Friday, October 17, 2008

KMK

Salam dari Tok Mi untuk cucu-cucu.....malam ni nak cerita panjang sikit...jangan jemu baca..

Topik kita hari ini wahai cucu-cucu...(hehe..baru dapat cucu sorang dah rasa tua)
ialah KMK...apa itu KMK?. Ni yang nak perjelaskan ni.. KMK ikut singkatan ialah..

i) KMK 1: Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (Quality Control Circle -QCC)...maksud dia sekumpulan manusia (haiwan tak boleh lah) seramai 6-7 orang yang berkumpul untuk 'ribut otak' (brainstorm) mencari punca masalah dan cuba selesaikan....(lebih kurang macam tu lah);

2) KMK 2: Kumpulan Makan Kuat....bila dah asyik mesyuarat (tak kira pagi ke petang ke, asyik makan je...kalau ada mesyuarat caterers confirm cari makan...)...mesyuarat untuk 10 orang tapi order makan untuk 25 orang....yang lebih siapa makan....lu pikir la sendiri. Lepas tu heran kenapa kolestrol tinggi...

3) KMK 3: KMK ini yang paling jahat...iaitu KAWAN MAKAN KAWAN (buat gulai or rendang pun sodap)...

So, malam ni topik yang nak dibincangkan ialah KMK yang ketiga tu (bunyi macam kat forum perdana)..KMK ni pulak ada beberapa jenis....

a) kawan yang suka makan daging kawan dengan ketupat; (mengumpat tak habis2)

Kawan macam ni, pantang tengok ada je orang kat sebelah dia, dia mesti nak mengumpat...ketagih, kalau tak mengumpat dia rasa macam pakai baju kurung tak pakai kain...dahlah tu, mengumpat kawan baik sendiri pulak tu...kawan yang percayakan dia simpan rahsia....dia boleh betray ...hantu betul. Tok Mi pun ada kawan macam ni...belambak, sebab tu bila nak cerita hal peribadi, baik cakap kat cucu Tok Mi ...Eizwan Zarith ..anak tokeh kambing kat kampung seberang tu...dia senyum je bila cerita, kalau lucu, dia tergelak je lah.


b) kawan yang suka makan daging kawan dengan kuih talam, (dua muka punya talam pulak tu...import dari Bangkok ke )

Yang KMK ni pun hantu jugak...kat depan kita, fake betul....senyum palsu...senyum botox, lentuk luncai....tapi di belakang kita, kutuk kita kaw-kaw..menjaja cerita tentang kita kat semua orang lah nak jatuhkan kita....tak cukup satu mulut yang nak mengutuk kita,... (sebab banyak cerita nak dijaja), siap bawak mak bapak sekali tolong ceritakan/ war-warkan ....waduh-waduh....)...badan pun dah sampai melengkung la..penat mengumpat.


c) kawan yang makan daging dengan ubi...nasib baik tak cakap ba.... (tidak kenang budi punya kawan....)


kawan yang ini pun lebih kurang je menyakitkan hati......waktu dia nak pertolongan kita....hari-hari call kita buat-buat tanya khabar....baik nya kawan ni (rupanya ada udang sebalik spaghetti, ada bunga kantan sebalik laksa johor)......hmmmm suara dia masa nak minta tolong kita, bukan main lembut lagi, tapi bila dah dapat ....kita call pun tak angkat.... putuskan line lah...bateri habislah...TAK ADA CREDIT LAH...mcm2 hal la pulak. Belum lagi minta tolong dia. Dengan kita berkira, dengan kita asyik nak lebih kat dia je. Tak kenang budi punya kawan.

d)kawan yang makan daging dengan ....dengan....dengan apa ya...(ala yang suka ambik hak orang tak pulang balik tu...)

Kawan macam ni pun ada....kita bagi pinjam SEMENTARA je kat dia, tapi dia buat-buat lupa nak pulang balik kat kita (tak kira lah barang ke ...or...apa-apalah) yang mula-mula hak kita, tapi bagi kat dia sementara je ..tapi last-last bila dia dak syok dapat, dia lupa kat kita and tak nak bagi balik kat kita...makan sorang....

e) kawan yang makan daging dengan sotong (kawan yang menyokong kita)

Kawan macam ni pun ada.....kita punyalah menyokong dia untuk dapatkan apa-apa....sikit punya bagi laporan terbaaik pasal dia, sokongan padu bagi kat dia....dah dapat....bukan nak terima kasih ke....(campak duit memang jangan haraplah)...TAPI...bila orang tanya dia pasal kita....langsung tak bagi laporan baaaikk punya....habis-habis dia cakap..." eh..i tak tau sangat la pasal dia...." atau..."dia memang macam tu...." (Topeng punya kawan...!)


ok lah. tak boleh banyak2, nanti jatuh 'makan ketupat' pulak...
Jadi, wahai cucu Tok Mi...kalau nak pilih kawan tu kena ingatlah.....tidak semua kawan kita yang TIDAK suka makan daging kita....nak-nak daging yang disalut sauce barbeque....

Untuk kawan-kawan Tok Mi yang terbaca blog ini, minta maaflah kalau anda salah seorangnya KMK, insaflah...because to me being honest and sincere are very important in a friendship. I give my best to you and hiope to get the best freom you.

Wasallam.
Tok Mi

ps/ tengah rajin menulis ni, boleh lah tulis banyak-banyak....bila dah sibuk...tak tau la..

2 comments:

Anonymous said...

hmm dah lama tak follow kelas tokmi..rindu pulak rasa ekeke..tp bole la bayangkan camana tokmi beriya bg lecture kt depan kelas cerita pasal topik ni..haha..

yg first kmk tu tau la..eh byk lagi rupanya sylabus dia eh??..agaknya cikgu tak sempat aja la dulu..hehe..yg kmk2 lain tu rasa kena belaja dgn org veteran la..br bole dpt huraian pjg lebar n disertakan dgn contoh2 yg real..hehe

Zaiyus said...

@ez - yaaarr...bagus anak murid Tok Mi ni..cepat belajar hehe...daddy sape la ni....
memang KMK yang last ni berat sikit nak belajar, sebab tu mukadimah dia pun kena a few classes...kena follow la class Tok Mi.