angin 'spending income/shopping la'. etc...mengatasi other problems. Semoga Allah mengizinkan kami kekal begini hingga ke akhir hayat, insyaAllah.
Ya Allah, seandainya kami diuji, mohon diuji dengan ujian yang tidak meruntuhkan perkahwinan kami. Mohon dijauhi dari syaitan yang menggoncang keimanan kami.

Happy wedding anniversary to dear abang. Semoga jodoh kita akan berkekalan sehingga keakhir hayat.

Friday, March 19, 2010

HAPPY BIRTHDAY, MY HUSBAND

Salam to all,
Hari ni saya tak ada topic yang berat, cuma nak share tentang apa yang saya rasa today.

Today is my husband's 60th birthday.


Kami spent time di The Curve, cari present for him. Cari punya cari...jumpalah apa yang nak saya beli tapi setelah kena 'marah' dengan birthday man, terpaksa lah saya beli apa yg bukan pilihan saya . Nak beli a watch yang mahal sikit for him (Solvil Titus) tapi dia tak mahu langsung masuk kedai watch tu. Dia kata " Mahal sangat. Dah, jangan membazir...jam lama ada lagi, boleh repair kenapa nak beli baru." Ini lah my husband kalau nak tahu..(are all men like this?). Wife nak beli present yang ada brand sikit tak mahu?. Saya bukan nak berlagak belikan jam mahal untuk dia tapi this occasion only comes once a year. Nak lah bagi dia something yang berharga....tapi dia tak bagi. So,terpaksalah beli yg murah.(tapi saya tak puas hati, i plan to buy something else for him..rahsia...dah beli baru nak cakap dengan dia).

Sebenarnya isteri-isteri belikan hadiah for husbands (tidak kira mahal ataupun murah) bukan sebab nak menunjuk pada orang lain atau membazir tapi just to show them kita appreciate them, for being our life partner and a good one too.. walaupun harta benda wang ringgit tidak dapat ditukar ganti dengan apa yang mereka sumbangkan, tapi ini di antara cara isteri-isteri nak ucap 'terima kasih'.

To my dearest husband,
Dari hati yang tulus ikhlas, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada abang kerana telah:

i) menjadi pasangan yang paaaaaaaling setia dalam hidup saya;

ii) menjadi pengubat dan penawar segala duka dan sakit (abang cukup sabar menghadapi waktu-waktu ketika saya sakit, mood swing, stress, etc);

iii) menjadi pendengar dan 'punching bag' ketika saya tension kerja or geram pada boss;

iv) menjadi tempat bersandar ketika saya hampir tersungkur dengan masalah yang tidak dapat saya lawan/atasi seorang diri;

v) menjadi teman ketika saya takutkan kegelapan;

vi) menjadi pembakar semangat ketika saya hampir putus asa dalam kerjaya saya;

vii) menjadi pelindung ketika saya di'serang' oleh pihak yang suka lihat saya jatuh;

yang penting....

viii) abang adalah the dearest 'ayah' kepada our 5 wonderful children, Jaja, Ayen, Bob, Syith, Syakirin and a loveable father in law to Ezzy, our menantu


and a darling Tok Ayah kepada our grandson, Eizwan Zarith....

and Pak Cik Mokhtar yang tersayang pada anak-anak saudara...(betul,kan?).

So, to dearest abang, walaupun you may not be my first choice masa mula2 nak kahwin dulu, tapi saya amat bersyukur pada Allah swt kerana telah membuka hati saya untuk memilih abang sebagai teman hidup saya. Memang tepat pilihan saya....inilah jodoh namanya, yang pasti semua ini adalah ketentuan Allah swt. Abang adalah segala-galanya bagi saya.

HAPPY BIRTHDAY to you, abang. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, ditingkatkan iman, dimurahkan rezeki,dipelihara Allah swt, dan segala yang terbaik. I really love you hingga ke akhir hayat.
Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat, insyaAllah. (30th Mac will be our 31st wedding anniversary...dah 31 tahun!!)hhmmmmhh...abang nak hadiahhh!!!

Wednesday, March 10, 2010

Hobi baru : Rose Gardening

Salam to all,
Sebenarnya saya dah lama nak tulis tentang hobi baru saya ni dalam blog saya tapi tidak berkesempatan.(tapi dalam facebook dah cerita). Saya agak busy sikit dengan tugasan memberi dan menghadiri kursus. Minggu lepas ke Pangkor menyampaikan ceramah kursus MPK dan Fail Meja JKR. Selepas itu berkesempatan untuk menghadiri kursus parenting@work anjuran LPKN/MAPIM di Hotel Putra dan hari ni menyampaikan ceramah di Hotel Citrus, KL bagi peserta-peserta kursus Pengurusan Rekod...agak letih tapi rasa seronok sebab dah lama berehat.

OK. Hobi baru saya ialah rose gardening. Saya tidak tahu bila ia sebenarnya bermula tapi mungkin ilham nak tanam roses ni datang ketika saya berehat beberapa minggu di rumah tanpa kena berfikir tentang tugas. Garden saya tidaklah besar manapun, tapi cukup luas untuk simple gardening. Pada saya it's not the size of the garden that matter, tapi the satisfaction melihat hasil tangan kita tu yang lebih penting. Biarlah orang lain lebih suka garden yang berkonsep bali, tapi bagi saya my dream is to have a garden yang berkonsep ala-ala english. Pokok yang rendah-rendah dan berbunga. Saya tidak berapa minat pokok-pokok yang tinggi, bushy dah berdaun banyak. Susah nak maintain, especially bila daun kering berguguran. Nak kena menyapu setiap hari.







Mula-mula saya beli dua pokok di pasar tani, nak try dulu. Lepas tu bila dah tengok cantik sangat bunganya, saya pun ajak husband pergi sungai buloh tambah lagi beberapa pokok (dalam plastic bag hitam). Dalam masa yang sama beli juga pasu-pasu putih untuk saya transfer pokok-pokok tu ke dalam pasu. Dalam masa two weeks, saya dah menambah pokok-pokok roses saya. Now ada 27 pokok bunga roses yang berlainan warna.






Bagi memastikan saya kenal setiap pokok yang saya beli, saya tandakan setiap pasu dengan koding ala-ala sistem fail di pejabat. Ini untuk memudahkan saya kenal pokok mana dan warna bunga, contohnya kalau pokok itu bunganya warna striking pink, dibeli dalam bulan februari 2010 dan pasu yang ke 25,saya akan tandakan SP/02/10-(25). Setiap pokok ada birth certificate masing-masing termasuk merekod tempoh hayat dan problemnya.

Sekian untuk kali ini. Esok pagi-pagi nak kena pergi jenguk roses sebelum pergi kerja.

Sunday, February 14, 2010

Lagi Tips Mengurus Kewangan

Salam to all,

Bagaimana dengan kewangan kita hari ni?. Did we overspent or bought something yang tidak necessary?. Musim-musim CNY ni memang banyak tawaran yang gila-gila, kan?. Mari kita ambil beberapa minit setiap hari untuk memikirkan mengenai kewangan kita, bagaimana kita telah dan akan urus kewangan kita. Well, not to say we have to live only to think about MONEY, MONEY and MONEY...but at least bagi kita ruang untuk bernafas sedikit dalam dunia kewangan. Yang paling penting ialah untuk mengelak diri kita dari menjadi 'transition points for money'. Duit masuk,singgah sekejap saja dalam pegangan kita, lepas tu duit keluar macam touch and go.

Many of us menghadapi masalah kewangan tetapi tidak tahu mengapa ia berlaku. Apa yang mengakibatkan kita mess up kewangan kita?. Saya mengaku yang saya sendiri pun tidak pandai menguruskan kewangan saya sendiri. Jadi apa yang saya tulis ini bukan untuk mengajar tetapi untuk kita sama-sama share ideas mengenai urusan kewangan agar kita sama-sama dapat belajar apa yang sepatutnya.

Azizi Ali, dalam bukunya ada memberikan beberapa points yang menyebabkan kewangan kita bercelaru:

1. Tak ada sesiapa nak ajar kita bagaimana nak urus kewangan. Masa kecil ada juga parents ajar kita menabung, guru di sekolah pun ajar how to save, but saving is just sebahagian sahaja dari menguruskan kewangan. So, we have to find cara yang betul dari sumber-sumber yang tertentu. Orang yang pendapatan banyak tidak semestinya kaya, kalau tidak pandai urus kewangan, bukit yang tinggi pun boleh jadi padang pasir.

2. Menyerahkan urusan kewangan kita pada pihak lain termasuk ibu bapa, adakalanya majikan dan tidak ketinggalan juga yang lantik pegawai akaun untuk urus kewangan personal bagi mereka yang terlalu sibuk. Masalahnya mereka ini hanya boleh menguruskan kewangan yang sedia ada tetapi mereka tidak boleh menyediakan perancangan kewangan kita sebab wang itu bukan kepunyaan mereka.

3. Mendapat nasihat dari pihak yang tidak boleh diyakini (not reliable).Sekarang ni banyak syarikat kewangan yang menawarkan khidmat rundingan kewangan. Semua claim syarikat mereka terbaik untuk membimbing soal-soal urusan kewangan. Kita seharusnya selidik dahulu latarbelakang pihak yang nak membimbing kita. Adakah mereka cukup stabil kewangan mereka yang kita boleh lihat 'contoh nyata'. Cakap sahaja tidak cukup. Dalam konteks ini, saya membaca buku Azizi Ali untuk panduan. Bagaimanapun saya perlu mendapatkan nasihat pihak yang lebih pakar, walaupun Azizi Ali dah jutawan.

4. Tamak - Teringat pula buku cerita masa kecil-kecil dulu kisah anjing dengan tulang yang menyebut "orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang". Dalam soal mengurus kewangan, kita seharusnya menjauhkan diri dari sifat tamak, nak cepat kaya....mula terpengaruh dengan sekim cepat kaya, which nowadays macam-macam ada. Ramai dah tertipu dengan sekim-sekim cepat kaya. Tanah, kereta, rumah dan harta benda habis tergadai akibat janji-janji palsu.

5. Cetek pengetahuan dalam hal-hal kewangan.
Ini bahaya juga. Disebabkan pengetahuan yang cetek dalam kewangan, kadang-kadang kita tend to ikut-ikut kawan-kawan yang ajak melabur/jual beli saham, berniaga, trust fund, forex macam-macam lagi. Modal yang ada tidak banyak, tapi sebab kawan-kawan bagi jaminan, habis semua gaji/simpanan diguna untuk tujuan ini mengharapkan keuntungan yang tinggi.

6. Kurang kesedaran tentang kepentingan pengurusan yang betul.
'Azizi Ali menyebut " Large income does not equal wealth'. Mereka yang berpendapatan tinggi tidak semsatinya kaya dan tidak semestinya tidak perlu fikir tentang menguruskan kewangan. We just cannot take things for granted. Financial management and planning is for everyone without exceptional.

7. Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam kewangan.
- Kalau nak kehidupan yang lebih selesa especially bila bersara esok, kenalah ada matlamat kewangan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Ini termasuk menetapkan berapa peratus dari pendapatan kita masuk saving (secara tetap dan konsisten).

8. Suka ikut-ikut orang lain. - orang terjun parit kita terjun longkang, orang terjun sungai kita terjun laut. Samalah macam yang saya dah sebutkan tadi. Kita ni jangan cepat terpengaruh dengan orang lain. Kita lihat orang lain nampak bahagia, kaya, kereta sampai tak cukup parking lot di rumah, ada 3-4 biji bungalow, holidays overseas every six months. Kita pun nak ikut sama buat macam dia. Orang tu buat majlis perkahwinan di hotel, kita pun nak buat kenduri di hotel.

Kita tidak tahu sama ada memang orang itu telah menguruskan kewangannya dengan baik dari awal atau pun semua kekayaannya adalah atas berhutang. So, jangan sangka orang yang nampak mewah tidak menghadapi masalah kewangan. Biarlah kita berbelanja mengikut kemampuan kita...Ukurlah baju dibadan sendiri.

Kita jumpa lagi dengan tips yang lain.

Wednesday, February 10, 2010

Menguruskan kewangan :

Salam to all,

"Adakah anda menghadapi masalah kewangan?, hutang keliling pinggang, gaji tidak sampai hujung bulan...?"..Hmmmhhh, jangan terkejut, acah je. Ini bukan advert untuk ajak buat MLM atau dapat wang segera online.Sekarang ni macam-macam ada ditawarkan, hanya antara nak dengan tak nak saja sahut seruan. Ada yg betul (mungkin), dan tidak kurang pula yang temberang. Sebelum kita bayar duit macam-macam janji manismu, " Jangan risau, you akan dapat down-line automatik, upline akan bantu, u tak pandai computer pun tak apa, u tak payah kerja teruk-teruk pun duit masuk, sambil pergi supermarket pun duit masukkk..money back gerenti."
Elok kita daftar saja, duit dah bank in,dia mula cari alasan nak jawab macam-macam lagi. " u mana boleh buat bisnes kalau u tidak advertise dalam blog u, u kenalah belajar sikit tentang computer, advertise lah dalam website. Downline u kena lah cari, tak ada downline mana boleh bisnes jalan" Semuanya temberanggg!!!bercanggah dengan apa yg dia cakap awal-awal. Rimas betul.

Selain dari bisnes online/internet ni, ada juga bisnes yang mengganggu ketenteraman kita dengan panggilan telefon. Tidak kira pagi-pagi buta ke, masa orang tengah bekerja ke, waktu maghrib ke, waktu orang balik kerja penat-penat ke, tengah malam ke....bila-bila lah dia suka.
Ini yang menalipun nak promote itu dan ini. Hari ini sahaja (hari yang saya menulis ni), saya dah terima 6 panggilan dari health centres, hotels and private hospitals. Memamg lah bagus promote package untuk kesihatan and free check ups..tapi what next? Kita dah boleh jangka. Mesti kena beli package dia!. Package holidays la, package treatment lah, macam-macam lah. Package holidays bukannya murah-murah, ada yang sampai berbelas ribu or berpuluh ribu. Apa diaorang ingat saya ni orang kaya ke?. Yang tidak bestnya, mana diorang dapat our phone numbers?. Siapa yang bersubahat bagi number phone ni?. Kalau dapatlah hantu raya tu, memang saya suruh dia bayarkan package holidays saya. Bila saya tanya dari mana you dapat my phone numbers, ada yang tergagap-gagap jawab. Ada yang terus letak telefon.

Satu lagi cara bisnes yang mengganggu ketenteraman saya ialah tawaran melalui sms. Fitness center lah, digi lah, chinese new year promotion lah, entah apa-apa lagi. Yang promote chinese new year dinner pun ada! siap dengan menu lagi. Buat apa? nak promote saya meratah kepala benda tu? issshh...damn stupid betul. Siapalah yang bagi my phone numbers niii.....i don't want any of these in my life. Really pain in the neck.
Kenapa?...haaaa....ini ada kaitan dengan apa yang saya akan tulis. Bagaimana nak menguruskan kewangan kita, supaya kita bebas dari dibelenggu hutang dan bagaimana nak tahan dari wang kita 'bocor' dari genggaman kita. Sebenarnya saya pun tak tahu. Bila saya tidak tahu, maka apa dah jadi, saya telah menjadi mangsa kepada kealpaan saya menguruskan kewangan, termasuk tergoda dengan ajakan-ajakan yang saya cerita di atas.
Dengan bisnes saya sekarang, alhamdulillah duit yang masuk setakat ni stabil lah tapi yang tidak sedapnya banyak masuk, banyak pulak keluar....bila ada duit, ada-ada saja yang nak belanja. Memang ada yang akan kata "pergilah bayar zakat pendapatan".. yang ini tidak perlu cakap, kita semua tahu, dan saya pasti ramai yang dah pun lakukan. Yang ramai dari kita tidak berapa nak tahu lakukan ialah bagaimana nak menahan diri dari berbelanja melebihi pendapatan.

Satu hari, saya menziarahi sahabat saya iaitu MPH di One Utama and i picked one book written by Azizi Ali, entitle MILLIONAIRES are from a different PLANET. " TAKE CONTROL OF YOUR FINANCES, SET YOUR MONEY TO WORK AND LIVE HAPPIER". So, saya pun grab the book and dig the contents....di antara perkara yang menarik yang saya akan pastikan diri saya lakukan ialah

i) Walau berapa banyak pendapatan kita, pastikan kita hanya berbelanja kurang dari pendapatan kita ( ni kita semua dah tahu tapi buat juga sebab ada peluang guna cradit card)

ii) Beli hanya apa yang kita betul-betul mampu iaitu tanpa memperluaskan sumber kewangan kita kepada 'hutang')

iii) Terima hakikat bahawa ada benda-benda yang tidak perlu kita beli....(banyak tu...)

Kata Azizi lagi, ada beberapa cara untuk kita elak dari berbelanja perkara yang kita tidak perlu. Sebelum kita berfikir untuk berbelanja, fikirkan perkara-perkara ini dahulu:

PERTAMA : Tumpu pada fungsi asasnya barang yang hendak dibeli dan bukan jenama atau stailnya. Maksudnya di sini ialah, dalam berbelanja, kita tidak perlu taksub nak ikut pandangan orang lain atau idola kita. Disebabkan terlalu memuja seseorang, kita mahu ikut apa yang orang tu lakukan. Artis yang kita minat, pakai handbag coach yang harga beribu-ribu, kita pun nak ikut, dia pakai talipun Blackberry, kita pun ikut, dia pakai jenama make up mahal, kita pun nak pakai and dia pakai t-shirt Ashworth, kita pun ikut. Hanya untuk 'menyamakan' diri kita dengan orang yang kita puja. Sepatutnya kita beli sahaja barang ikut fungsinya dan bukan jenama/stailnya. Pedulikan apa orang lain kata kita pakai barang yang tidak berjenama. Kalau kita pokai, ada orang lain nak tolong?. Saya akui, dulu saya memang go for jenama, tapi sekarang, saya cuba ubah.(bukan cuba, tapi memang nak berubah, insyaAllah);

KEDUA: Bersyukur dengan apa yang kita ada. " A man regrets for having NO SHOES, untill he saw a man with NO LEGS". Maknanya, kita kena bersyukur apa yang kita ada, orang lain ramai lagi yang tiada apa yang kita ada. Gunakan sepenuhnya apa yang kita dah beli. Kalau beli handbag atau kasut, gunakan selagi boleh. Kalau dah ada kereta, guna lah sebaik mungkin, jaga elok-elok kerana fungsi asasnya ialah nak kenderaan untuk bergerak. Jangan pulak bila dah ada Kancil, nak Wira, dah ada Wira nak Perdana, dah ada Perdana, nak BMW 318, dah ada BMW 318, nak BMW 5 Series pulak.

KETIGA: Renovate the house wisely. Maksudnya bila kita nak renovate rumah, kena lah fikirkan keperluannya dahulu. Kalau renovate rumah kerana orang sebelah renovate...hmmmh...end up kita yang papa. Kalau nak tambah bilik kerana keluarga bertambah, atau nak besarkan ruang dapur kerana dapur asal agak kecil, ada logiknya, tapi kalau dah ada pagar besi, ubah pagar kayu jati untuk cantik, atau dah ada tangga batu, tukar tangga kayu, dah ada lantai ala-ala marble, nak tukar real marble yang harga beribu-ibu, ini beratlah. Duit dah beribu-ribu habis pada rumah, yang lain tak boleh lakukan, sebab duit tidak cukup. Duduk dalam rumah seperti penjara, nak pergi holidays pun sayang duit. Bila rumah dah macam mahligai, nak keluar pun takut sebab dah menarik perhatian perompak. Rumah macam mahligai pun, tidur sama saja dengkurnya.
Mula-mula saya pun nak marah bila baca tulisan Azizi tentang renovate rumah ni, tapi bila fikir-fikir balik, betul pulak cakap dia. Sebab tu dia jadi jutawan.

KEEMPAT : Elak diri jadi 'penagih' modify kereta. Kereta dah cantik-cantik, ada saja nak menambah spoiler, sport rim, audio system yang bunyinya membelah bumi, cermin tinted, tebuk bumbung,lampu mata belalang macm merz, etc...ini semua penyakit ketagihan yang perlu dibendung sebelum duit gaji habis di situ. Hujung bulan gigit jari, ASB nipis, simpanan Tabung Haji pun berlobang.

KELIMA : Elak dari membeli pada kelayakan maksimum. Maksudnya ialah, bila kita apply loan, biasanya ada bank yang memberikan kita peluang untuk ambil the difference antara kelayakan loan dengan harga rumah/perabot. Orang berniaga pandailah, dia pulak yang bantu kita untuk memaksimakan kita punya loan melebihi harga barang yang hendak dibeli. Amaun perbezaan tu dia pujuk kita suruh renovate rumah dengan kawan dia, beli curtain or perabot dengan kawan dia..macam-macam offer. Bila nak bayar loan, kita bayar seolah-olah harga sebuah rumah. Untuk selamat, bayarlah deposit/down payment lebih sikit atau untuk lebih selamat, beli tunai sebab faedah bank ni kadang-kadang tidak masuk akal langsung. Harga rumah RM50,000, kena bayar loan RM100 ribu.

KEENAM: Beli barang berkualiti. Azizi kata "Kualiti tidak terletak pada jenama" Ada barang berjenama baru pakai setahun, dah rosak. Ada juga barang yang harga murah tapi dilanyak 5 tahun pun steady lagi..so, kena pandai-pandailah pilih barang yang tidak mahal tetapi berkualiti. Buang jauh-jauh persepsi "kualiti datang dengan jenama".

KETUJUH: Gunakan kad kredit dengan bijaksana. Kad kredit masa kini bukan lagi sesuatu yang mencerminkan 'prestige'. Dulu-dulu orang bangga keluarkan kad kredit di shopping kompleks bila nak bayar, tapi sekarang sorok-sorok malu sebab berhutang. Kalau ikut hati memang ramai yang tidak mahu pakai kad kredit tapi ada syarikat-syarikat tertentu yang jahat menerima hanya card credit sahaja untuk pembayaran (tempah tiket online). Menyusahkan. So, kalau ada kredit kad tu, jangan bawa masa kita pergi shopping. Tinggalkan di rumah. Bayar jangan tunggu over date due. Bayar balik lebih dari amaun minima yang diminta. Jangan guna kad kredit untuk bisnes online.

KELAPAN : Kawal nafsu dan tarikan membeli. Senaraikan apa yang hendak dibeli sebelum pergi ke kedai/pusat beli belah. Jangan pergi membeli belah ketika perut sedang lapar atau kosong kerana perut yang kosong akan megakibatkan tembok pertahan nafsu membeli akan lemah. End up kita akan beli saja apa yang kita nampak. Balik menyesal.

KESEMBILAN: Beli barangan 'toiletries" dan make up yang sederhana harganya atau jika ada yang murah tetapi kualiti bagus, apa salahnya kita beli. Contoh, set kecil asas pembersih, pelembab muka dan lotion jenama 'simple' (yang saya pakai sekarang), harga RM23.90 berbanding dengan satu jenama yang saya pernah guna dahulu, barang dalam set sama size dan bilangannya, harga RM 559. Muka dok macam tu juga.

KESEPULUH : Tidak perlu menjadi orang pertama untuk membeli satu produk terbaru dalam pasaran kerana kumpulan keluaran pertama dikeluarkan untuk 'test market". Nak tengok ada apa-apa kelemahan untuk diperbaikki bagi pengeluaran seterusnya. So, tunggulah bila harga turun.Baru beli sebulan, harga barang akan turun. Sebenarnya orang beli awal, menjadi bahan ujian sahaja.

KESEBELAS: Elak memenuhkan rumah dengan barang-barang. Dahlah akan melibatkan benyak belanja, dia juga akan melibatkan ruangan yang banyak. Bila tidak muat, kena renovate rumah pula.

KEDUA BELAS: Gunakan perkhidmatan secara on-line (contoh maybank2u/eon..) untuk transfer bayaran bil-bil. Tidak perlu buang minyak kereta, tol dan bayar duit park kereta.

KETIGA BELAS: Gunakan telefon berpada-pada. Kalau boleh guna web-cam untuk connect dengan orang jauh, silalah gunakan. Telefon hanya perlu sahaja.

KEEMPAT BELAS: Akhir sekali....dengar nasihat orang lain dengan positif. Jangan ada persepsi negatif kalau orang bagi nasihat bagaimana nak uruskan wang anda. Be open untuk berbincang, insyaAllah jiwa kita akan lebih tenang apabila kehidupan tidak dikawal oleh kewangan yang berat.

OK. Saya akan share lebih banyak lagi tentang apa yang telah saya baca dari buku Azizi Ali ni. Sesiapa yang dapat beli sendiri lagi bagus. Make this book as your personal copy. Bawa ke mana pergi untuk bahan bacaan dan rujukan. Harga buku RM39.90 sahaja...

Salam to all.